Saturday, July 4, 2009

PERUNDING LUAR?

Mungkin Kerajaan Negeri Terengganu memang banyak wang, mereka melantik syarikat kontraktor luar dari Korea Selatan semasa peringkat pembinaan stadium berkenaan. Setahun kemudian sebahagian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun 2009 yang lalu.

Pada kali ini kerajaan negeri sekali lagi melantik syarikat luar iaitu Perunding dari United Kingdom bagi tujuan menyiasat punca keruntuhan bumbung stadium berkenaan.

Bukanlah satu kesalahan melantik syarikat luar menjadi perunding. Mungkin syarikat tempatan tidak ada kelayakan dan kepakaran dalam perkara ini. Mungkin syarikat-syarikat perunding tempatan terutamanya berkaitan building engineering harus lihat apa kekurangan mereka supaya mereka boleh bersaing.

2 comments:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Kerajaan Terengganu memang banyak duit En Syahril
makan pun tak habis
haha

elok juga lantik perunding luar yang berkecuali & tak ada apa2 kepentingan
so, takde la campurtangan politik :)

Syahril Said said...

itulah antara kekurangan syarikat profesional tempatan Adha,selalu melibatkan pengaruh politik, menyebabkan akhirnya tahap profesional mereka boleh diragui

tapi sepatutnya keutamaan kepada syarikat profesional tempatan layak dahulu,mereka harus diberi peluang menunjukkan kepakaran mereka,

pembinaan KLIA dahulu pada mulanya ingin melantik syarikat luar, tetapi kerajaan beri peluang kepada anak tempatan, hasilnya berbilion ringgit dapat dijimatkan..

tapi kalau dah banyak wang...sampai dah tak tau nak belanja macammana tak pa la..hehe