Tuesday, May 19, 2009

PERSATUAN BDM

Sekarang ni saya bukan lagi Penasihat Persatuan BDM, tugas ini telah diambil alih oleh En. Za'im Ahmad berkuatkuasa bulan Mac 2009 yang lalu. kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa Persatuan BDM sepanjang saya menjadi Penasihat kerana telah berjaya melaksanakan pelbagai program dengan jayanya. saya amat berbangga dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan terutama oleh mantan Presiden iaitu Azhan Sulaiman dan semua ahli-ahli MT yang lain serta pengarah-pengarah projek seperti Lim Jen Zeng (Darren), Norlyda Ismail, Gugass Kanthan, Yau Kar Choon, Fadzli Yahaya dan ramai lagi yang tak cukup ruang ini untuk saya senaraikan.

saya juga berterima kasih kepada mantan Presiden yang lebih awal iaitu saudara Hafidan dan ahli-ahli MTnya dan juga selamat menjalankan tugas kepada Presiden baru iaitu Mohamad Hazwan Bin Abdul Ghafar serta ahli-ahli MT yang telah dilantik. saya doakan agar kecemerlangan Persatuan BDM dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. saya dapati program-program yang telah dirancang selepas ini amat baik dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar BDM dan masyarakat.

suka juga di sini untuk saya cadangkan kepada pengurusan persatuan yang baru ini supaya mewujudkan BLOG PERSATUAN BDM supaya semua maklumat persatuan mudah disampaikan kepada ahli-ahli serta semua perancangan dan laporan aktiviti boleh dipaparkan di dalam blog berkenaan selain menjadikan blog tersebut sebagai medium komunikasi antara pihak pengurusan persatuan dengan pelajar-pelajar BDM dan bekas pelajar BDM. justeru, saya berharap agar saranan saya ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Persatuan BDM.

saya juga bersedia menjadikan blog saya ini untuk memaparkan aktiviti-aktiviti persatuan dan pelajar. justeru, sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tersebut bolehlah emailkan laporan atau gambar-gambar supaya boleh saya siarkan di blog ini untuk tatapan komuniti BDM.

Oleh : Syahril Said (Mantan Presiden Persatuan BDM, 2001-2002)

3 comments:

secretname said...

ohooo nsib la mantan2 d sebut..hehe..
sy pon bharap MT2 br dpt menjalankan tugas dgn cemerlang...d hrp jgn la tggi diri krn kita pon seperti pelajar lain..bezanya kita adalah pelaksana program dan memantau program..ok maaf atas kekhilafan tutur kata sy..kalau xsuka x apa..sekian..majulah BDM utk negara...:)

Syahril Said said...

baguslah ada juga senior macam Syafa dapat memberi nasihat kepada junior2...

secretname said...

hehe...nasihat senior kpd junior..jg nasihat kpd sy jg jgn tggi diri dlm idup..