Wednesday, May 20, 2009

UUM EQUESTRIAN CENTRE

Pagi ini saya berkesempatan mengunjungi UUM Equestrian Centre dalam kampus ni. bukan jauh pun, jalan kaki jer sebab betul-betul belakang office saya. sebenarnya pagi ni En. Yusuf Pon nak belajar tunggang kuda di situ. saya pulak, ni la kali pertama melawat tempat ni dan nak pegang kuda.

kuda-kuda di equestrian ni ada 10 ekor kesemuanya, ada yang milik UUM dan ada yang pemilik luar yang menyewa untuk letak kuda mereka. kuda-kuda dan equestrian di sini dijaga oleh saudara Mohd Hafizam Wan Ismail dan dibantu oleh petugas-petugas lain. Untuk makluman semua, Hafizam ni lah penderma hati pertama negara yang telah sudi menderma sebahagian hatinya kepada seorang kanak-kanak Mohd Afiq Iqmal Muhammad Zani kira-kira 10 tahun yang lalu. mulia sungguh Hafizam ni, kini beliau bertugas sebagai pelatih dan penjaga equestrian di UUM ni.

Mari kita berkenalan dulu dengan sebahagian kuda yang ada kat sini :

Inilah tempat latihan kuda di UUM Equestrian Centre, belakang office saya je


Inilah Pelatih Utama kat tempat ni iaitu Hafizam sedang menunggang 'Martina'


Kuda ni namanya 'Shanghai Hero'


En. Yusuf Pon mencuba tunggang 'Martina'


Ini pula namanya 'Forest'


dan kuda ini yang paling saya suka iaitu 'Baja'


kali ini saya hanya datang untuk bermesra-mesra dengan kuda saja, takut lagi nak cuba tunggang, lagipun sebelum nak tunggang kena la belajar asas dulu cara nak tunggang dan cara nak mesra dengan kuda, baru la kurang risiko nak kena 'tendang' dengan kuda, hehehe... tapi saya tengok En. Yusuf dan En. Zaheruddin selamba ja tunggang, memang berani betul, saya tunggu la...InsyaAllah ahad depan jika ada peluang saya nak cuba tunggang pulak

Terima kasih banyak-banyak kepada Hafizam dan kawan-kawan di UUM Equestrian Centre kerana beri kesempatan kepada saya untuk mengenali kuda-kuda di sini, so, jumpa lagi ahad nanti jika ada kesempatan.

6 comments:

secretname said...

wahhh..klu sy nk naik jgk bole ke?
wahhh ini sudah bgs..apa laa en syahril ni takut btul ngan kuda..pilih kuda betina la br dia xtendang..haha

Syahril Said said...

lepas ni saya tere la, boleh saya ajar Syafa pulak nanti, Martina tu kuda betina la, tu sebab dia dia mesra dengan saya, dia tahu saya bujang lagi, hehehe..., bukan takut, tak biasa dengan kuda kena hati-hati, nanti silap2 kena tendang dengan kuda terus bengkak kaki, tak pun boleh patah kaki kita...

secretname said...

ok janji erk ajar sy..by hook or by crook kn ajar b4 en syahril g further stdy..haha xkira la hjn ke pns ke ttp kena turun..iyea bhya kuda ni..silap2 leh patah tulang blkg..sy da pernah nek 2x kuda..keras ar..xbesh sgt..hehe

Syahril Said said...

ohh! kalau camtu Syafa yang kena ajar saya, saya baru berani pegang kuda, tapi Syafa dah pernah naik kuda pun, hehehe...tapi kat situ ada sekor kuda yang masih ganas tapi saya tak letak gambar dia dalam entry ni, kuda tu asyik nak gigit sapa2 yang nak pegang dia, nanti saya bagi Syafa naik kuda tu, hehehe...

secretname said...

haha klu kuda tu jantan leh la sy nek..klu betina xmo..keh keh..ala naik jela kuda..ape nk takut..jgn dia nek 'antu' da la..sat g tpksa msk muka dpn paper..hahaha

isyqacombat said...

wah~~ da siap da ..mase last sy tamatkan belajar masih dlm pembinaan..heheh,...pandai ke en yusof tu tunggang..hehehhe..sedap anme kude tu martina..