Sunday, June 21, 2009

WASPADA TERHADAP INFLUENZA A (H1N1)

Hari ini media melaporkan kes jangkitan Influenza A (H1N1) meningkat kepada 49 kes di negara ini dan apa yang lebih kritikal kini jumlah jangkitan di peringkat tempatan telah meningkat. Pada sebelum ini kes-kes jangkitan hanya dilaporkan berlaku ke atas mereka yang baru pulang dari luar negara terutama dari negara-negara yang tinggi jumlah mangsa jangkitan virus berkenaan seperti Amerika, Mexico, Australia, Kanada dan negara-negara lain yang kini menurut WHO melibatkan lebih 94 buah negara dan bilangan mangsa jangkitan ialah 44,287 jumlah mangsa dengan 180 kematian.

Kemuncak terkini penularan jangkitan virus ini di Malaysia menyebabkan sebuah sekolah terpaksa ditutup selama seminggu iaitu SRJK Cina Jalan Davidson, Kuala Lumpur akibat tiga pelajar sekolah berkenaan disahkan positif virus H1N1.

Kita perlu insaf akan situasi yang sedang melanda kini, ambillah langkah-langkah waspada bagi mencegah penularan virus ini. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita diberi perlindungan oleh-Nya daripada sebarang musibah di muka bumi ini. Amin.


Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya'Ulumuddin: "Bagaimana doa boleh mengubah qadak sedangkan qadak sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi?Ketahuilah sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdoa" (Sumber :
http://halaqah.net)


2 comments:

secretname said...

jadi...sape2 yg perlu ke luar negara atau pulang dr sana tu hrp2 d tangguhkn la pemergian mereka..d kuatiri akan menyebabkan seluruh rakyat malaysia terkena bahana penyakit nie..

sekian..melaporkan dr lokasi setempat

Syahril Said said...

haha...terima kasih kepada Karam Syafa Waliya...hahaha..