Pada hari ini laporan media mengatakan pesawat Air France AF 447 yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Paris yang hilang telah menemui tanda-tanda serpihan pesawat Lautan Atlantik. Pesawat yang malang itu dipercayai hilang kawalan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan radar akibat dipanah petir setelah laporan awal mengatakan penerbangan tersebut telah melalui kawasan ribut. Usaha mengesan bangkai pesawat giat diteruskan manakala amaran awal mengatakan bahawa harapan untuk menjumpai mangsa yang terselamat amat tipis. Saya amat sedih dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Saya memilih untuk mengulas isu ini kerana berdasarkan pengalaman sendiri ketika semasa dalam penerbangan dari LCCT ke Penang. Pada waktu itu penerbangan saya telah tertunda hampir 2 jam akibat cuaca buruk, saya hanya dapat menaiki pesawat pada jam 10.15 malam yang mana jadual asalnya ialah 8.35 malam. Semasa dalam penerbangan memang hujan lebat dan kilat serta petir, keadaan pergerakan pesawat kurang stabil mungkin disebabkan awan yang tebal, kebetulan seat saya bersebelahan dengan tingkap pesawat, pada pertengahan perjalanan pesawat berkenaan dipanah petir meyebabkan saya dan penumpang-penumpang lain sedikit panik, saya sempat melihat disebelah luar tingkap percikan api berwarna biru semasa pesawat dipanah petir, menyebabkan lampu-lampu kabin pesawat terpadam beberapa saat. Pada waktu itu saya dah mengucap dua kalimah syahadah dan terfikir macam mana nak berenang dalam Selat Melaka nanti, hehehe..tetapi Alhamdulillah pesawat dapat mendarat dengan selamat. Terima kasih kepada pilot dan krew-krew penerbangan tersebut kerana dapat mengendalikan situasi secara profesional.
Sampai sekarang saya masih bimbang setiap kali naik pesawat, tapi apabila saja terpandang kepada pramugari-pramugari yang cantik dalam pesawat terus saya hilang rasa bimbang, hehehe..
4 comments:
Dulu sya xataw sgt pasal nahas kpal terbang...tapi lepas tengok rncgan 'Air Crash Investigation' bebrapa episod baru faham knpe boleh terjadi malapetaka di udara. Kebnyakan berpunca dari keadaaan cuaca yang teruk sterusnya mgakibatkan kegagalan komunikasi dengan pusat kwalan trafik udara...
bagus kalau selalu amalkan tengok rancangan discovery channel and national geographic tu, kajian mereka terhadap air crash sangat mendalam dan teliti
kebiasaannya punca utama air crash ni sebab faktor cuaca buruk dan masalah teknikal pesawat akibat kecuaian maintenance dan lagi akibat keadaan usia pesawat yang telah lama dan uzur
macamana praktikum? masih di JPPK?
Praktikum oke jer..sya dah ditransfer ke PPJ Jeli..pejabat kat Bukit Bunga,lapor diri pada hari ke 2 praktikum..
oke jgk kna transfer leh la duk umah,ulang alik kejap jer kurang 15minit. Rasenye en.syahril pun tau kan..
Hidayah pun dapat tempat sama dengan saya,tinggal umah saya..
Baguslah kalau begitu, saya pernah sampai kawasan tu, ok, good luck untuk praktikum. kena rajin 2 menulis laporan praktikum nanti.
Post a Comment