Monday, January 31, 2011

CINTA DAN KASIH SAYANG













Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

1. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Demi diriku dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam dikalangan kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

2. Cinta merupakan satu-satunya mutiara yang dapat memberikan tiga perkara :
i. Keamanan
ii. Ketenteraman
iii.Kedamaian

3. Rasa cinta kepada Allah SWT akan menjadikan kita merasakan apa yang Allah tentukan dan berikan kepada kita semuanya adalah yang terbaik untuk kita. Orang yang cinta kepada Allah, akan memandang baik kepada Allah biar apapun ujian dan dugaan yang diterima.

4. Tiga tahap cinta yang Allah sebut dalam Al-Quran :
i. orang yang beriman kepada Allah
ii. orang yang beriman kepada Rasul-Nya
iii.orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan menjadikan nafkah itu sebagai pemimpin dan penjaganya (penolongnya) di Hari Kiamat

Saturday, January 29, 2011

Friday, January 28, 2011

HUKUM BERSALAMAN



Pegang babi, pegang anjing tidak berdosa, tetapi pegang (termasuk bersentuhan) anak dara orang dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM dan BERDOSA. Kata Rasulullah SAW, pada Hari Kiamat tangan mereka yang bersentuhan dengan perempuan bukan mahram akan dibakar hingga hancur seluruh badan mereka oleh Allah SWT...

Thursday, January 27, 2011

KEAGUNGAN TUHAN



Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta...

SIFAT ORANG YANG BERIMAN









Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

1. Daripada Anas Bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa empat perkara, yang apabila ada empat perkara ini pada diri seseorang, maka hebatlah manusia itu. EMPAT perkara itu ialah :
i. orang yang diam.
ii. orang yang merendahkan diri.
iii. orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT.
iv. orang yang membelanjakan sesuatu perkara secara bersederhana.

2. Diam bukan bermakna tidak bercakap, tetapi diam bermaksud hanya bercakap perkara yang baik-baik. Tidak bercakap perkara yang dosa (fitnah dan mengumpat) dan laqha (hal yang sia-sia).

3. Sifat orang beriman menurut Rasulullah SAW ada tiga iaitu daripada Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah SAW menyatakan siapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kiamat, maka
i. hendaklah dia memuliakan tetamu
ii. hendaklah dia bercakap yang baik-baik
iii.kalau tiada perkara yang baik yang hendak dicakapkan, maka hendaklah dia diam.

4. Bercakap yang baik-baik juga ialah tidak mengeluarkan kata-kata makian dan kesat. Hukum memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat adalah berdosa.

5. Matlamat berpuasa :
i. supaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa
ii. supaya menjadi hamba Allah yang bersyukur
iii.supaya menjadi hamba Allah yang benar

6. Mintalah keampunan Allah SWT pada waktu sahur, dirikanlah Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Tahajjud apabila bangun untuk bersahur.

7. Rasulullah SAW berkata sesiapa yang bersedekah dengan memberi orang makan ketika waktu berbuka puasa walaupun dengan sebiji buah kurma, Allah SWT terima ibadah sedekahnya dan Allah menggandakan pahala sedekahnya menjadi sebesar Gunung Uhud.

8. Janganlah kedekut pada bulan Ramadhan, carilah fakir miskin, carilah anak yatim, bersedekahlah...

9. Pembohong agama ialah mereka yang tidak memberi makan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin dan tidak khusyuk dalam solat.

Firman Allah SWT : "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)" (Surah Al-Maa'uun, ayat 1-7).

Saturday, January 22, 2011

REZEKI YANG BARAKAH















Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

1. Pekerjaan juga melambangkan kemuliaan seseorang, maka carilah pekerjaan yang terbaik dan lakukanlah pekerjaan dengan baik dan amanah. Apabila kita mulia di dunia, InsyaAllah akan mulia juga di akhirat.

2. Kerja itu adalah satu ibadah, pekerjaan yang hanya diterima Allah ialah pekerjaan baik yang dilakukan Lillahi Taala (iaitu hanya kerana Allah SWT).

3. Rezeki Allah SWT itu sangatlah luas, lalu Allah menyuruh manusia menggunakan akal dan berfikir untuk berusaha dan berkreatif mendapatkan rezeki dari Allah.

4. Semua rezeki itu datang daripada Allah SWT dan pekerjaan itu adalah amanah daripada Allah.

Firman Allah SWT :

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata" (Surah Saba', ayat 24).

"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-'Ankabuut, ayat 60).

5. Rasulullah SAW menyatakan bahawa 9/10 sumber rezeki berpunca daripada perniagaan.

6. Bagaimana untuk menjadikan rezeki itu rezeki yang barakah menurut Rasulullah SAW :
i. Memastikan sumber rezeki tidak terlibat dengan riba
ii. Elakkan berhutang. Hutang yang banyak akan menjadikan manusia itu miskin
iii. Qanaah iaitu memadai dan redha dengan apa yang dimiliki.

7. Berusahalah untuk ikhlas dan amanah dalam bekerja agar kesusahan dan keletihan dalam pekerjaan kita di dunia ini dapat memberikan kita pahala yang membolehkan kita 'berehat' dengan tenang di alam barzakh nanti dan menjanjikan balasan Syurga...

Friday, January 21, 2011

UBAT HATI



Ubat hati ada lima perkaranya :
Pertama, baca Al-Quran dan maknanya
Kedua, solat malam dirikanlah
Ketiga, berkumpullah dengan orang soleh
Keempat, perbanyaklah berpuasa
Kelima, zikir malam berpanjanglah...

Wednesday, January 19, 2011

SISA UMURKU BERKURANG SETIAP HARI



Ya Illahi...
Sisa umurku berkurang setiap hari
Tetapi..dosa-dosaku tak terhitung bagai debu
Terimalah amal taubatku

Ya Illahi...
Hamba yang berdosa datang bersimpuh...dan bersujud menyembah-Mu
Mengaku, menyeru dan memohon ampunan-Mu
Hanyalah Engkau pengampun dosa hamba-Mu...

Tuesday, January 18, 2011

KELEBIHAN BERSABAR



DUA kelebihan manusia yang sabar :
1. dapat menjadi manusia yang suci hatinya
2. menjadi manusia yang boleh melawan hawa nafsu

Firman Allah SWT : “Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang - orang yang sabar” (Surah Al-Anfaal, ayat 46).

Monday, January 17, 2011

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal...

SELIMUT PUTIH




Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung...

Sunday, January 16, 2011

BULAN PURNAMA PENUH - USTAZ KAZIM ELIAS

















Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

1. Latihlah diri untuk bangun pada waktu malam untuk menunaikan Solat Tahajjud, bertafakur, memohon keampunan, bermunajat akan kebesaran Allah SWT dan bermuhasabah diri. Latihlah diri untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah di masjid. Para Nabi dan Rasul dahulu sentiasa dibangunkan oleh Allah pada waktu malam untuk bermunajat kepada-Nya. Kekuatan Islam juga turut bergantung kepada sejauhmana umat Islam bersedia untuk bangun pada waktu malam untuk bermunajat kepada Allah SWT.

2. Sentiasa berfikir dan rasa takut dalam diri sama ada ibadat-ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah atau tidak. Rasa takut itu akan menyebabkan kita selalu berfikir dan sentiasa berusaha memperbetulkan amalan dan ibadat-ibadat kita terutamanya solat dan ibadat-ibadat wajib supaya menjadi lebih betul dan diterima oleh Allah SWT.

3. Manusia ini banyak perangai dan banyak ragam, tetapi sentiasalah mencari kebaikan orang lain dalam apa jua situasi dan tempat.

4. TIGA syarat untuk menjadi senang dan tenang (hati yang tenteram) dalam hidup ialah
i. rajin bersedekah,
ii. sentiasa bertaqwa
iii. hendaklah sentiasa bercakap benar (iaitu bercakap yang baik-baik).

Sebagaimana firman Allah SWT :
"
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya), Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)" (Surah Al-Lail, ayat 4-7).

5. TIGA orang yang Rasulullah SAW paling suka ialah
i. orang yang rajin bersedekah, namun Rasulullah paling sayang kepada orang miskin yang suka bersedekah
ii. orang yang tidak sombong, namun Rasulullah paling suka orang kaya yang tidak sombong
iii. orang yang berbuat ibadat, namun Rasulullah paling suka anak-anak muda yang rajin berbuat ibadat

6. TIGA orang yang Rasulullah SAW paling benci ialah :
i. orang bakhil, namun Rasulullah paling benci orang kaya yang bakhil
ii. orang yang sombong, namun Rasulullah paling benci orang miskin yang sombong
iii. orang yang berbuat maksiat, namun Rasulullah paling benci orang tua yang berbuat maksiat

7. Sentiasalah dekatkan diri dengan agama, InsyaAllah hati akan menjadi tenang dan tenteram...

Friday, January 14, 2011

DOSA RIBA - USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN













Firman Allah SWT :


"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya" (Surah Al-Baqarah, ayat 275)

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa"
(Surah Al-Baqarah, ayat 276).

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman" (Surah Al-Baqarah, ayat 278)

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa" (Surah Al-Baqarah, ayat 279).



MAKNA DOA SEMASA DUDUK ANTARA DUA SUJUD



Wednesday, January 12, 2011

AYAT KURSI


Maksudnya : Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Monday, January 10, 2011

USTAZ KAZIM ELIAS - BERSEDEKAH













Kesimpulan yang bermanfaat :

1. Manusia yang beruntung ialah :-
i. Orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib (contohnya Hari Kiamat, Syurga, Neraka, pahala dan dosa)
ii. Golongan yang mendirikan solat
iii.Orang yang menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada mereka sama ada dibelanjakan harta pada jalan yang dibenarkan syarak, bersedekah ataupun berwakaf.

2. Orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengungkit-ungkit pemberiannya dan tidak pula menyakiti perasaan si penerima, maka mereka akan memperoleh pahala disisi Allah, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak perlu bersedih hati (janganlah kamu takut akan berkurangnya harta kamu kerana dinafkahkan, kerana Allah akan gantikan pemberian itu dengan rezeki yang lebih baik dan berlipat kali ganda lagi). Para sahabat Rasulullah SAW bersedekah sebahagian besar harta-harta mereka, Saidina Abu Bakar r.a pernah mensedekahkan kesemua hartanya ke jalan Allah, tetapi mereka semua tidak semakin miskin, bahkan semakin kaya pula kerana Allah melipatgandakan rezeki mereka.

Firman Allah SWT : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki" (Surah Saba', ayat 39).

3. Ibu bapa adalah golongan yang WAJIB dibelanjakan harta kita kepada mereka, kemudian kepada orang-orang yang hampir dengan kita iaitu isteri, suami, anak-anak, adik-beradik, jiran dan kemudian barulah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

4. Tanda orang yang bersyukur dengan rezeki yang melimpah-ruah yang dikurniakan oleh Allah SWT ialah memperbanyakkan lagi ibadat (seperti datang solat jemaah di masjid) dan tidak kedekut.

5. Golongan orang yang beriman yang hebat ialah :
i. Orang yang bersabar dan redha (iaitu sabar semasa menerima ujian dan ditimpa musibah dan redha selepas ditimpa ujian dan musibah)
ii. Orang yang benar (tidak menyembunyikan kebenaran, bercakap benar walaupun sakit dan pahit)
iii. Orang yang taat (akan perintah Allah)
iv. Orang yang menafkahkan hartanya
v. Orang yang bangkit sepertiga malam dan meminta ampun kepada Allah SWT selepas Solat Sunat Tahajjud

Firman Allah SWT : "(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur" (Surah Ali 'Imraan, ayat 17).

6. Firman Allah SWT : "
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" (Surah Al-A'raaf, ayat 32).

7. Firman Allah SWT : "
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan (Surah Al-Baqarah, ayat 271).

Saturday, January 8, 2011

USTAZ KAZIM ELIAS - TANGGUNGJAWAB SUAMI













Kesimpulan yang bermanfaat :

1. Berusahalah untuk lengkapkan diri dengan ilmu agama adalah sangat mustahak sebelum seseorang itu menjadi suami, agar bila sudah berkahwin mampu membimbing isteri dan anak-anak dengan ilmu agama terutamanya ilmu fardhu ain.
2. WAJIB hukumnya seorang suami mengajarkan kepada isterinya ilmu agama fardhu ain, hukum-hukum asas dan ilmu tauhid.
3. Hidupkan suasana ilmu agama di dalam rumah dan amalkan tabiat pergi mengaji dan mendengar kuliah-kuliah agama di masjid, bawa isteri dan anak-anak bersama. Jadi, luangkankan masa pada hari Sabtu untuk bawa isteri dan anak bersama-sama pergi mengaji di masjid.
4. Bersungguh-sungguh pastikan rezeki yang diberikan kepada keluarga benar-benar dari sumber yang halal dan bersih.
5. Dosa isteri dan anak-anak akan ditanggung oleh suami dalam penghitungan pada Hari Akhirat jika suami gagal mendidik mereka dengan sempurna. Soalan pertama yang Allah SWT akan tanya suami di Hari Akhirat ialah tentang isterinya, kemudian tentang anak-anaknya. MasyaAllah, beratnya menjadi suami...
6. Dosa paling besar kepada seorang suami ialah apabila berlaku kejahilan ilmu agama kepada semua isirumahnya. Isteri akan mengadu kepada Allah SWT di Hari Akhirat bahawa suaminya tidak mendidiknya dengan betul menyebabkan dia jahil sewaktu hidupnya.
7. Adalah WAJIB ke atas suami belajar ilmu tentang wanita seperti haid dan nifas, cara bersuci dan hukum-hukum berkaitan dan WAJIB pula dia mengajarkan kepada isterinya...
8. Harta yang sebenar-benar menjadi hak milik kita ialah harta yang kita belanjakan ke jalan Allah.