Petang tadi telah diadakan sesi perjumpaan antara para pensyarah BDM dengan 200 pelajar baru yang telah memilih program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM) sebagai ijazah pilihan mereka sepanjang tiga tahun di UUM ini. Kenapa saya katakan mereka memilih? tidak pula saya katakan mereka dipilih! Ini adalah berdasarkan survey yang diadakan semasa program berkenaan, majoriti daripada mereka telah memilih BDM dalam permohonan UPU sebelum ini, ada yang memilih BDM sebagai pilihan pertama, ada yang pilihan kedua, majoriti menjadikan BDM sebagai pilihan ketiga hingga keenam daripada lapan pilihan yang dibenarkan UPU. Hanya beberapa sahaja yang memilih BDM sebagai pilihan kelapan. Tetapi ada juga sebilangan kecil yang dipilih ke program ini walaupun BDM tidak tersenarai dalam pilihan mereka. Bagaimanapun hampir kesemuanya memilih UUM dalam senarai universiti pilihan mereka. (saya tidak dapat nyatakan angka sebenar kerana tinjauan hanya dibuat secara pemerhatian rawak dan angkat tangan - tidak menggunakan kaedah saintifik)
Tinjauan juga mendapati terdapat peningkatan kualiti akademik dalam pengambilan pelajar-pelajar baru BDM ini iaitu pencapaian paling rendah adalah CGPA 2.50 ke atas, majoriti mereka dalam kategori CGPA 3.00 ke atas manakala tiada seorang pun mendapat di bawah CGPA 2.50. Selaku pensyarah dan saya juga yakin rakan-rakan pensyarah yang lain amat berbangga dengan pencapaian ini kerana salah satu faktor untuk melahirkan graduan-graduan universiti yang cemerlang faktor pencapaian awal mereka di peringkat sekolah atau matrikulasi juga amat penting dalam membantu konsistensi akademik mereka di universiti. (data berdasarkan rujukan Pengerusi Bidang pada borang pendaftaran pelajar)
Ini bukanlah saya berniat untuk merendahkan pula pelajar-pelajar yang mendapat result yang sederhana atau rendah tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Sebenarnya golongan ini akan menjadi lebih baik apabila mereka diberi peluang, mereka akan lebih berusaha berbanding rakan lain untuk meningkatkan pencapaian mereka di universiti dan akhirnya mereka lulus dengan cemerlang juga. Mereka ini adalah graduan yang hebat! kerana mereka sangat memanfaatkan peluang yang telah diberikan.
Ramai juga pelajar-pelajar yang result mereka bagus atau cemerlang seperti saya katakan di awal tadi, tetapi bila melangkah ke universiti mereka mula rasa selesa dan rasa kononnya pencapaian mereka akan konsisten seperti di sekolah atau matrikulasi, akhir mereka lalai, leka, perasan pandai lalu kurang berusaha, kurang fokus dan akhirnya mereka sekadar lulus ijazah Kelas Kedua Bawah. Meraka adalah orang yang rugi kerana mereka tidak menggunakan kepandaian dan kebolehan mereka sebaik mungkin.
Seterusnya adalah mereka yang sangat beruntung di mana mereka layak memasuki universiti atas sebab kecemerlangan akademik mereka di peringkat sekolah atau matrikulasi seterusnya mereka terus berusaha mengekalkan kecemerlangan itu di universiti lalu lulus sebagai graduan cemerlang dengan kelulusan Kelas Pertama atau sekurang-kurangnya Kelas kedua Atas. Inilah golongan yang saya maksudkan di awal tadi yang mana saya amat berbangga sebagai pensyarah jika lebih ramai golongan ini di universiti, kerana yang akan mendapat faedahnya bukanlah untuk saya tetapi untuk mereka sendiri iaitu pelajar-pelajar BDM.
Setiap kali menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti, saya amat berbangga dengan pelajar-pelajar BDM kerana perkara pertama saya akan lihat ialah senarai nama mereka di dalam penerima Ijazah Kelas Kedua Atas adalah lebih ramai daripada mereka yang mendapat Kelas Kedua Bawah. Inilah perkara yang semua pensyarah banggakan. Tetapi kami akan lebih bangga jika ada di kalangan pelajar BDM yang mendapat Ijazah Kelas Pertama dan perkara ini bakal menjadi realiti kerana saya difahamkan telah ada beberapa pelajar BDM yang dalam kategori mendapat Kelas Pertama dalam konvokesyen-konvokesyen yang akan datang dan saya doakan bilangan itu semakin ramai dan bilangan mereka yang mendapat Kelas Kedua Bawah akan menurun dan mungkin tidak ada langsung pada masa depan. Itulah sasaran kita semua iaitu pensyarah dan juga pelajar BDM.
Tetapi kepada graduan-graduan BDM yang lepas khususnya yang telah mendapat Kelas Kedua Bawah, janganlah tersentuh hati dengan perbincangan saya ini kerana bukanlah bermaksud saya merendahkan mereka, kerana saya yakin mereka telahpun berusaha, namun rezeki tidak menyebelahi mereka di UUM, tetapi saya yakin rezeki mereka ada lebih baik lagi selain daripada ijazah yang mereka perolehi. Mereka juga adalah orang yang hebat atas ukuran kemampuan mereka sendiri.
Tidak perlu kita bandingkan BDM dengan ijazah-ijazah yang lain kerana setiap bidang itu mempunyai kekuatan dan kelemahan tertentu. Walaupun contohnya jika kita mengambil bidang kejuruteraan yang hebat sekalipun tetapi kita tidak pernah berusaha dan hanya sekadar mendapat kelulusan yang rendah, maka tidak berguna juga kerana belum pasti ada tempat bagi kita. Tetapi walaupun kita mengambil bidang yang kurang menonjol sekalipun misalnya penterjemahan, tetapi kita lulus Kelas Pertama maka berbagai peluang pasti datang kepada kita.
Justeru, seharusnya jika kita telah benar-benar berusaha maka berbanggalah dengan apa yang kita perolehi dan yang penting berbanggalah yang kita pernah menjadi salah seorang pelajar BDM di UUM ini yang pernah berusaha bersungguh-sungguh dan selebihnya bergantung kepada kekuatan dan kebijaksanaan kita berusaha dalam menempatkan diri dalam meneruskan kehidupan yang mendatang.
Syahril Said
(Pelajar BDM : 2000-2003)
Anda boleh bersetuju dengan apa yang saya tulis, anda juga boleh tidak bersetuju dengan apa yang saya tuliskan di blog ini.

6 comments:
sy bstuju..hbat menulis..menang memakai..hehe..saje ambik kata2 iklan..tp sy mmg stuju la ngn penulisan en syahril nie.xde pe yg xbenar melainkan benar2 belaka..tahniah yea
penulisan saya mungkin benar untuk saya atau sebahagian orang dan mungkin tidak benar bagi sebahagian orang yang lain, jika ada orang kurang bersetuju itu adalah satu lumrah yang perlu diterima, kerana manusia mempunyai fikiran yang berbeza-beza
My sincere best wishes to the BDM newcomers and I do hope they will emulate our current successes and learn from our fallacies to improve and better our achievements...Good luck and selamat berjuang di bumi Sintok ini...
-Darren-
I think they will and you also have shown an excellent role model to them and your friends, I wish you good luck too.
yup..sy pon cam diorang,,actually sy plak tersenarai dpt masuk kursus BDM.result STPM tak la seberapa n tak memohon pon kursus nie maybe ader faktor2 lain yg membantu dan rezeki..da tamat da 3taun..memule 1sem cam mls2..masih lagik samar2..tp sy still blajo jugak..even tak la dpt first class tp still berusaha yang baik..bile da masuk prktikal memang le bila org tanyer spesifik bidang kdg2 pyh nak jwb..tp bg sy yakin saja menjawab mengikut pengalaman aper yg telah sy belajr,..sokong sebab ada kekuatan n kelemahan..doa sy pada new student rebutlah peluang yg ader n study smart..jgn menyesal kemudia ari. bg sy tiada manusia yang berjaya dlm semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. yg penting ialah kita x menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
satu nasihat yang sangat berguna daripada Isyqacombat, cuma nasihat saya sebab saya selalu dengar ramai student BDM tak tahu nak jelaskan kepada orang lain especially semasa interview kerja ialah apakah bidang BDM ini?
sebenarnya bukan masalah BDM tiada peranan atau bidang, tetapi pelajar sendiri yang tak tahu macammana nak jelaskan apakah BDM, kerana pelajar sendiri tidak faham tentang apa yang mereka belajar, puncanya apabila tidak bersungguh semasa belajar atau tidak mahu ambil tahu apa yang dia belajar sebenarnya.
sebenarnya apabila kita memiliki sesuatu benda yang sangat baik tetapi apabila kita yang gagal menjelaskan apakah kebaikan benda itu supaya orang mudah faham, maka benda yang asalnya baik itu sudah menjadi tidak berguna ketika itu, kerana orang yang ingin tahu apa kebaikan benda itu tidak berjaya diberitahu, manakala orang yang memilikinya sendiri pun tidak tahu apa yang ada pada mereka...
Post a Comment