Monday, June 1, 2009

SINGAPURA DAN KITA

Pada 2 hari yang lepas saya sempat bercuti di Singapura. Kesempatan itu saya ambil bagi merehatkan minda dan melupakan seketika kerja-kerja di kampus. setelah melawat negara jiran itu, ada beberapa perkara ingin saya kongsikan pendapat dalam blog ini. Pendapat saya tentang Singapura bahawa negara itu tidak banyak bezanya dengan Malaysia (kerana dari segi sejarah pun Singapura pernah menyertai penubuhan Malaysia). Dari segi sumber ekonominya, negara kecil itu banyak bergantung sektor perkhidmatan, perindustrian dan juga pelancongan.

Tahap kemajuan dan pembangunan pula secara kasarnya mungkin nampak lebih maju dari Malaysia, tetapi secara relatif pula saya mengandaikan kita lebih baik jika dibandingkan dari segi jumlah penduduk dan keluasan kawasan yang menerima impak pembangunan, kerana memang lebih mudah untuk mengurus dan membangunkan sebuah negara yang kecil dan terhad berbanding jumlah keluasan Malaysia dan bilangan penduduk negara kita yang lebih ramai.












Dari sudut pelancongan, tidak saya nafikan Singapura kini serius dalam membina industri pelancongan mereka, tetapi jika dibandingkan dengan Malaysia sebenarnya negara kita lebih jauh beruntung kerana kita lebih kaya dari segi destinasi dan produk-produk pelancongan yang hebat, unik dan menarik! Walaupun saya kagum dengan beberapa tempat yang dikunjungi di Singapura antaranya Sentosa Island (sempat menonton Songs of The Sea) dan beberapa tempat menarik di negara-negara jiran yang lain, tetapi pengalaman saya melancong di tempat-tempat menarik dalam negara kita adalah jauh lebih baik dan menarik.

Cuma, saranan saya kepada diri sendiri dan pentadbiran negara kita bahawa sebenarnya dalam apa juga sektor pembangunan yang ingin dimajukan, sebenarnya kita boleh maju dengan lebih cepat daripada apa yang ada sekarang sekiranya kita betul-betul fokus dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dan menjayakan apa juga yang telah dirancangkan seperti yang dilakukan oleh negara-negara yang sedang pantas maju ke hadapan seperti Jepun, Australia, Korea, Hong Kong dan Singapura. Jika negara-negara tersebut telah membuktikan mereka berjaya kerana berusaha bersungguh-sungguh, kenapa tidak kita???

3 comments:

secretname said...

sokong ckp en syahril tu..negara kita klu nk maju camtu pon bole cuma kena usaha yg sedikit keras n tumpuan yg lbh..

ni npe p singapore xajak sy?klu x leh jmpe kat sempadan tu..haha

Syahril Said said...

camna nak ajak, saya nak ikut rombongan Syafa, tapi Syafa tak bagi ikut...hehehe..

secretname said...

hahaha mn leh ikut..kan en syahril g singapore..lg jauh dr sy..sy g tour msia je..hehehe