Monday, July 27, 2009

BELUM ADA H1N1 DISAHKAN BERLAKU DI UUM

Keputusan penangguhan kuliah di UUM selama seminggu telah dibuat oleh pihak universiti petang kelmarin bagi membendung penularan Influenza Light Illness (ILI). Ramai pihak telah salah tafsir mengatakan ada kes H1N1 di UUM. Sebenarnya belum ada pengesahan daripada pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU-UUM) yang mengatakan ada pelajar atau kakitangan yang disahkan menghidapi H1N1.

Pihak universiti hanya mengambil langkah awal bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku akibat keadaan penularan wabak ini yang semakin meningkat khususnya seperti yang berlaku di beberapa kampus institusi pengajian tinggi lain. Pihak universiti tidak menutup kampus ini, sebaliknya aktiviti pejabat berjalan seperti biasa kecuali kuliah dan aktiviti yang melibatkan pelajar ditangguhkan.

Justeru, pelajar juga tidak pula diberi cuti untuk pulang ke kampung masing-masing sebaliknya digalakkan berada di Dewan Penginapan Pelajar (DPP @ kolej kediaman) sebagai tindakan pencegahan. Tindakan pelajar untuk TIDAK PULANG ke kampung dapat mengelakkan pelajar daripada terdedah kepada penularan influenza di luar kampus dan juga mengelakkan mereka menyebarkan influenza kepada masyarakat luar kampus.

Apa yang saya perhatikan sebaliknya pula berlaku apabila berduyun-duyun pelajar mula meninggalkan kampus bermula petang kelmarin, kemuncaknya malam tadi dan pagi tadi menjadi kampus mula lengang pada tengahari ini. Saya dapat lihat begitu banyak bas-bas persiaran yang di sewa khas oleh pelajar beratur-ratur di luar kampus untuk membawa pulang pelajar kerana perkhidmatan bas ekspress sedia ada pasti tidak mengcukupi.

Memanglah pihak universiti tidak melarang pelajar-pelajar untuk pulang ke kampung kerana ini bukanlah dikategorikan sebagai tempoh kuarantin, tetapi saya berpendapat tindakan ramai pelajar seperti ini menunjukkan pemikiran sebahagian pelajar-pelajar ini masih tidak profesional dalam menghadapi dan membantu mencegah fenomena penularan virus merbahaya daripada terus meningkat di negara ini.

4 comments:

Akalil Anis said...

Memang benar pada peringkat awal kebanyakkan pelajar menyangkakan bahawa penangguhan kuliah ini berasaskan pada wabak H1N1 dan bukannya ILI. Untuk merumitkan lagi situasi ini, tiada sebarang pihak cuba untuk membetulkan kesilapan ini. Pada ketika itu, persoalan yang ditimbulkan adalah hanya "adakah kami dikuarantinkan dan adakah kami dibenarkan untuk berpulang ke kampung sepanjang tempoh penangguhan kuliah tersebut". Apabila pihak pentadbiran menjelaskan bahawa pelajar tidak akan dikuarantinkan dan dibenarkan untuk berpulang ke kampung mereka sendiri, maka pelajar-pelajar ini tidak berfikir dua kali atas tindakan mereka untuk membeli tiket balik kampung atau tidak. Ditambahkan pula dengan budaya pelajar yang pantang nampak cuti, wajib balik kampung.

Pada pendapat saya, Majlis Perwakilan Pelajar UUM harus memainkan peranan yang aktif disini dan bukan sekadar 'circulate' SMS yang menyatakan kuliah ditundakan dari hari sekian ke hari sekian. MPP UUM harus memahamkan para pelajar bahawa punca kuliah ditangguhkan adalah ILI dan bukan H1N1. Disebabkan oleh maklumat yang kurang tepat ini dihebahkan pada hari ahad lalu, ia telah mengakibatkan lebih daripada setengah pelajar UUM balik kampung. Justeru kebanyakkan cafeteria dan kedai ditutup kerana takut menanggung rugi. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan kehidupan seharian pelajar yang masih tinggal di kampus UUM, terutama sekali bagi pelajar dari sabah, sarawak dan johor.

secretname said...

sy stuju dgn akalil tu..MPP harus mainkan peranan dlm soal ni..patutnya km tahu saluran mn yg hendak d tuju bila ada benda2 tergempar mcm ni..sy rasa xmustahil bila kuliah kmbali sperti biasa masih akan ada wabak H1N1 ni..sbb nye kenapa?sbb ramai pelajar blk ke rmh masing2 n mbawa kuman dr luar ke UUM.jadi apa yg akn jadi?UUM skali lg akan d tutup..x ke rugi tu..semua pihak rasa rugi..rasa was2 nk ke klas..cafe akan rugi sbb xde org nk beli mkanan yg d jual..

abih student dr luar negara, sabah n srwk nk dok mn?nk mkn ape?kesihatan dorang tjamin ke?bgs klu semua kena kuarantin d uum..biar uum je kena..xyah sebar kat org awam..

sory klu sakit kan ati mn2 pihak...sekian

Syahril Said said...

sebaik-baiknya kita kurangkan mendedahkan diri kepada persekitaran yang ramai orang sebagai langkah pencegahan, kalau tiada urusan penting tinggallah di rumah atau di kampus sahaja buat beberapa ketika ini supaya risiko kita terdedah kepada sebarang jangkitan dapat dikurangkan..

Anonymous said...

ap y sya dpt rasekn bhawa virus KHABR ANGIN la y lbe cpt mnular drpd virus H1N1.. tu sbbnya x smpi bbrape saat bnde ni bule kecoh bukn stakt dlm uun shj , malh luar dr ngri kdah pon lbeh tahu tntng pnutupn UUM.. nk salhkn sape?? ...................
kita mrancng. Allah juga mrancng.. dan rncangn ALLAh sebaik-baiknya.. wlau bgaimne pn mnusia prlu beusaha sdaya upaya y termmpu..