Angin pagi berlalu meresap jiwaku
Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu
Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sy pernah melalui pengalaman melihat matahari terbit di pagi hari..wahhh memang cantik kejadian Illahi..alangkah indah waktu itu..masih terasa kejadian indah itu di depan mata..sukar utk dilupakan kenangan itu..itulah keagungan Maha Pencipta yg tidak mungkin dapat dilakukan oleh hamba-Nya..Syukur dan Alhamdulillah kerana diciptakan oleh Allah menjadi insan di dunia ini..Amin...
Wah! Syira ni puitis juga la..hehe..tambah indah lagi kalau dapat duduk tepi pantai tengok matahari terbit dan terbenam, hehe
memang kat tepi pantai pun waktu tu...kebetulan pulak ada sampan yg lalu kat depan..macam sebuah lukisan yg hidup..cayalah!!!!
Post a Comment