Saturday, June 13, 2009

PESANAN UNTUK BLOGGERS DALAM KHUTBAH JUMAAT

Kandungan khutbah Jumaat kelmarin di Masjid Kulim, Kedah telah menyampaikan pesanan dan teguran kepada para bloggers di negara ini yang menurut teks khutbah tersebut kini bilangan bloggers di Malaysia telah melebih 0.5 juta blogger. Disebabkan saya pun telah mendaftar dan mempunyai blog ini, maka secara langsung juga pesanan dan teguran khutbah itu untuk diri saya sendiri (setiap minggu pun semua khutbah Jumaat kena pada muka sendiri).

Isu utama pesanan yang disampaikan ialah tentang penulisan yang ditulis dalam blog perlu tidak bertentangan dengan hukum agama, memelihara maruah dan kehormatan diri, keluarga, agama dan negara. Tidak melaporkan sesuatu yang palsu, bohong, dusta dan yang paling besar ialah FITNAH! Impak kewujudan kemudahan blog ini memberi peluang dan kebebasan kita kepada kita untuk apa sahaja dan tiada sebarang tapisan. oleh itu, apa sahaja yang kita tulis adalah tanggungjawab sepenuhnya pada diri kita.

Jadi, bagi blogger yang beragama Islam, adalah menyalahi hukum agama dan berdosa jika kita menggunakan kemudahan blog ini untuk menulis perkara-perkara yang tidak baik, palsu, bohong, menjatuhkan maruah orang lain (contoh gossip) dan membuat serta menyebarkan FITNAH! melalui blog kita, maka dosanya kita tanggunglah sendiri. Apa nak jawab dalam khubur dan di Padang Mahsyar nanti?
Justify Full
Justeru, secara tegas di sini di dalam blog peribadi ini saya hanya menulis pandangan dan pendapat peribadi saya sendiri untuk kegunaan serta bacaan diri sendiri. Setiap yang saya tulis InsyaAllah akan merujuk kepada fakta dan sumber rujukan yang betul, benar dan meletakkan sumber rujukan jika ianya diambil daripada hasil tulisan atau ciptaan orang lain. Saya juga InsyaAllah tidak akan menjadikan blog ini sebagai ruang untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan menyalahi hukum Islam. Amin.

2 comments:

secretname said...

yea sy pon sentiasa beringat utk tidak menulis isu2 yg sensitive..semua nya adalah berkenaan life sy..good entry

Syahril Said said...

tulis untuk kegunaan peribadi tak apa, selagi tulisan kita tak jejaskan pihak lain, menulis itukan satu amalan yang baik, apatah lagi jika menulis perkara-perkara yang baik..