Saturday, June 27, 2009

RASIONALITI PEMBINAAN JAMBATAN INDAH MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR

Secara peribadi saya amat mengikuti isu ini secara dekat, bukanlah kerana saya sering berulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari, tetapi saya sangat peka terhadap mana-mana projek pembangunan yang memberi impak besar kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan terutamanya sebagai rakyat saya sangat ambil berat akan kedaulatan negara kita ini. Justeru isu pembinaan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor ini bukanlah isu baru. Isu ini telah lama tetapi berbangkit semula kini.

Saya tak akan mengulas panjang tentang kenapa kita perlu bina atau teruskan projek pembinaan Jambatan Indah/Bengkok kerana ulasan yang lebih lengkap tuan-tuan boleh baca sendiri di blog Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk The Johore Causeway/Tambak Johor. Beliau telah memberi penjelasan yang amat baik dan sangat mudah difahami terhadap isu ini. Saya pun ada memberi komen dalam blog beliau tentang isu tersebut. Jadi, sebagai orang yang peka terhadap pembangunan negara dan kedaulatan negara maka saya sarankan tuan-tuan bacalah entry yang Tun tulis itu. Bukanlah saya nak promosi blog Tun pulak, tapi apa yang baik maka kita kongsikan bersama.

Pendirian saya akan isu ini berdasarkan perkembangan ini, saya dah tulis pun dalam blog saya pada entry bulan May yang lalu. Cuma di sini saya ingin menekankan bahawa kita tidak perlu untuk bina jambatan yang ketiga bagi menghubungkan Johor dan Singapura. Kita dah ada jambatan kedua (SecondLink) di Gelang Patah. Itu sudah memadai. Tetapi isu penting di sini bukanlah tidak cukup jambatan, tetapi isunya kita perlu robohkan Tambak Johor (khususnya di kawasan perairan selat Malaysia untuk membawa lebih banyak manfaat kepada Johor Bahru dan aktiviti ekonomi dan pelabuhan di sebelah negara kita.

Kesan atau impak positif perobohan Tambak Johor itu dan digantikan dengan Jambatan Indah/Bengkok tersebut sangatlah besar kepada negara kita. Kita tidak perlu pun mendapat persetujuan atau kebenaran pihak Singapura dalam hal ini, kerana kita tidak pun akan menyentuh bahagian atau perairan negara itu. Jadi sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat maka wajar kita teruskan usaha murni ini.

Sebenarnya Singapura sangat takut apabila jambatan itu menjadi realiti kerana apabila Tambak Johor dirobohkan, laluan kapal-kapal dapat menghubungkan antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, maka ini akan membuatkan industri pelabuhan Singapura semakin terjejas. Tetapi sebagai sebuah negara kapitalis maka bukankah itu adalah cabaran yang harus mereka terima? Saya fikir kita tidak perlu lagi berdiam diri, lebih lama kita tunggu mereka yang semakin untung, selepas ini pemimpin kita harus pula lihat pada isu harga air yang dijual kepada Singapura...

1 comment:

Unknown said...

Apa bangang bukan2 bengkok lonjong lah dato najib pun kalau ada masalah hutang bajet seciput je jangan sibuk canang satu dunia nak buat HSR pulak.buat satu ni dah cukup ni tak buat langsung mcm cakap nak usir lori2 ke tuas,bajet tu turunkan tol tuas buat satu jalan lagi di mersing.jangan menyusahkan orang yg melalui tambaklah.orang dah bagi duit malah banyak lagi habis tambak macam haramjad tak pasal kena bersesak masuk singapore dengan lori2.