Saturday, June 20, 2009

PEMBANGUNAN ARAB CITY DI MELAKA

Saya ucap tahniah dan syabas atas kejayaan kerajaan negeri Melaka menarik pelaburan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembangunan projek baru di negeri itu yang diberi nama Arab City. Projek ini adalah pembangunan sebuah kawasan pelancongan berkonsepkan seperti di negara-negara arab melalui pembinaan prasarana-prasarana pelancongan yang akan dibangunkan dalam tiga fasa. Projek itu dijangka akan mampu menyediakan 200 ribu peluang pekerjaan dan menjana pulangan pelaburan RM 1 bilion setahun. Projek berkenaan juga dijangka akan memperkenalkan Melaka di 20 buah negara arab dan seterusnya meningkatkan jumlah pelancong arab di negeri tersebut pada masa depan. Pelaburan Arab City ini adalah oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Dubai dan Arab Saudi dan mempunyai rakan kongsi di Malaysia.

Secara peribadi saya mengkagumi daya usaha yang berterusan dan kreativiti kerajaan negeri Melaka dalam mempertingkatkan pembangunan sektor pelancongan di negeri itu sebagai sumber pendapatan utama negeri dan rakyat. Bandaraya Melaka kini terkenal sebagai sebuah bandar warisan dan telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Centre. Jikalau kita ke negeri Melaka sekarang kita akan dapat melihat pembangunan yang pesat di negeri itu terutamanya dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

Saya amat menyukai usaha pembangunan sungai di Bandaraya Melaka terutamanya dalam menghidupkan pengangkutan air dan memanfaat pembangunan tebing sungai sebagai khazanah sektor pelancongan negeri berkenaan. Saya juga pernah menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam baru-baru ini dan pengalaman itu sangat menarik yang tentunya pasti sukar dilupakan.

Usaha seperti ini sepatutnya dicontohi oleh negeri-negeri lain juga di negara ini.

Melaka River Side

Night River Cruise in Melaka City

The Melaka River Cruise

A Beauty Night

5 comments:

secretname said...

wahh bila en syahril p melaka br2 ni?bkn p singapore ke?nk kata p ngn sy xde lak..tp mmg lawa gila pinggir sungai tu...mmg cantik..pjlanan lbh kurang 45minit...tepi tu semua kg melayu..rmh melaka tradisonal..kan?lain kali sy nk pegi lg..best..thnkz 4 this entry yea..mengingatkan sy kpd kenangan sy bsama usm..huhuh

Syahril Said said...

saya pi Melaka bulan Mac yang lalu, ada urusan kerja, memang sangat cantik dan best night life kat sana, dua malam saya ronda2 kat sana best betul, minum kat river side sambil tengok tarian kebudayaan, bandar bercahaya dan paling best naik river cruise tu, tapi saya naik lebih satu jam sebab dia bawak slow ja, sambil2 sembang2, cruise lain dah 2 trip pun kami tak sampai lagi..hehe..

secretname said...

amboi lamanya..ngorat ke pemandu tu?ooo pegi ngn lect2 kita jgk yea..patut la lama sgt..mlm yg naik cruise tu sy jmpe anis n adik2 dia.knal x anis?msti lupa ni

Syahril Said said...

Anis mana ya...kalau tengok mungkin kenal, sebab dah ramai student saya nama Anis..hehe

secretname said...

anis natasya..ye xye...lect kan ramai student..huhuh..lupe plk