Wednesday, July 15, 2009

MANEK URAI

Keputusan PRK N41 - Manek Urai telah memihak kepada YB Mohd Fauzi Abdullah daripada PAS. Tahniah YB! Tetapi kemenangan itu adalah sangat tipis dan telah merosot dengan teruk berbanding kemenangan oleh PAS pada PRU ke-12 tahun lalu.

Saya fikir keputusan di Manek Urai menunjukkan bahawa penduduk Manek Urai khususnya dan penduduk Kelantan amnya telah mula memberi isyarat bahawa mereka memerlukan pembangunan yang lebih baik di kawasan dan negeri mereka daripada hanya apa yang ada sekarang.

Hanya terdapat 65 orang sahaja yang telah menyebabkan mereka gagal mendapatkan pembangunan dengan lebih awal. Saya fikir Kelantan secara keseluruhannya perlu dibangunkan dengan lebih baik dan terancang pada masa depan, justeru mereka perlu menunggu sehingga PRU ke-13 nanti untuk merealisasikan impian tersebut.

2 comments:

shira said...

sebagai salah seorg warga kelantan,sy akui,sy menantikan arus perubahan dan pembangunan di negeri Kelantan..keputusan di Manek Urai merupakan satu petanda kepada perubahan di mana masyarakat 'dahaga'kan sesuatu perubahan yg positif..walaubagaimanapun,keputusan telah dibuat dan sy terpaksa akur dgn keputusan tersebut..walaupun ia merupakan satu kemenangan tipis ttp ia masih memihak kepada pihak pembangkang..pasrah ajer lah!!!!hehehe...

Syahril Said said...

ramai generasi muda di Kelantan telah melihat kepentingan pembangunan negeri, tidak dinafikan agama adalah paling penting, dalam masa yang sama agama menuntut kehidupan penganutnya maju dan membangun