Monday, August 30, 2010

MEMBENTUK KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH



Firman Allah S.W.T :

"Hai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia, kemudian menciptakan dari jenisnya jodoh baginya, dan dari keduanya dikembangbiakkan keturunan yang banyak, laki-laki dan perempuan. Bertakwalah kamu kepada Allah, yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan dengan nama-Nya kamu menjaga kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu mengawasi kamu semua." (Surah an-Nisa, ayat 1)

Sunday, August 29, 2010

KELUARGA SAKINAH : PERANAN ISTERI



Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik isteri kalian adalah wanita yang apabila dipandang menyenangkan hati suaminya, apabila disuruh tidak membantah, dan apabila ditinggal pergi setia menjaga dirinya dan harta suaminya” (HR Imam an-Nasa’i)


Saturday, August 28, 2010

KELUARGA SAKINAH : PERANAN SUAMI



Sabda Rasulullah SAW :

“Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik budi pekertinya dan paling lemah-lembut perilakunya kepada ahli keluarganya”. (HR Imam at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan al-Hakim)

“Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian yang bengkok dari rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu luruskan maka bererti akan mematahkannya. Dan seandainya kamu biarkan maka akan terus saja bengkok, untuk itu nasihatilah dengan baik.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

Friday, August 27, 2010

SIKAP BERPECAH-BELAH MEMBELAKANGKAN ISLAM

Kegagalan menguasai ekonomi dan meningkatnya gejala sosial membabitkan masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh sikap mereka yang berpecah-belah dan membelakangkan kepentingan Islam.

Sikap berpecah-belah itu merupakan punca mengapa ekonomi Melayu gagal berkembang selama ini.

Akibat taksub kepada kelompok masing-masing, masyarakat Melayu kini berhadapan dengan masalah sosial yang semakin membimbangkan.

"Saya diberitahu oleh seorang pakar perubatan bahawa setiap 15 minit akan lahir seorang anak haram di negara kita. Kalau beginilah ramai anak haram yang akan lahir, apa akan kita bayangkan pada masyarakat?

"Ini menunjukkan masyarakat yang telah hancur, tidak berakhlak dan tidak bertamadun. Kerana apa? Kerana kita berpecah,".

Perpecahan yang berlaku menyebabkan orang Melayu tidak mempunyai banyak ruang untuk menumpukan kepada soal pembangunan ummah.

"Kita berpecah sejak mula merdeka sampai sekarang sehingga kita tidak mementingkan soal pembangunan ummah, kita hanya mementingkan soal kelompok, taksub kepada kelompok.

"Sedangkan keutamaan-keutamaannya kita tinggalkan, baik dari segi kerajaan, intelektual, ulama apatah lagi orang ramai,".

Sehubungan itu, kedatangan Nuzul al-Quran yang disambut dalam bulan Ramadan diharap dapat menyedarkan masyarakat Melayu dengan perkara-perkara yang membelenggu mereka selama ini.

Al-Quran bukan bertujuan digunakan bagi kepentingan sesuatu kaum atau kepentingan puak tertentu tetapi merupakan petunjuk kepada seluruh manusia yang mahu menerimanya.

"Dalam Al-Quran menyebut ada enam rukun hidup bermasyarakat yang perlu kita ikuti iaitu kita tidak boleh hina-menghina, merendah-rendahkan orang lain, perli-memperli, gelar-mengelar (yang tidak baik), berprasangka buruk dan mengumpat antara satu sama lain".

Kerajaan perlu meletakkan kepentingan pelajaran agama itu setaraf dengan pelajaran akademik sebagai langkah awal dalam mencegah keruntuhan akhlak.

"Saya sudah bercakap lama, kita tidak boleh pisahkan pelajaran agama dengan akademik. Kalau pelajaran akademik kita jadikan wajib, kenapa agama kita jadikan sampingan kerana pembangunan orang Islam bergantung kepada pembangunan rohani".

"Kalau soal kerohanian diketepikan, kita maju dari segi material, ada motosikal, ada kereta dikira maju, tetapi itu tidak membawa makna apa-apa kepada kita selain kita makin teruk daripada orang lain".

"Saya tidak akan jemu menegur pihak-pihak tertentu jika ia demi kebaikan umat".

"Saya tidak pernah jemu menyampaikan kebenaran. Saya tidak pernah terencat dengan sebab cacian dan makian orang lain. Kerana bagi saya, yang penting perintah Allah mesti didahulukan,".

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

(Sumber : Utusan Online) baca sini

TAFAKUR



Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu...

Wednesday, August 25, 2010

JADILAH MANUSIA YANG BERBAKTI DAN BERMANFAAT

Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) di dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari dan kalau mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim)

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah SAW bersabda : "Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis riwayat Thabrani dan Daruquthni)

Kisah Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah terdapat seorang pengemis Yahudi buta, yang tiap hari apabila ada orang yang mendekatinya , ia selalu berkata “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Tetapi setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga Baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnahpun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?” Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa menyuapiku!”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila orang yang sering menyuapiku datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu ia menghaluskan makanannya sehingga aku tidak susah mengunyahnya”, kata pengemis buta itu.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a., ia begitu terharu hingga menitiskan air mata, kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, namun ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, sungguh ia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta itu pun akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.

Tuesday, August 24, 2010

HORMATI, SAYANGI DAN BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPA


Firman Allah SWT :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" (Surah Al Ahqaaf, ayat 15)


“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil.” (Surah Al Israa’ ayat 23 – 24)


Rasulullah SAW bersabda :


"Berbaktilah kepada ibu-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Hendaklah kamu menjaga kehormatan, nescaya isteri-isteri kamu akan menjaga kehormatan.” (Riwayat Thabrani)


"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati." (Riwayat Al-Hakim)

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa." (Riwayat At Tirmidzi)





Friday, August 20, 2010

RAMADHAN DI MELBOURNE

1. Hari ini genaplah seminggu umat Islam di Melbourne menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Inilah juga pengalaman pertama saya menyambut Ramadhan di perantauan.

2. Memanglah tidak boleh dibandingkan suasana menjalani ibadah Ramdhan di sini dengan di Malaysia. Kalau ingin dibandingkan, sudah tentulah sekarang juga saya akan pulang ke Malaysia.

3. Di sini Ramadhan mungkin hanya dirasai di malam hari apabila umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih. Tapi di siang harinya biasa sahaja seperti bulan-bulan lain kerana di Malaysia umat Islam lebih ramai berbanding orang bukan Islam, maka suasana berpuasa itu lebih dirasai, tetapi di sini orang Islam adalah minoriti, manakala di sini di mana-mana pun boleh lihat orang bukan Islam sedang makan dan minum.

4. Umat Islam di Melbourne menyambut Ramadhan dalam musim winter, ketika bersahur suhu kadangkala sehingga 3-4 darjah celcius, makanan yang berkuah telah membeku di dalam periuk perlu dipanaskan. Pulang dari tarawih pula hampir ingin berlari-lari agar cepat sampai ke rumah kerana kesejukan.

5. Di sini tiada peluang untuk merasai suasana hiruk-pikuk di bazaar Ramadhan dan melihat gelagat pelbagai manusia yang berbondong-bondong membeli juadah untuk berbuka puasa. Terkenang sewaktu di Malaysia hampir setiap hari dalam bulan Ramadhan ketika memandu pulang dari pejabat, saya akan menelefon ibu menanyakan apakah lauk yang ingin dibeli untuk berbuka pada hari itu. Jika ada lauk yang dikirimkan ibu, saya akan singgah di Bazaar Ramadhan Stadium Darul Aman atau Bazaar Ramadhan Mergong. Tetapi di sini tiada Bazaar Ramadhan dan tiada pilihan lauk untuk berbuka. Setiap hari saya dan housemates akan bergilir-gilir memasak menu yang sama iaitu ayam yang ditukar-tukar resepi. Di sini juga masih ramai pelajar Islam yang masih di dewan kuliah ketika tiba waktu berbuka puasa. Ada yang terpaksa hanya meneguk air di dalam dewan kuliah sebagai menikmati waktu berbuka.

6. Setiap kali waktu berbuka, terkenang saat kegembiraan ketika berbuka puasa bersama ibu tercinta dan keluarga di Malaysia. Namun, kenangan itu perlu di simpan untuk Ramadhan tahun ini dan dua tahun akan datang. Perjuangan mencari ilmu yang bermanfaat itu adalah lebih utama, perjuangan ini belum selesai.

7. Apabila sampai masa solat tarawih, terkenang juga keseronokan ketika bertarawih di Malaysia, setiap malam bersama teman sekampung menziarahi dan menunaikan solat tarawih di masjid-masjid di sekitar Alor Setar. Namun, nikmat itu juga perlu di simpan untuk beberapa tahun ini. Perjuangan belum selesai.

8. Perjuangan belum selesai, perjuangan belum selesai, perjuangan belum selesai...

9. Tetapi diri ini berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana pengalaman yang sedang dilalui ini bukanlah satu ujian, tetapi adalah sekadar satu anugerah pengalaman yang istimewa dari Allah SWT untuk memperbaiki dan mematangkan diri. Apalah sangat cabaran seorang rakyat Malaysia menyambut Ramadhan di Melbourne ini berbanding ujian dan dugaan Allah SWT ke atas jutaan umat Islam yang menjadi mangsa banjir di Pakistan dan ribuan umat Islam yang sedang menderita di Palestine.

10. Jika di sini saya bersahur dan berbuka dengan menu yang sama setiap hari dalam keadaan suhu yang sejuk, tetapi jutaan umat Islam di Pakistan tiada makanan untuk di makan ketika berbuka dan tiada tempat tinggal untuk berteduh. Situasi banjir dan mangsa banjir di Pakistan, lihat di sini dan di sini.



11. Begitu juga ribuan umat Islam di Gaza yang tidak cukup makanan dan tiada tempat tinggal yang sempurna akibat kemusnahan perang.



12. Jika ketika berbuka puasa saya terkenangkan ibu dan keluarga di Malaysia, tetapi ribuan anak-anak kecil di Palestine telah tiada ibu dan bapa, mereka telah menjadi anak yatim dan tiada kehidupan yang sempurna.



13. Maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan setiap ujian-Nya ke atas kita kerana mungkin ujian yang kita sedang hadapi itu adalah sangat kecil berbanding ujian-ujian yang Allah berikan kepada umat Islam yang lain.



14. Justeru, sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, di mana doa-doa orang yang berpuasa diterima oleh Allah, marilah kita turut sama mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk umat Islam di Pakistan dan Palestine serta di tempat-tempat lain yang sedang menderita dan kurang bernasib baik berbanding kita. InsyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

MUIS IFTAR

Monash University Islamic Society (MUIS) is happy to invite everyone to their annual iftar which will start this Friday (20th August) Insha'Allah.

Men will be in the Dining hall and women in the Banquet room as per usual and we will pray in the airport lounge.

Isha and Taraweeh prayers will also be conducted at the Monash Mosque in Beddoe Avenue starting from 7.15pm.

Hope to see you all there and strongly urge you to extend this invitation to your friends, families and neighbours (especially if they are not Muslim).

We are also looking for volunteers to help on the night. Anyone wanting to volunteer should meet in the Dining hall by 4.00pm

See you there.

Activites during the month of Ramadan

Ifthaars in the Monash University Mosque:

Monday 16th August
Wednesday 25th August
Monday 30th August
Monday 6th September

Ifthaars on Campus organised by MUIS - 1st floor dining Hall, Campus Centre

Friday 20th August
Monday 23rd August
Friday 27th August
Friday 3rd September

Source : Monash University Islamic Society

Tuesday, August 17, 2010

KHUTBAH RASULULLAH SAW MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

“Wahai manusia! sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah.

Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.

Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.

Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.

Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.

Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar.

Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia! barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khutbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)

Wahai manusia! siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.

Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”

(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)

(Sumber : cyberdakwah.net), rujuk di sini

Monday, August 16, 2010

AL-QURAN PANDUAN DAN PETUNJUK JALAN



Firman Allah SWT :

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang sentiasa menyertainya." (Surah Az-Zukhruf : ayat 36)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Surah Al-Anfaal: ayat 2)


Dari Abdullah bin 'Amar bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Puasa dan Al-Quran itu akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari Kiamat. Berkata puasa : "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu". Dan berkata pula Al-Quran : "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua mereka pun diterima oleh Allah". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)


* Semoga dengan kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat kepada Al-Quran. Isikanlah sedikit waktu malam dan pagi kita iaitu selepas bersolat dengan membaca Al-Quran. InsyaAllah.

Saturday, August 14, 2010

NIKMAT BERBUKA PUASA

Sabda Rasulullah SAW :

“...Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan (iaitu) kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak (iaitu) pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka, dan do’a orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi)


Thursday, August 12, 2010

NASIHAT RAMADHAN



Besarkanlah Ramadhan dengan puasa
Di waktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah Al-Quran, banyakkanlah sedekah
Tarawih kerjakanlah walaupun sunat

* Terima kasih kepada Aiman dan Azri kerana sudi membimbing saya dalam bertadarus Al-Quran

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SOLAT TARAWIH

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya serta rahmat-Nya kita masih dipanjangkan usia oleh-Nya untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.

2. Marilah kita sama-sama berdoa agar Ramadhan pada tahun ini mendatang lebih banyak perubahan dan kebaikan kepada kita dan umat Islam seluruhnya. Semoga Allah SWT menerima taubat dan mengampuni semua dosa-dosa kita yang lalu, segala amal dan ibadah kita akan menjadi amal ibadah yang diterima oleh-Nya, serta Allah SWT melimpahkan sebesar-besar rahmat-Nya dan hidayah-Nya kepada kita agar kita berubah selama-lamanya menjadi hamba yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. InsyaAllah.

3. Rajinkanlah berdoa dan sentiasa ikhlas dalam setiap amal ibadah dan aktiviti harian kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini, moga-moga amal ibadah yang ikhlas itu dapat mencukupkan diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk bertemu dengan Lailatul Qadar...

Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan)." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya di dalam Syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 3, 2010

AUTONOMI KEPADA UNIVERSITI

Adalah satu kerugian besar kepada institusi dan negara apabila seorang sarjana yang telah mencapai status kematangan terpaksa meninggalkan tugas di universiti kerana terikat dengan skim perkhidmatan yang mewajibkan mereka bersara.

Melahirkan seorang sarjana yang hebat memerlukan masa yang lama dan untuk itu, sarjana yang hebat perlulah dimanfaatkan oleh institusi untuk tempoh yang optimum.

Alam keilmuan dan budaya kesarjanaan universiti perlu dicerminkan dari pelbagai aspek, merangkumi seni bina bangunan, landskap, tenaga akademik, tata cara pengurusan serta tata cara hubungan kerja.

Inovasi dan kreativiti dapat ditingkatkan sekiranya pentadbiran universiti diberikan lebih banyak kepercayaan, perwakilan kuasa, fleksibiliti dan autonomi mengurus tadbir urusan harian.

Setiap universiti perlu diberikan ruang luas untuk mengenal pasti identiti dan keunggulan masing-masing serta bidang yang mahu diberikan fokus.

Keseragaman atau uniformity yang terlalu ketat akan meninggalkan pengaruh negatif yang dikhuatiri boleh menjejaskan daya inovasi dan daya kreativiti yang amat perlu dipupuk dalam alam keilmuan dan budaya kesarjanaan.

Negara-negara maju amat memahami peranan murni yang perlu dipenuhi oleh universiti mereka dengan menggaris dan melaksanakan dasar yang amat membantu perkembangannya. Kerana itu universiti di negara-negara maju berkembang hebat hingga berjaya mencapai status penarafan tinggi di peringkat antarabangsa.

Petikan daripada titah ucapan Sultan Azlan Shah, Canselor Universiti Malaya (UM)

Sumber : Utusan Malaysia (rujuk di sini)