Sunday, May 24, 2009

KETUA DAN PEMIMPIN

Sehingga hari ini saya dapati negara kita bukan sahaja berdepan dengan ancaman virus Cikugunya, Menginitis, Leptospirosis dan juga terbaru iaitu influenza A H1N1 tetapi negara juga sedang berdepan dengan 'virus ketamakkan kuasa' di mana semakin banyak kes-kes perebutan kuasa sedang berlaku bukan sahaja di Perak, tetapi berlaku dalam beberapa parti politik di negara ini (tak perlulah saya sebut nama parti-parti berkenaan). hari ini juga timbul lagi satu isu perebutan kuasa dalam sebuah paarti yang kini ada 2 orang Presiden!.

Saya tidak akan mengulas soal ini dari sudut politik kerana isu berkaitan merebut kuasa ini bukanlah terhad dalam parti politik sahaja tapi boleh juga berlaku dalam semua jenis organisasi dari sekecil-kecil organisasi hinggalah kepada organisasi yang besar seperti pemerintahan sebuah negara. ia juga bukanlah berlaku di Malaysia sahaja tetapi berlaku di seluruh dunia!. begitulah betapa kuatnya godaan kepada manusia untuk memiliki kuasa kerana dengan kuasa manusia akan dapat membina kedudukan, pangkat, harta dan lain-lain. justeru, saya teringat pula kepada sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz iaitu Fatamorgana seperti berikut :


Fatamorgana

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya


Sebenarnya keinginan untuk memiliki kuasa ini adalah fitrah manusia iaitu manusia diutuskan ke muka bumi ini adalah sebagai Khalifah kepada makhluk-makhluk lain di atas dunia ini. jadi untuk itu, semestinya manusia memerlukan kuasa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Khalifah, Rasulullah s.a.w pun menjadi pemimpin kepada agama Islam dan ketua pentadbiran di Mekah dan juga Madinah semasa zaman pemerintahan Baginda. tetapi persoalannya untuk kita umat masa kini sejauh mana kita bijak dan insaf menggunakan kuasa yang kita ada untuk menjaga kesejahteraan manusia dan alam, bukanlah untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan harta semata-mata.

Bagi saya untuk diri saya sendiri untuk mencuba menjadi seorang pemimpin, saya mungkin tidak layak, saya percaya setiap orang pasti menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pemimpin sekurang-kurang pemimpin yang baik kepada diri sendiri dan keluarga. justeru, untuk bertanding atau merebut menjadi ketua atau pemimpin, mungkin tidak, tetapi jika ramai orang telah memilih kita untuk memimpin, maka perlulah kita jalankan tenggungjawab dan amanah itu dengan rendah hati dan insaf. terima kasih kepada masyarakat dan komuniti yang pernah memberi saya ruang dan pengalaman sebelum ini untuk pernah menjadi ketua dan pemimpin yang kecil bagi saya mendapat sedikit pengalaman dan pengajaran. seterusnya, saya berharap suatu hari nanti akan dapat menjadi ketua dan pemimpin yang baik dan penuh amanah kepada keluarga sendiri nanti.

Saturday, May 23, 2009

MINDA SEPARA SEDAR (UNCONSCIOUS MIND)

Semasa belajar dalam tingkatan empat dan lima di Kolej Sultan Abdul Hamid kira-kira 11 tahun yang lalu selain membaca buku-buku akademik, antara buku yang saya suka baca ialah buku-buku motivasi dan psikologi kerana saya ni kurang minat pada novel. so, saya sering luangkan baca buku-buku motivasi sebagai hobi. memang berkesan pada waktu itu dan antara faktor penyumbang hingga saya menjadi diri saya hari ini.

antara topic yang sering saya baca adalah berkaitan potensi otak manusia dan cara-cara menggunakan otak secara berkesan. apa yang menarik minat saya ialah berkaitan dengan pemikiran bawah sedar atau (unconscious mind). sebenarnya diri kita mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (unconscious mind). dalam kita menjalani kehidupan kita sehari-hari dari dulu hingga sekarang kita dikatakan hanya menggunakan kurang 10% daripada keupayaan otak kita pada tahap minda sedar, manakala 90% keupayaan otak kita digunakan oleh minda separa sedar!

mungkin ada ramai yang keliru apa minda sedar dan minda separa sedar ini? terutama bagi mereka yang sebelum ini kurang beri perhatian akan perkara ini. biar saya terangkan secara ringkas, tapi saya bukanlah seorang pakar psikitari atau psikologi, saya hanya terangkan setakt kefahaman dan pembacaan saya. kita semua tahu bahawa setiap tindakan, pergerakan dan tindakbalas badan kita dikawal oleh otak atau minda kita misalnya melompat, berjalan, duduk, berdiri, berbaring hinggalah kepada perkara-perkara rumit seperti degupan jantung, denyutan nadi, pernafasan dan lain-lain, semua ini dikawal oleh minda kita.

sebagai contoh apabila kita sedang berjalan dan melihat ada longkang di hadapan kita, pastinya minda kita akan mengarahkan anggota badan kita seperti kaki untuk melangkah atau melompat melepasi longkang itu. inilah dipanggil arahan minda sedar kita kerana kita sedar jika tidak berbuat demikian kita pasti akan jatuh ke dalam longkang tersebut, tetapi bolehkah kita mengarahkan jantung kita berdegup pada setiap saat? sudah tentu tidak kerana sebenarnya ia diluar kawalan minda sedar kita tetapi sebenarnya ia dikawal oleh minda separa sedar kita. ini bermaksud minda separa sedar kita boleh melakukan perkara-perkara hebat yang tidak mampu dilakukan oleh minda sedar kita!

satu contoh lagi bagi orang Muslim khususnya pernahkah ketika sedang bersolat dan anda tidak khusyuk di mana mulut anda membaca setiap surah dan anggota badan anda melakukan rakaat demi rakaat tetapi minda anda telah jauh melayang mengingat perkara-perkara lain misalnya tentang rancangan tv, makanan, artis dan lain-lain, tiba-tiba anda sedar bila diri anda dah beri salam diakhir solat, pernahkan berlaku? hehehe...(saya pun...). pelikkan? bagaimana kita dapat melengkapkan solat iaitu melakukan setiap rakaat sehingga habis sedangkan otak kita hanyut memikirkan hal-hal lain yang tiada kaitan dengan solat, sebenarnya tindakan badan kita melakukan rakaat demi rakaat itu telah dilakukan oleh minda separa sedar kita. sekarang dah sedikit faham???

jadi alangkah hebat jika kita mampu menggunakan potensi minda separa sedar secara lebih lagi daripada yang sekarang, khususnya bagi membantu kita mencapai perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh minda sedar kita, bolehkah? jawapannya boleh! tapi kita kenalah belajar teknik-teknik tertentu yang telah diciptakan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut. otak manusia ini adalah harta dan aset yang paling berharga dan tidak ternilai yang Allah berikan kepada kita.

Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar biasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius) telah menggunakan pengetahuan tersebut.”

Imam Jafar Sadiq (as)

Reference: The Great Muslim Scientist and Philospher


kebetulan hari ni saya dapat menggunakan sedikit minda separa sedar saya melakukan satu perkara (tak perlu saya beritahu), sebab tulah saya terpaksa buka semula buku pasal topic ni, dan suka saya berkongsi berkaitan maklumat ini di blog saya. ingatlah, orang biasa tetapi sering berusaha melakukan perkara-perkara yang luar biasa adalah lebih baik daripada orang luar biasa tetapi sering melakukan perkara-perkara yang biasa.

Friday, May 22, 2009

ISU SEMASA

PILIHAN RAYA KECIL
Kematian ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob, Al-Fatihah, akan menyebabkan satu lagi Piliharaya Kecil (PRK) akan diadakan. justeru, saya menyokong dengan keputusan Perdana Menteri yang mana BN akan bertanding pada PRK itu nanti untuk beri peluang kepada rakyat membuat pilihan. keputusan BN untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Penanti pada 31 Mei ini saya fikir satu tindakan yang bijak kerana kekosongan kerusi DUN Penanti adalah kerana untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan rakyat telahpun memilih Pakatan Rakyat pada PRU ke -12 sebelum ini.


KONFLIK PERAK
Hari ini Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. so, tahniah! kepada Dr. Zambry dan selamat menjalankan tugas dengan jayanya. saya harap supaya konflik ini dapat ditamatkan dengan seberapa segera supaya fokus kepada pentadbiran dan pembangunan negeri Perak dapat berjalan lancar untuk kepentingan rakyat. namun, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin difahamkan akan membuat rayuan pula pada isnin ini.


JENAYAH BUNUH
saya berasa amat pelik dan marah apabila sekarang ada sebahagian manusia yang hari ini telah hilang nilai-nilai kemanusiaan dan mula bersifat 'kebinatangan'. ini berdasarkan semakin tinggi kes-kes jenayah terutamanya jenayah pembunuhan yang berlaku di negara kita sehingga sanggup membunuh ibu dan anak-anak kecil yang tidak berdosa. kelmarin di Ipoh seorang ibu dan anaknya yang berusia lima tahun serta pembantu rumah mereka telah dirompak dan dibunuh di rumah mereka oleh seorang yang disyaki penagih dadah. manakala hari ini laporan berita menyatakan 3 beranak dijumpai mati di rumah mereka di Bandar Tasek Sungai Beranang, Selangor. apa dah jadi ni? hari-hari ada berita pembunuhan! di mana kita letakkan nilai kemanusiaan dalam diri kita. semakin ramai manusia dah bosan jadi manusia, mula nak jadi binatang! takziah saya ucapkan kepada keluarga mereka yang telah menjadi mangsa pembunuhan. saya fikir satu cara yang paling berkesan ialah segerakan! hukuman gantung kepada penjenayah yang telah membunuh tersebut di mana hari ini dia ditangkap, esok dibicara dan jika didapati bersalah terus dibawa ke tali gantung pada hari itu juga! lama-kelamaan jika cara ini dilakukan maka saya yakin penjenayah-penjenayah lain akan mula takut untuk membunuh, kerana pabila mereka ditangkap terus dibicara dan terus digantung sampai mati secepat mungkin. saya yakin pada masa kini proses perbicaraan dan penghukuman mengambil tempoh masa yang panjang kadang-kala hingga bertahun-tahun barulah hukuman dilaksanakan menyebabkan ianya dilihat tidak serius dalam menangani jenayah bunuh!


MAT REMPIT KINI 'SAMSENG JALANAN'
Saya amat menyokong tindakan PDRM yang mengubah gelaran Mat Rempit kepada Samseng Jalanan bagi memberikan persepsi negatif kepada golongan berkenaan. Sebelum ini gelaran Mat Rempit itu semakin dianggap popular hinggakan golongan tersebut fikir mereka popular dan satu gelaran yang hebat hinggakan mereka tidak lagi takut dan tidak menghormati undang-undang dan peraturan jalan raya. daripada aktiviti merempit mereka mula berani berlumba haram dan melakukan jenayah-jenayah lain ke atas orang ramai.


PERHIMPUNAN HARAM
pada masa kini masyarakat kita mula terdidik oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan perhimpunan haram dan perarakan haram sebagai protes terhadap sesuatu isu. sebenarnya tindakan itu bukanlah satu tindakan yang bijak dan bukanlah budaya yang baik. situasi ini bukanlah satu fenomena yang sihat untuk kita wariskan budaya dan pembangunan negara ini kepada generasi yang akan datang. kita telah dididik oleh generasi terdahulu yang mana kita mencapai kemerdekaan negara dalam keadaan aman dan terhormat, jadi kita patut contohi proses kemerdekaan yang kita capai dahulu untuk kita teruskan keamanan dan kemakmuran negara ini. jadi jika mahu menyelesaikan sesuatu isu itu, perlulah dilakukan secara baik sama ada melalui perundingan, perundangan ataupun secara terhormat sebagai teladan kepada negara luar dan generasi muda negara ini. janganlah kita sempitkan pemikiran rakyat dan merosakkan pemikiran generasi muda kita agar berarak di jalan raya, baling batu, kayu dan objek-objek kepada pihak keselematan dan pergaduhan jalanan kerana tindakan ini menjadikan tamadun pembinaan negara kita semakin jauh mundur kebelakang.

KHUTBAH JUMAAT

Antara isi khutbah Jumaat hari ni yang lekat dihati dan otak saya ialah apabila matinya seseorang anak Adam, ada tiga perkara yang akan mengiringi dan menghantarnya ke kubur iaitu pertama ahli keluarga dan kaum kerabat, kedua ialah harta yang dimiliki iaitu misalnya kalau ada Mercedes Benz ia juga akan dipandu ke kubur dan ketiga ialah pahala dan amalan. antara ketiga-tiga ini, dua akan balik tetapi satu sahaja yang tinggal dengan si mati iaitu ahli keluarga dan Mercedes Benz akan balik dan mungkin ada yang akan lupa kepada si mati tetapi yang tinggal bersama si mati di dalam kubur hingga ke hari akhirat adalah pahala dan amalan baik si mati itu yang setia menjaganya. so, selagi kita masih hidup perbanyakkanlah pahala dan amal ibadah supaya kita dilindungi dari seksaan azab kubur dan perhitungan di Padang Mahsyar nanti.

USAHA PEMBINAAN JAMBATAN BARU JOHOR-SINGAPURA

Pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil keputusan membatalkan pembinaan Projek Jambatan Bengkok yang akan menggantikan Tambak Johor, sedangkan usaha perundingan dan perancangan mengenai projek berkenaan telah diusahakan sejak tahun 2002 lagi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. pada waktu itu kos keseluruhan projek dianggarkan sebanyak RM2.379 bilion termasuk pembinaan kompleks CIQ. Semasa kerajaan mengambil keputusan pembatalan projek berkenaan kerja-kerja pembinaan telah dilakukan terutamanya pembinaan komplek CIQ. hasil keputusan tersebut, kerajaan terpaksa membayar gantirugi (pampasan) sebanyak RM222.4 juta kepada para kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja awal.

hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengadakan kunjungan rasmi beliau ke Singapura telah menyatakan akan ada usaha untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru. ini secara langsung memberitahu bahawa usaha untuk meneruskan semula projek jambatan bengkok berkenaan. satu tindakan yang sangat bagus. saya amat menyokong usaha ini. Tahniah! Datuk Seri Najib. Namun, Perdana Menteri memberitahu belum tahu lagi sama ada jambatan bengkok, lurus, atas laut atau bawah laut untuk ditentukan.











Projek jambatan bengkok itu dijangka akan memberi manfaat yang besar kepada jutaan penduduk Malaysia dan ribuan rakyat Johor yang bekerja di Singapura serta memberi kemudahan laluan ekonomi Malaysia-Singapura. namun apa yang saya fikirkan sekarang, seharusnya perancangan asal projek jambatan bengkok berkenaan wajar diteruskan dan hanya perlukan satu kajian semula yang minimum. kerana saya yakin pada waktu projek berkenaan dibatalkan pada tahun 2006, sebenarnya projek berkenaan telah ada satu 'masterplan' yang telah cukup baik berdasarkan kajian-kajian sebelumnya. lagipun pembinaan awal telahpun dilakukan. so, wajarlah disini untuk kerajaan tidak lagi membazirkan wang yang banyak untuk membuat kajian semula yang baru secara keseluruhannya kerana hal ini akan terus memerlukan masa yang panjang dan tentu pasti kos yang tinggi kerana terpaksa bermula dari awal semula. justeru, gunakan semula 'masterplan' yang asal dengan sedikit perubahan minimum jika perlu. ini kerana kos-kos perundingan dan khidmat profesional yang mahal dapat diminimakan. saya amat bersetuju dengan jawapan Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini di mana beliau ditanya oleh para wartawan adakah pembinaan projek jambatan bengkok wajar disambung semula, tetapi Tun menjawab "kenapa perlu disambung? sedangkan ianya tidak patut langsung dibatalkan".

saya menyarankan agar projek ini tidak perlu dilengahkan kerana banyak implikasinya terutamanya dari segi masalah kesesakan di Tambak Johor yang semakin kritikal dan juga kos bahan binaan yang semakin tinggi. pada awalnya kos untuk membina jambatan bengkok pada tahun 2006 dianggarkan bernilai RM620 juta! dan saya yakin pada masa kini jika ianya akan disambung semula pastilah kos sekarang bukan lagi RM600 juta tetapi mungkin telah melebihi RM 1 bilion! bayangkan kerana penangguhan projek selama 3-4 tahun, dan apabila disambung semula kita terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak lebih RM0.5 bilion bagi projek yang sama! hujah ini saya ambil berdasarkan kes penangguhan pembinaan landasan berkembar KTMB yang pernah ditangguhkan atau diperlahankan aktiviti pembinaan landsan menyebabkan peningkatan kos iaitu di mana pada awal perlaksanaan projek kos dianggarkan pembinaan landasan berkembar dari Padang Besar ke Johor Bharu adalah RM14.5 bilion tetapi akibat penangguhan projek, kini kos pembinaan telah meningkat iaitu kos pembinaan landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar sahaja berjumlah RM12.5 bilion!

p/s : harap2 janganlah diroboh lagi Tambak Johor, supaya saya boleh lalu ke Singapura dengan selamat minggu depan.

Thursday, May 21, 2009

HARI-HARI BIASA

Hari ini saya tidak ada idea nak updated blog, apa nak tulis ya??? Tengahari tadi sebelum lunch sempat tolong En. Yusuf edit dia punya blog. lepas lunch pula ada appointment dengan seorang student PhD UUM yang datang untuk bincang pasal analisis tesis dia iaitu tentang data cleaning. Tak banyak yang saya dapat bantu sebab saya punya analysis approach lebih kepada kualitatif tapi student PhD tu punya analisis berbentuk teknikal kuantitatif, saya advice dia jumpa lecturer statistik supaya lebih berkesan tunjuk ajar, saya hanya dapat bincang dari segi idea, leka berbincang tak sedar dah pukul 5 petang, lama jugak perbincangan tu, tapi saya juga berterima kasih kepada En. Za'm yang turut datang membantu dan beri tunjuk ajar sebab Za'im ni expert sikit sebab rajin buat research. sebelum balik, sempat baca email, so terbaca email dari Pusat Islam UUM yang menarik yang telah dipost ke dalam email uum.net. jadi, saya ambil kesempatan untuk berkongsi kandungan email tersebut di dalam blog saya iaitu :

Kisah Abu Hurairah r.a Mengawal Gudang Zakat

Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan tidak akan menggangguinya.

Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah shaitan yang dilaknat. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hurairah)

Wednesday, May 20, 2009

UUM EQUESTRIAN CENTRE

Pagi ini saya berkesempatan mengunjungi UUM Equestrian Centre dalam kampus ni. bukan jauh pun, jalan kaki jer sebab betul-betul belakang office saya. sebenarnya pagi ni En. Yusuf Pon nak belajar tunggang kuda di situ. saya pulak, ni la kali pertama melawat tempat ni dan nak pegang kuda.

kuda-kuda di equestrian ni ada 10 ekor kesemuanya, ada yang milik UUM dan ada yang pemilik luar yang menyewa untuk letak kuda mereka. kuda-kuda dan equestrian di sini dijaga oleh saudara Mohd Hafizam Wan Ismail dan dibantu oleh petugas-petugas lain. Untuk makluman semua, Hafizam ni lah penderma hati pertama negara yang telah sudi menderma sebahagian hatinya kepada seorang kanak-kanak Mohd Afiq Iqmal Muhammad Zani kira-kira 10 tahun yang lalu. mulia sungguh Hafizam ni, kini beliau bertugas sebagai pelatih dan penjaga equestrian di UUM ni.

Mari kita berkenalan dulu dengan sebahagian kuda yang ada kat sini :

Inilah tempat latihan kuda di UUM Equestrian Centre, belakang office saya je


Inilah Pelatih Utama kat tempat ni iaitu Hafizam sedang menunggang 'Martina'


Kuda ni namanya 'Shanghai Hero'


En. Yusuf Pon mencuba tunggang 'Martina'


Ini pula namanya 'Forest'


dan kuda ini yang paling saya suka iaitu 'Baja'


kali ini saya hanya datang untuk bermesra-mesra dengan kuda saja, takut lagi nak cuba tunggang, lagipun sebelum nak tunggang kena la belajar asas dulu cara nak tunggang dan cara nak mesra dengan kuda, baru la kurang risiko nak kena 'tendang' dengan kuda, hehehe... tapi saya tengok En. Yusuf dan En. Zaheruddin selamba ja tunggang, memang berani betul, saya tunggu la...InsyaAllah ahad depan jika ada peluang saya nak cuba tunggang pulak

Terima kasih banyak-banyak kepada Hafizam dan kawan-kawan di UUM Equestrian Centre kerana beri kesempatan kepada saya untuk mengenali kuda-kuda di sini, so, jumpa lagi ahad nanti jika ada kesempatan.

Tuesday, May 19, 2009

DELEGASI ILMIAH KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Program Delegasi Ilmiah ini telah diadakan pada 26 dan 27 Februari 2009 yang lalu iaitu lawatan Persatuan BDM seramai 80 peserta ke DBKL, ITIS, KLCC, PARLIMEN MALAYSIA, Projek EMKAY - Cyberjaya, Taman Botani Putrajaya dan sekitar kawasan Putrajaya. Program ini diketuai oleh saudara Lim Jen Zeng sebagai Pengarah Projek. Objektif program ini bertujuan melihat dan mengetahui pembangunan semasa dari aspek 'acuan Malaysia'.


Parlimen, Malaysia


PICC, Putrajaya


EmKay, Cyberjaya

Santai di KLCC


Gambar-gambar ini telah diberikan kepada saya oleh saudara Fadzli Yahaya, so, kalau ada sesiapa yang ada gambar-gambar aktiviti Persatuan BDM yang nak dikongsi, bolehlah email kepada saya di syahrilsaid@yahoo.com (sesiapa ada gambar-gambar Program Grand Dinner di Menara Alor Setar boleh email kepada saya).

PERSATUAN BDM

Sekarang ni saya bukan lagi Penasihat Persatuan BDM, tugas ini telah diambil alih oleh En. Za'im Ahmad berkuatkuasa bulan Mac 2009 yang lalu. kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa Persatuan BDM sepanjang saya menjadi Penasihat kerana telah berjaya melaksanakan pelbagai program dengan jayanya. saya amat berbangga dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan terutama oleh mantan Presiden iaitu Azhan Sulaiman dan semua ahli-ahli MT yang lain serta pengarah-pengarah projek seperti Lim Jen Zeng (Darren), Norlyda Ismail, Gugass Kanthan, Yau Kar Choon, Fadzli Yahaya dan ramai lagi yang tak cukup ruang ini untuk saya senaraikan.

saya juga berterima kasih kepada mantan Presiden yang lebih awal iaitu saudara Hafidan dan ahli-ahli MTnya dan juga selamat menjalankan tugas kepada Presiden baru iaitu Mohamad Hazwan Bin Abdul Ghafar serta ahli-ahli MT yang telah dilantik. saya doakan agar kecemerlangan Persatuan BDM dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. saya dapati program-program yang telah dirancang selepas ini amat baik dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar BDM dan masyarakat.

suka juga di sini untuk saya cadangkan kepada pengurusan persatuan yang baru ini supaya mewujudkan BLOG PERSATUAN BDM supaya semua maklumat persatuan mudah disampaikan kepada ahli-ahli serta semua perancangan dan laporan aktiviti boleh dipaparkan di dalam blog berkenaan selain menjadikan blog tersebut sebagai medium komunikasi antara pihak pengurusan persatuan dengan pelajar-pelajar BDM dan bekas pelajar BDM. justeru, saya berharap agar saranan saya ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Persatuan BDM.

saya juga bersedia menjadikan blog saya ini untuk memaparkan aktiviti-aktiviti persatuan dan pelajar. justeru, sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tersebut bolehlah emailkan laporan atau gambar-gambar supaya boleh saya siarkan di blog ini untuk tatapan komuniti BDM.

Oleh : Syahril Said (Mantan Presiden Persatuan BDM, 2001-2002)

Monday, May 18, 2009

UBAT HATI

Saya baru saja menonton drama bersiri Dendam, Dosa dan Doa di Astro Oasis, kisah mengenai ada sekumpulan penduduk kampung yang cuba nak menjatuhkan imam surau tu, nak rebut kuasa, jawatan imam surau pun nak rebut?? Itu la sifat sebahagian kecil dalam masyarakat kita, walaupun sekadar drama, jangan fikir tak berlaku di alam realiti. tapi bukan saya nak bincang tentang drama ni, saya tertarik pada lagu nasyid yang melatari drama ini dan atau sebagai lagu tema. saya tak tahu apa tajuk nasyid tu dan disampaikan oleh kumpulan mana sebab tidak dinyatakan oleh penerbit. tapi antara lirik kata lagu tu ialah tentang ubat hati.

Apa perlunya ubat hati? kerana hatilah benda yang amat berharga yang Allah anugerahkan kepada manusia selepas akal, kalau hati baik, maka baiklah manusia itu dan sebaliknya. dalam lagu itu dinyatakan ada 5 ubat hati iaitu :

  1. Bacalah Al-Quran dan maknanya
  2. Solat malam perbanyakkanlah
  3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
  4. Banyakkan berpuasa
  5. Zikir malam panjangkanlah


maka, itulah ubat kepada hati-hati manusia. saya juga teringat kepada manakala pesanan Ustaz Aagim dalam rancangan Rawat Hatinya, Bangunlah juga dalam Astro Oasis iaitu untuk berubah manusia perlukan 3M iaitu


  1. Mulai dari diri sendiri - tak perlu lihat orang lain
  2. Mulakan dengan yang kecil - badan kita terbentuk dari benda-benda kecil seperti sel-sel dalam badan
  3. Mulai dari saat ini - takut esok dah mati, dah tak sempat, hehehe...

Semua nasihat ni ni saya tujukan pada diri saya sendiri dan bersama-samalah diambil iktibar oleh orang lain.

TUNTUTAN KEPULAUAN SPRATLY

Pada 23 Mei 2008 (kira-kira setahun yang lalu) negara telah kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura setelah kalah perbicaraan di ICJ. Secara rasional dari segi kiraan jarak fizikal, sempadan maritim dan sejarah tentulah sah pulau ini milik Malaysia.



Tetapi kita didapati gagal memberikan penghujahan yang kuat di ICJ kerana gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang kuat mengatakan hak kita ke atas pulau berkenaan. sebaliknya Singapura dikatakan mempunyai dokumen-dokumen yang 'kuat' membolehkan mengesahkan hak milik mereka ke atas Pulau Batu Putih. mengapa Singapura ada dokumen yang 'kuat', tapi kita tak ada ya???



Isunya bukan sahaja kita kehilangan pulau, tapi lebih penting kita turut kehilangan hak sempadan maritim sekitar pulau berkenaan dan juga kehilangan khazanah-khazanah alam yang sangat berharga di dasar laut tersebut. Singapura dapat 'pulau', kita dapat 'batu'nya.

So, sekarang ini isu yang semakin panas ialah tuntutan ke atas Kepulauan Spratly oleh 6 negara iaitu China, Filipina, Vietnam, Taiwan, Brunei dan Malaysia. China pula dah mula beri amaran kepada negara-negara lain berkaitan kedaulatan mereka ke atas kepulauan tersebut. saya fikir kemungkinan isu ini juga akan dibawa ke ICJ tidak lama lagi. tetapi persoalannya bagaimana persediaan Malaysia kali ini?


Jangan lupa pula kepada isu Iskandar Malaysia, yang mana tujuan dan objektif pembangunannya sangat baik, tapi impak jangka panjang perlu difikirkan. keluasan Iskandar Malaysia adalah bersamaan 3 kali ganda luas Pulau Singapura sekarang.


Apa pula perkembangan Pulau Pisang?

Janganlah sampai nanti kita hanya dapat 'Pisang'nya sahaja.

Sunday, May 17, 2009

Sir Alex: Now we'll go for 19



"They were the greatest side in the land at the time. We built slowly but I never thought we could get eleven titles. Never in a million years. My main aim was to win one. Win the first one and see where it took us and of course we progressed so quickly after that". - Sir Alex Ferguson

AYAT-AYAT CINTA

Pagi tadi masa tengah drive ke kampus terdengar lagu Ayat-Ayat Cinta, best jugak lagu ni (suka dengar), liriknya pun baik dan filemnya pun bagus. Sentuhan kata dalam lirik lagu ni cukup baik.

Ayat-Ayat Cinta - Rossa

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...


Anyway, apa pulak ayat-ayat cinta dari saya??? hehehe...belum ada, tak sempat lagi nak bercinta, hehehe... tunggu "Aisyah" macam dalam filem Ayat-Ayat Cinta kot....hehehe..

BLOG ALUMNI BDM

Kebelakangan ini ramai pelajar-pelajar dan bekas pelajar BDM seringkali menghubungi saya untuk tanya bermacam-macam maklumat. tak apa, saya memang suka berkongsi maklumat. oleh kerana saya ni seringkali jadi tempat rujukan hehehe....(oleh pelajar dan bekas pelajar), justeru saya rasa ingin memberi sedikit ruang dalam blog ini sebagai tempat re-union dan alumni bagi komuniti pelajar dan bekas pelajar BDM. tujuan ini bukanlah untuk mempromosikan blog saya, tetapi melalui kemudahan adanya blog ini bolehlah kita jadi ruang untuk eratkan silatulrahim di kalangan komuniti BDM supaya segala perkembangan pelajar dan rakan-rakan anda serta antara senior dan junior dapat dieratkan dan dapat terus berkekalan sekurang-kurangnya melalui blog ini.

cara ini dapat membolehkan semua orang boleh tahu perkembangan kita dan mengukuhkan komuniti BDM itu sendiri. lagipun komuniti BDM ni pun bukannya ramai sangat kerana bermula dari konvokesyen pertama untuk BDM pada tahun 2002 (saya konvo 2003) hingga konvokesyen terbaru pada Mac 2009 yang lalu jumlah pelajar BDM yang dah bergraduasi lebih kurang hampir 2000 saja tidak termasuk yang masih belajar. oleh itu, komuniti kita masih kecil dan boleh diurus sekiranya semuanya membantu.

sebenarnya masih ramai yang tak tahu tentang blog saya ini memandangkan ianya masih baru. justeru, saya berharap bagi mereka yang dah tahu tu, silalah khabar-khabarkan kepada rakan-rakan lain terutamanya di kalangan rakan-rakan anda bekas pelajar-pelajar BDM yang anda kenal supaya dapat memberi informasi mereka menerusi blog ini supaya dapat kita mengenalpasti perkembangan komuniti dan alumni BDM pada masa akan datang. saya amat menghargai semua yang ingin bersama-sama menjayakan usaha ini semoga pertalian silatulrahim itu tidak terputus dan kita masih dapat berkongsi maklumat dan apa jua peluang-peluang masa hadapan yang ada.

bagi mereka yang ingin sama-sama menjayakan usaha ini sila khabarkan kepada rakan-rakan yang anda kenali dan mintalah juga mereka sebarkan kepada rakan-rakan lain yang mereka kenali, akhirnya usaha yang sedikit itu akan menjadi banyak pada masa depan InsyaAllah, dan saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menjayakan usaha ini.

TAJAAN IJAZAH LANJUTAN MELALUI PAKEJ RANSANGAN EKONOMI

Baru-baru ini ramai juga pelajar-pelajar dan bekas pelajar BDM yang bertanyakan kepada saya tentang peruntukan kerajaan menaja ijazah lanjutan Master dan PhD melalui pakej ransangan ekonomi. saya dah ulas sedikit perkara ini dalam entry saya sebelum ini TAHNIAH! LANJUT PENGAJIAN pada 10 May yang lalu. justeru, kepada sesiapa yang belum jelas tentang perkara ini saya sarankan rujuklah pada laman web https://online2.mohe.gov.my/pppi/maklumat.php tentang syarat-syarat permohonan tajaan berkenaan. apapun, saya amat berbangga kerana semakin ramai pelajar-pelajar BDM yang dah berminat nak sambung Master manakala dah ramai juga yang sedang buat Master sekarang ni.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Saya ingin mengambil kesempatan bersempena hari ini 16 Mei 2009 untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan JUTAAN TERIMA KASIH untuk semua cikgu-cikgu yang telah berjasa dan mendidik saya dari Sekolah Rendah Kebangsaan Suka Menanti, Sekolah Menengah St. Michael Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Kolej MARA Kuala Nerang dan juga para pensyarah yang telah mengajar saya di Universiti Utara Malaysia dan juga Universiti Sains Malaysia.

Didikan dan ilmu yang cikgu-cikgu curahkan menjadikan saya insan yang boleh memberikan sedikit manfaat kepada masyarakat seperti hari ini. Kini saya akan meneruskan perjuangan menuntut ilmu di peringkat PhD pada bulan Julai nanti. Jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu akan saya kenang sehingga akhir hayat.

Di sini juga saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih khas buat cikgu saya yang teristimewa yang telah banyak berkorban membantu saya sehingga menjadi pelajar cemerlang dan meraih Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat SPM di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1998 iaitu Cikgu Manisah Binti Salamat yang merupakan guru kelas dan guru matematik yang kerap memberi dorongan kepada saya sehingga mengubah saya daripada seorang pelajar biasa hingga menjadi pelajar cemerlang. Kecemerlangan ini , InsyaAllah akan saya kekalkan hingga tamat PhD nanti dan seterusnya terus cemerlang mencapai segala impian dan cita-cita.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah saya di Universiti Utara Malaysia yang telah mendidik saya di peringkat ijazah sehingga kini saya menjadi rakan setugas mereka. mereka ialah Prof. Dr. Abdul Rahman Aziz, PM Dr. Rohana Yusof, Dr. Mazlan Ismail, Dr. Kalthum Hj. Hassan, Sr. Nazaruddin Yusoff, En. Dani Salleh, En. Yusuf Pon, En. Sukeri Khalid dan En. Zaheruddin. Manakala para pensyarah yang mengajar saya di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia pula ialah En. Jamil Jusoh, En. Jamel Ariffin, PM Dr. Hassim Mat, Prof. Dr. Abdul Ghani Salleh, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Wahab, Dr. Kausar, Dr. Nurwati, PM. Dr. Lee Lik Meng, PM Dr. Mohd Amir Fawzi, PM Dr. Badaruddin Mohamed, Dr. Rahmat Azam Mustafa, PM Mohamed Talhah, PM Dr. Ahmad Sanusi, PM Nik Fuuad Nik Abllah dan En. Abdul Ghapar Othman.

Saya harap agar cikgu-cikgu terus doakan saya untuk terus cemerlang di peringkat PhD ini dan menjadi insan yang terus memberi manfaat kepada masyarakat pada masa depan.

Thursday, May 14, 2009

JADI ORANG YANG MENAWAN

Dua hari yang lepas (Selasa 12 Mei 2009), saya ada menonton rancangan Anjakan Paradigma Bersama Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah di Astro Oasis jam 10.00 malam berkenaan BAGAIMANA NAK JADI ORANG YANG MENAWAN hehehe....maksudnya macam mana nak menjadikan orang suka kepada kita. justeru, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil rumusan program berkenaan berdasarkan saranan Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


TIPS MENJADI ORANG YANG MENAWAN


1. Jadilah orang yang berjaya - orang akan suka kepada orang yang berjaya

2. Selalu memuji orang - setiap kali kita berjumpa orang carilah kebaikannya dan pujilah orang itu, kerana setiap perjumpaan 30 saat pertama adalah waktu yang terbaik untuk puji orang dan orang pun akan suka

3. Tunjukkan mereka diperlukan - orang akan suka kita apabila merasakan mereka diperlukan oleh kita.

4. Jadilah orang pertama yang membantu - orang akan ingat kepada seseorang yang menjadi orang pertama membantu apabila mereka perlukan bantuan

5. Puji orang depan orang lain - kebaikan orang hebah-hebahkan, keburukan orang sorok-sorokkan

6. Dorong dan beri motivasi - orang akan suka kepada kita apabila kita selalu mendorong dan memotivasi mereka untuk mencapai matlamat mereka

7. Kongsi rahsia peribadi - orang akan suka kepada kita apabila kita berkongsi peribadi kita yang munasabah, kerana mereka akan fikir kita percayakan mereka

8. Bersangka baik - orang mudah menerima kita apabila kita sentiasa bersangka baik kepada mereka

9. Bantu buat apa yang orang tak mampu - orang akan ingat dan suka kita apabila kita membantu mereka melakukan sesuatu yang mereka sendiri tak mampu lakukan

10. Nyatakan sesuatu dengan penuh kasih sayang - orang akan suka kita bila kita menyampaikan sesuatu kepada mereka dengan penuh kasih sayang

11. Beri bantuan tanpa syarat - orang akan kenang kita apabila kita selalu membantu mereka tanpa syarat (ikhlas la tu..)

12. Ingat nama orang - orang akan suka kepada kita apabila setiap mula pertemuan kita ingat dan sebut nama mereka

Adakah anda fikir anda seorang yang menawan????

KALAU HENDAK DISUKAI ORANG

Kalau hendak disukai orang
bercakap benar tidak temberang

Kalau hendak dikasihi orang
jujur setia tidak curang

Kalau hendak diingati orang
bertolak ansur berlebih kurang

Kalau hendak disenangi orang
berwajah manis tidak garang

Kalau hendak diminati orang
jauhi sifat bengis berang

Kalau hendak dihormati orang
hindari segala perbuatan terlarang

Kalau hendak dicintai orang
carilah damai elakkan berperang

Kalau hendak dihargai orang
elokkan pekerti jangan sebarang

Kalau hendak difahami orang
hendaklah bersikap berterus-terang

Kalau hendak dikenang orang
jasa dan bakti disemai dikarang

Sajak ini bukan saya yang tulis tetapi saya ambil dalam satu laman web iaitu http://penyair.wordpress.com. Puisi ini ditulis oleh saudara Ehsan Jamily. Bila saya baca sajak ini membuatkan saya berfikir dan menjadi panduan untuk saya oleh itu suka untuk saya berkongsi dalam blog ini. sebenarnya saya ada membaca sajak ini semasa Program Grand Dinner BDM " A Night Colourful Memories" di Restoran Berputar Menara Alor Setar pada 7 April yang lalu dan juga dibaca dalam kuliah saya Perbandaran dan Pengurusan Landskap yang terakhir pada 8 April 2009.

Tuesday, May 12, 2009

POLITIK PERAK BILA AKAN SELESAI?

Petang kelmarin student saya Fadzli Yahaya ada SMS "Salam... en. Syahril macam mana sekrg? politik Perak makin tegang". lepas tu saya balas balik "Mahkamah dah buat keputusan, kena terima, tapi jangan ada yang buat meeting bawah pokok ketapang lagi dah la..". sebenarnya saya dah jadi mual tentang isu politik di Perak (2 MB dan 2 Speaker)ni tak selesai-selesai lagi. kadang kala dah jadi macam bahan lawak pulak nampaknya. kalau dah dua-dua nak jadi MB boleh la jugak buat giliran, minggu ni MB 1 dan speaker 1 bertugas, minggu depan bagi chance kepada MB 2 dan speaker 2 pulak, dan seterusnya sampai PRU ke-13 hehehe...

TAPI ini bukan hal lawak!!! soal pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara atau negeri bukan cerita lawak! Pembangunan dan kemajuan negeri bukan drama atau filem. kalau dah pemerintah dan ahli politik asyik gunakan tenaga, masa dan wang untuk berebut siapa yang nak berkuasa maka bagaimana nak tumpukan perhatian terhadap aspek pentadbiran, pembangunan dan kemajuan negeri untuk rakyat negeri Perak.


Apa yang lebih penting semua pihak berkenaan perlu hormat kepada undang-undang dan juga kepada institusi raja. lihatlah kembali prinsip rukun negara kita iaitu :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

kalau semua pihak boleh faham dan berpegang kepada prinsip ini maka tentulah tidak berlakunya ketegangan seperti sekarang tak kira sama ada di Perak atau tempat-tempat lain. konflik di Perak ini tidak akan berterusan dan dapat diselesai secara toleransi dan bermuafakat jika semua pihak berkenaan sedar secara jelas bahwa mereka dilantik atau dipilih oleh rakyat bukanlah untuk mereka berkuasa tetapi mereka diberi peluang oleh rakyat untuk sama-sama membangunkan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi ekonomi dan sosial. inilah sebenarnya peranan dan keutamaan mereka tak kira sama ada pembangkang atau kerajaan, bukannya soal siapa yang nak jadi MB, exco, speaker itu dan ini, kerana jika rakyat tidak memilih mereka maka mereka bukanlah orang yang penting.

saya cuba tidak mengulas isu ini dari aspek politik kerana saya berpendapat bahawa politik bukanlah segala-galanya untuk mentadbir negara atau negeri tetapi saya bersetuju dengan prinsip Perdana Menteri iaitu konsep 1 malaysia = Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. justeru, pihak-pihak ini harus sedar bahawa negara (atau negeri) adalah lebih utama dari diri, jawatan serta kuasa mereka.

Saya menganggap bahawa situasi di Perak pada ketika ini seperti sebuah kapal yang hilang arah tujuan kerana pihak kapten kapal sedang asyik nak lawan siapa yang nak jadi kapten, siapa yang nak keluar arahan, manakala kelasi dan anak-anak kapal pun konfius arahan kapten yang mana nak diikut, namun kapal terus belayar di tengah lautan tapi tak tahu ke mana arah destinasi nak ditujui, tapi yang rugi adalah penumpang-penumpang kapal yang tak tahu apa nasib mereka sama ada boleh sampai ke pelabuhan atau tidak, kalau sampai pun bila? pelabuhan mana? kapal-kapal lain sedang bergerak pantas dan ada dah dekat dengan destinasi. kalau kapal kargo pulak mungkin barang-barang atau kargo akan mula rosak, expired dan semakin susut nilainya akibat terlalu lama dalam perjalanan...fikir-fikirkan...

Sunday, May 10, 2009

TAHNIAH!!! LANJUT PENGAJIAN

Kesempatan ini (dalam kesibukan semak skrip jawapan...hehehe..) saya nak ucapkan Syabas dan Tahniah!! kepada pelajar BDM iaitu Hanani dah dapat tawaran kat UTM. sebenarnya ramai lagi pelajar BDM yang dapat tawaran Master di USM, UKM dan UTM juga tapi saya tak ingat nama-nama mereka (melebihi 10 orang yang mintak saya jadi referee). saya ingat nak balas email Hanani, tapi dah ada blog ni saya boleh balas melalui blog supaya rakan-rakan awak yang lain pun boleh baca.

Anyway InsyaAllah ada rezeki dapat nanti penajaan tu, Hanani juga boleh cuba kat MARA atau PTPTN atau Bank Rakyat, walaupun pinjaman tak apa sebab untuk tujuan mengaji, kalau kerja nanti boleh bayar balik, macam saya jugak degree pinjaman, master pun pinjaman, tapi Allah bagi rezeki kita mampu bayar balik pinjaman pengajian tu, lain la kalau banyak pinjaman perkara-perkara lain yang tak berapa mustahak. masa mengaji ni jangan berkira sangat, yang penting dapat peluang mengaji dulu, lepas tu ada kelulusan yang lebih tinggi, dapat kerja yang lebih baik, pendapatan yang lebih baik maka hutang pinjaman pengajian tu dah jadi kecil saja berbanding gaji. kita patut bersyukur sebab kat Malaysia ni banyak peluang pengajian tinggi termasuklah peluang tajaan pengajian atau pinjaman pengajian, sekurang-kurangnya ada juga peluang mengaji walaupun terpaksa pinjam. kalau kita nak banding dengan beberapa negara lain seperti negara jiran kita di Indonesia, Filipina, Thailand, China dan lain-lain kita lebih beruntung. contohnya beberapa kawan saya dari Indonesia datang buat Master di USM, Malaysia terpaksa jual rumah, jual tanah, jual kereta kerana tak ada sumber pembiayaan walaupun dah bekerja sebagai pensyarah kat Indonesia,

Kita? Kerajaan hari ni sanggup belanja tambahan RM18 bilion dalam belanjawan rangsangan ekonomi (kalau saya salah fakta sila betulkan) untuk pembangunan pendidikan dalam pakej rangsangan ekonomi termasuk tajaan untuk 10 ribu calon master dan 2 ribu calon PhD. manakala kerajaan tanggung hampir RM0.5 juta untuk seorang pensyarah buat PhD dalam negara dan RM1.5 juta di luar negara. justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hanani dan semua pelajar-pelajar BDM yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bersamalah kita berjuang menuntut ilmu untuk pengembangan bidang ilmu, mencerahkan masa depan, meningkatkan martabat agama, keluarga, bangsa dan negara. gunakan masa muda untuk memenuhi diri dengan ilmu dan beramal dengan ilmu ke arah kebaikan.

SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA!!

Saturday, May 9, 2009

KUTHBAH JUMAAT : ULAMA DAN MUDA MUDI

Salam. Kuthbah Jumaat yang dibacakan oleh Khatib di atas Mimbar Jumaat tadi amat mempersonakan dan menjadikan saya berfikir sejenak (tak jadi nak lena hehehe...). kuthbah berkaitan apakah pandangan terhadap para ulama pada zaman kini oleh golongan remaja dan muda mudi zaman sekarang ni. kenalkah golongan muda-mudi dan remaja Malaysia sekarang ni dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia? berapa ramai mereka yang kenal ulama?Mufti?Imam?Ustaz?Ustazah? kalau kenal, tolong jawab siapakah Mufti Negeri Perak?Selangor?Melaka?Kedah? dan negeri-negeri lain...siapa? boleh jawab? saya pasti mungkin ada yang boleh jawab seperti berikut "...err...saya kenal Ustazah Bahyah....errr saya kenal Ustaz Zambry yang Mari Mengaji kat TV9 tu...." itu ja yang kamu kenal?? itulah yang saya yakin akan dijawab oleh sebahagian besar muda-mudi zaman sekarang, kerana mereka lebih kenal Anuar Zain, Mawi, Siti Nurhaliza, Fasha Sanda, Aznil Nawawi, Tomok, Nabil, Ally Iskandar, Jaquelin Victor, Fazura dan berpuluh-puluh artis lain di Malaysia (ini belum tanya artis Hollywood, Bollywood, Koreanwood, chinesewood dan macam2 wood (kayu) lagi).

bukan niat saya nak ceramah agama kat sini...tapi hal ini menyebabkan saya betul2 berfikir ke mana hala tuju muda-mudi zaman sekarang??? (saya pun dalam kategori muda jugak hehehe...) tapi masa saya remaja dulu tak la banyak unsur-unsur hiburan yang boleh melalaikan kita akan tanggungjawab sebagai khalifah serta hamba Allah kat atas muka bumi ni. kalau mati esok apa nak jawab kat Tuhan??? mana ada soalan kat dalam kubur dan hari akhirat nanti siapa artis yang paling top kat malaysia? memang la tak ada juga soalan tentang siapa ulama yang paling alim kat Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya golongan ini menyedarkan kita tentang kita ni akan tanggungjawab dan amanah yang diamanahkan oleh Allah kat atas muka bumi ni. Allah tidak menjadikan setiap manusia sia-sia di atas muka bumi ni, semua ada peranan, sekurang-kurang peranan untuk beribadat kepada Allah. Apa pulak peranan kamu? di akhirat juga kita akan ditanya apa yang kamu lakukan di masa mudamu, takkan la nak jawab saya habiskan masa saya ketika muda dengan menonton dan SMS rancangan Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak, Malaysia Idol, One in the million, tom tom bak, bintang RTM dan berpuluh lagi rancangan hiburan yang saya nak sebut pun dah tak tau. banyak sangat!!!

jadi, kalau dah banyak sangat hiburan pada masa sekarang, waktu bilakah kita nak luangkan masa lebih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, nak beribadat yang wajib apatah lagi yang sunat jauh sekali yang harus, waktu mana nak baca buku, menelaah pelajaran, siapkan kerja dan masa untuk berfikir tentang masa depan diri, agama, bangsa dan negara. apa akan jadi pada generasi kita pada masa hadapan??? tak boleh la nak jawab macam Nabil (lu pikir la sendiri....) ini bukan perkara main-main so sama-sama la kena fikir dan bertindak. kuranglah hiburan kerana apabila kamu telah rosak maka generasi di hadapanmu nanti akan bertambah rosak!!!


ehhh!! Alamak!!, saya dah berkuthbah lebih panjang pulak dari khatib kuthbah Jumaat tadi (takut terover, nanti kena panggil baca kuthbah pulak Jumaat depan....hehehhe). oklah, penutup bicara saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan sesiapa juga janganlah kita terlalu alpa dengan keseronokkan dunia hingga kita lalai akan tanggungjawab kita kepada Tuhan.

Thursday, May 7, 2009

JOM BACA TESIS LATIHAN ILMIAH

Belum lagi nak buka skrip jawapan final exam, sampai pulak tesis latihan ilmiah untuk semakan dan permarkahan. semester ini ada dua orang pelajar yang buat latihan ilmiah di bawah penyeliaan saya iaitu :

1. Nor Atiroh Bt. Ibrahim - "Kesan Kebanjiran Warga Asing Dari Aspek Jenayah Terhadap Masyarakat Tempatan di Sungai Petani".

2. Chin Soo Pooi - "Rancangan Perkampungan Tersusun dan Kampung Baru di Daerah Kinta, Ipoh

so, bagi yang buat Latihan Ilmiah, maka tamatlah pengajian mereka, boleh balik kampung dan mula mencari peluang pekerjaan, manakala yang lain terpaksa tunggu untuk melapor diri di organisasi praktikum dan menjalani praktikum selama 4 bulan mulai Jun ini. saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar BDM. bagi yang telah selesai pengajian saya doakan anda memperolehi kerja secepat mungkin (kenalah usaha cari kerja tu) manakala yang pilih praktikum saya ucapkan selamat berpraktikum (tunjukkan prestasi kerja yang cemerlang).

JOM SEMAK SKRIP JAWAPAN

Tepat jam 10.30 pagi tadi maka selesai peperiksaan bagi kursus MJP3153 - Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Pembangunan (Autocad). Apa???10.30??? bukankah exam sampai pukul 11.00 pagi??? sangat mengejutkan apabila semua pelajar seramai 103 orang selesai menjawab semuanya 30 minit lebih awal...mungkinkah soalan-soalan senang atau pelajar-pelajar sekarang dah makin bijak?? ada yang habis jawab dan keluar dari dewan pada jam 9.40 pagi!! tetapi selepas buat semakan rambang yang keluar awal tu ramai yang jawab tak betul, bermakna keluar awal bukan bermakna orang itu bijak, mungkin dah tak tahu nak jawab kot!! apapun, exam dah habis 2 paper iaitu Landskap kelmarin dan Autocad tadi bermakna tibalah masa untuk 'marking paper'. inilah masa yang amat kritikal sebab jumlah keseluruhan pelajar bagi 2 kursus ini adalah seramai 301 orang!! jarak exam pulak 2 hari saja! hari ni dan kelmarin. oklah, selamat menyemak skrip jawapan ditujukan untuk diri sendiri!!

Wednesday, May 6, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar saya khususnya bagi Kursus MJP3153 - Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Pembangunan. Maklumat peperiksaan seperti berikut :

Tarikh : 7 Mei 2009
Tempat : DP 4 (1) FTM
Masa : 8.30 - 11.00 pagi

Saya doakan semoga semua berjaya dan dapat menjawab dengan sebaik mungkin. so, jumpa di dewan exam nanti. :-)

SALAM BICARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi perangsang kepada saya untuk mempunyai blog sendiri. Sudah lama saya merancangkan untuk membina blog ini tetapi kesempatan itu hanya berlaku pada masa ini. Blog ini adalah satu ruangan bagi saya untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta ilmu berkenaan sesuatu perkara atau isu sama ada isu pilihan, isu semasa dan lain-lain berdasarkan pendapat peribadi semata-mata atau dari sudut ilmiah dan bukan ilmiah. Walaupun blog ini bersifat kegunaan peribadi, namun saya berharap blog ini dapat dimanfaatkan secara bersama terutama bagi sesiapa yang sudi berkongsi pendapat, komen, cadangan, teguran dan perkongsian maklumat. dari semasa ke semasa saya akan berusaha menambahbaik lagi blog ini dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu dan maklumat selagi ada kesempatan dan keizinan dari-Nya. Saya juga berharap blog ini akan dapat menambahkan lagi ilmu dan kenalan baru kepada saya.


Wassalam.

Syahril Said