Sunday, May 24, 2009

KETUA DAN PEMIMPIN

Sehingga hari ini saya dapati negara kita bukan sahaja berdepan dengan ancaman virus Cikugunya, Menginitis, Leptospirosis dan juga terbaru iaitu influenza A H1N1 tetapi negara juga sedang berdepan dengan 'virus ketamakkan kuasa' di mana semakin banyak kes-kes perebutan kuasa sedang berlaku bukan sahaja di Perak, tetapi berlaku dalam beberapa parti politik di negara ini (tak perlulah saya sebut nama parti-parti berkenaan). hari ini juga timbul lagi satu isu perebutan kuasa dalam sebuah paarti yang kini ada 2 orang Presiden!.

Saya tidak akan mengulas soal ini dari sudut politik kerana isu berkaitan merebut kuasa ini bukanlah terhad dalam parti politik sahaja tapi boleh juga berlaku dalam semua jenis organisasi dari sekecil-kecil organisasi hinggalah kepada organisasi yang besar seperti pemerintahan sebuah negara. ia juga bukanlah berlaku di Malaysia sahaja tetapi berlaku di seluruh dunia!. begitulah betapa kuatnya godaan kepada manusia untuk memiliki kuasa kerana dengan kuasa manusia akan dapat membina kedudukan, pangkat, harta dan lain-lain. justeru, saya teringat pula kepada sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz iaitu Fatamorgana seperti berikut :


Fatamorgana

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya


Sebenarnya keinginan untuk memiliki kuasa ini adalah fitrah manusia iaitu manusia diutuskan ke muka bumi ini adalah sebagai Khalifah kepada makhluk-makhluk lain di atas dunia ini. jadi untuk itu, semestinya manusia memerlukan kuasa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Khalifah, Rasulullah s.a.w pun menjadi pemimpin kepada agama Islam dan ketua pentadbiran di Mekah dan juga Madinah semasa zaman pemerintahan Baginda. tetapi persoalannya untuk kita umat masa kini sejauh mana kita bijak dan insaf menggunakan kuasa yang kita ada untuk menjaga kesejahteraan manusia dan alam, bukanlah untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan harta semata-mata.

Bagi saya untuk diri saya sendiri untuk mencuba menjadi seorang pemimpin, saya mungkin tidak layak, saya percaya setiap orang pasti menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pemimpin sekurang-kurang pemimpin yang baik kepada diri sendiri dan keluarga. justeru, untuk bertanding atau merebut menjadi ketua atau pemimpin, mungkin tidak, tetapi jika ramai orang telah memilih kita untuk memimpin, maka perlulah kita jalankan tenggungjawab dan amanah itu dengan rendah hati dan insaf. terima kasih kepada masyarakat dan komuniti yang pernah memberi saya ruang dan pengalaman sebelum ini untuk pernah menjadi ketua dan pemimpin yang kecil bagi saya mendapat sedikit pengalaman dan pengajaran. seterusnya, saya berharap suatu hari nanti akan dapat menjadi ketua dan pemimpin yang baik dan penuh amanah kepada keluarga sendiri nanti.

7 comments:

secretname said...

alhamdulillah kalau ada rasa mcm tu...sy doakan en syahril dpt la capai apa yg d hajati..insyaAllah

Syahril Said said...

ok, terima kasih. sebelum ni masa belajar saya tak pernah hasrat nak jadi ketua or pemimpin tapi dah dipilih dan dilantik dapatlah saya cari pengalaman, rupa2nya bukan senang nak pikul amanah ni..

secretname said...

mmg la xsenang nk pikul amanah..lg2 bila nk pikul amanah bila jd ketua keluarga..kdg2 kita gah di luar..tp d rmh hancuss..da ramai camtu..so en syahril kena la rajin lg menganalisis bgaimana mjadi ketua rmh yg ideal dan berkesan..hahaha..

Syahril Said said...

errr...mungkin mereka jadi macam tu sebab mereka fikir mereka masih berpeluang jadi ketua kepada 3 keluarga lagi, hhehehe...

secretname said...

eeee sape yg fkr camtu mmg lar timbul byk masalah..laki2..bab tu mmg ikut sunnah..huhuhu..xpa2..

Syahril Said said...

lagi banyak ikut sunnah lagi baik termasuklah hal kahwin 4, wah!wah!wah!

secretname said...

huhu..ada ati tu..1 pon x terjaga nti..huhuhu