Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Saya ingin mengambil kesempatan bersempena hari ini 16 Mei 2009 untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan JUTAAN TERIMA KASIH untuk semua cikgu-cikgu yang telah berjasa dan mendidik saya dari Sekolah Rendah Kebangsaan Suka Menanti, Sekolah Menengah St. Michael Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Kolej MARA Kuala Nerang dan juga para pensyarah yang telah mengajar saya di Universiti Utara Malaysia dan juga Universiti Sains Malaysia.

Didikan dan ilmu yang cikgu-cikgu curahkan menjadikan saya insan yang boleh memberikan sedikit manfaat kepada masyarakat seperti hari ini. Kini saya akan meneruskan perjuangan menuntut ilmu di peringkat PhD pada bulan Julai nanti. Jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu akan saya kenang sehingga akhir hayat.

Di sini juga saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih khas buat cikgu saya yang teristimewa yang telah banyak berkorban membantu saya sehingga menjadi pelajar cemerlang dan meraih Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat SPM di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1998 iaitu Cikgu Manisah Binti Salamat yang merupakan guru kelas dan guru matematik yang kerap memberi dorongan kepada saya sehingga mengubah saya daripada seorang pelajar biasa hingga menjadi pelajar cemerlang. Kecemerlangan ini , InsyaAllah akan saya kekalkan hingga tamat PhD nanti dan seterusnya terus cemerlang mencapai segala impian dan cita-cita.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah saya di Universiti Utara Malaysia yang telah mendidik saya di peringkat ijazah sehingga kini saya menjadi rakan setugas mereka. mereka ialah Prof. Dr. Abdul Rahman Aziz, PM Dr. Rohana Yusof, Dr. Mazlan Ismail, Dr. Kalthum Hj. Hassan, Sr. Nazaruddin Yusoff, En. Dani Salleh, En. Yusuf Pon, En. Sukeri Khalid dan En. Zaheruddin. Manakala para pensyarah yang mengajar saya di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia pula ialah En. Jamil Jusoh, En. Jamel Ariffin, PM Dr. Hassim Mat, Prof. Dr. Abdul Ghani Salleh, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Wahab, Dr. Kausar, Dr. Nurwati, PM. Dr. Lee Lik Meng, PM Dr. Mohd Amir Fawzi, PM Dr. Badaruddin Mohamed, Dr. Rahmat Azam Mustafa, PM Mohamed Talhah, PM Dr. Ahmad Sanusi, PM Nik Fuuad Nik Abllah dan En. Abdul Ghapar Othman.

Saya harap agar cikgu-cikgu terus doakan saya untuk terus cemerlang di peringkat PhD ini dan menjadi insan yang terus memberi manfaat kepada masyarakat pada masa depan.

7 comments:

secretname said...

dgr kata en syahril nk buat phd kat jepun..tul ke?kalau betul tahniah ye

Syahril Said said...

Tak jadi kat Jepun, mungkin kat USM saja sebab banyak kemudahan dan peluang saya kat sana, InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin kat Australia, camna pun tengah apply lagi..

secretname said...

leh jmpe kanggaroo la ye..usm pon bgs..univ APEX...tshniah yea

Syahril Said said...

doakan saya moga2 dapat, anyway saya lebih suka kampus life di USM, dok di Penang, jogging dalam kampus sana, tengok laut and profesor yang menyelia saya pun baik sangat

secretname said...

insyaAllah..ade laut ke kat minden tu?xtau lak sy..tp en syahril nk tau..ari tu sy wakil usm ms TOT..lawan ngan student..dpt la no 4 dr 13 group..sygnye sy xdpt wakil inter varsity g ganu sbb temporary worker..huhu..
ape pon ati sy lbh kpd uum wpon ari2 sy jog kat usm tu.
usm sy xcam jln sgt..yg sy tau..lengkok sastera..n stadium..hehe

Syahril Said said...

yer ker? terrernyer, anyway sebenarnya kampus UUM lah yang paling aman dan indah dan tenang, mana nak cari suasana cam di sini kat tempat lain, tapi sesekali kena juga berhijrah cari pengalaman kat tempat lain, lagipun cara study di HBP tu agak enjoy bagi saya la..

secretname said...

huhu HBP..sy da lama nk stdy sana..tp tu la..da tutup lak permohonan dia..nyesal pon ade..
mayb takdir sy d uum jgk..just follow d time..uum n usm d ati ku...haha