Sunday, June 14, 2009

KEAMANAN SATU NIKMAT

Baru-baru ini negara New Zealand telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang paling selamat dan aman. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan ukuran pada indeks keamanan global (Global Peace Index - GPI). Tempat kedua ialah negara Denmark dan ketiga ialah negara Norway. Manakala Malaysia menduduki tangga ke-26 sebagai negara yang aman di dunia ini.

Untuk mengukur tahap keamanan sesebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu mengambilkira pelbagai faktor dan petunjuk (indicator) yang mendefinisikan keamanan. Berdasarkan GPI, ukuran keamanan itu berdasarkan kepada kurangnya berlaku, keganasan, konflik dan peperangan dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, kita semakin bimbang dengan berlakunya peningkatan kadar jenayah, kemalangan, gejala sosial dan budaya-budaya negatif di kalangan penduduk dan kesan-kesan negatif akibat jumlah pendatang asing yang berterusan ramai jumlahnya. Ini adalah faktor-faktor dalam negara yang memberi kesan terhadap tahap keamanan di negara ini.

Selain itu, kita juga turut menerima kesan luaran seperti kemerosotan ekonomi dunia yang sedang melanda dan seterusnya melembapkan pertumbuhan ekonomi negara sehinggakan dilaporkan negara kita mengalami pertumbuhan ekonomi negatif 6.2 peratus pada suku pertama tahun 2009 ini. Kesan ekonomi menyebabkan kelembapan turut berlaku dalam pelbagai sektor pelaburan dan meningkatkan kadar jumlah pengangguran di kalangan penduduk.

Walaupun negara kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan konflik dari segi ekonomi, sosial dan politik, namun kita harus patut bersyukur kerana Malaysia masih menjadi sebuah model negara yang aman walaupun mempunyai kalangan kaum penduduk yang majmuk dan berbilang bangsa, tetapi masih bertolenrasi dengan bijaksana dalam menangani semua isu-isu serta konflik dalaman dan luaran dengan berhemah.

Walaupun secara ukurannya kita berada di tempat ke-26 di dalam senarai GPI, tetapi saya percaya bahawa di dalam realiti negara ini kita bersetuju bahawa negara kita adalah masih aman di mana majoriti penduduk masih bebas menjalankan aktiviti harian masing-masing, mencari rezeki, menuntut ilmu, membangunkan keluarga, membina kerjaya dan bermacam-macam lagi perkara boleh kita lakukan tanpa ada sekatan yang melampau atau dinafikan hak sebagai warganegara. Namun, tidak dinafikan ada juga sebahagian atau golongan kecil masyarakat yang suka menimbulkan konflik-konflik yang untuk menjejaskan negara ini.

Untuk kita rasa lebih bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita kecapi sekarang, cubalah kita bandingkan keadaan yang berlaku di negara-negara lain contoh Thailand dan terkini di Selatan Thai, Filiphina, Vietnam, Pakistan, Iraq, Palestin, Afghanistan, Sudan, Sri Lanka dan negara-negara lain hinggalah paling terkini di mana Pyongyang, Korea Utara mula mengugut untuk berperang dengan senjata nuklear dan bom atom kerana sekatan yang semakin kuat oleh PBB (untuk makluman Korea Utara juga adalah sebuah negara komunis).

Jika kita mengambil tahu akan perkembangan negara-negara berkenaan, patutkah kita perlu rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang warganegara Malaysia?

4 comments:

shira said...

sy bersyukur kerana dilahirkan sbg 'anak malaysia'..mana mungkin ia dapat diganti dgn emas dan permata.'Nafas' sy adalah dlm 3 pemimpin yg begitu sy hormati iaitu Tun Mahathir(seorg yg sangat sy hormati dan kagumi), Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib..cara kepimpinan mereka adalah berbeza namun berlandaskan kpd SATU tujuan yg sama..segala kemudahan,infrastruktur,pendidikan dan sebagainya telah tersedia di depan mata..hanya kita yg perlu mencorakkannya dan membawa ke landasan yg betul dan tepat..keamanan hari ini akan kekal hingga ke akhirnya jika kita saling hormat menghormati dan bersatu padu..'salam keamanan dan keceriaan'

secretname said...

sy pn rasa gmbira sgt mnjadi rakyat msia..tp ada keinginan utk ke NZ..hehe..msia adalah sebuah negara majmuk yg makmur...MALAYSIA...I LOVE UUUUUUU....

Syahril Said said...

Shira : Wah! Patriotiknya, bagus, boleh jadi pemimpin pelapis masa hadapan nanti..


Syafa : I love u too....errrrr...eh!, i means love to the Malaysia, hehehe...

secretname said...

hahaha...lawak2..gelak guling2...