Saturday, January 16, 2010

KALIMAH ALLAH : WAWANCARA KHAS DATUK Dr. HARON DIN

1. Umat Islam tidak dilarang untuk membantu yang bukan Islam, malahan Islam sangat menggalakkan umatnya saling bantu-membantu sesama saudara Islam dan bukan Islam.

2. Tetapi agama Islam melarang umatnya membantu atau menyokong sebarang usaha yang bertujuan untuk mensyirikkan Allah S.W.T. Dari sudut pandangan Datuk Dr. Haron Din, penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian tergolong dalam mensyirikkan Allah.

3. Orang Islam yang menolong atau menyokong kepada usaha mensyirikkan Allah, "boleh membawa kepada kekufuran".



3 comments:

shah said...

Asalamualaikum. Yesss menyokong "Boleh membawa kepada kekufuran".Tetapi agama lain juga berhak beramal ibadat mengikut cara mereka.
Saya menasihati diri saya dan menyeru semua umat Islam agar kita perlu teguh mempertahankan dan memperbaiki IMAN kita supaya tidak mudah terpedaya dan terkeliru dgn cara baru oleh agama kristian ini!!! Memang dari DULU lagi ramai pendakwah2 kristian giat menyebarkan agama mereka dengan pelbagai cara. Tidak Mengapa!!! Tetapi tidak pula kita harus biarkan!!!Sebagai umat Islam kita mesti bersatu dan menjadi lebih teguh dari yang sebelumnya dengan cara menjaga, membimbing dan mendidik diri kita dan generasi2 baru kita agar tidak terpesong dari perkara2 yg "Boleh membawa kepada kekufuran". Di sini saya berpendapat, sebagai umat Islam, ibubapa, para pendidik, masyarakat,dan pemerintah perlulah lebih giat mempertahankan agama Islam yang menyeru kepada Allah yg Satu dan segala kebaikan berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan juga sebagai tunjang agama rasmi negara kita. Saya percaya merosakkan rumah ibadat kristian bukanlah cara kita menentang mereka. Ini lebih kepada menunjukkan kepada agama lain bahawa Islam itu dekat kepada keganasan. Saya faham, dalam keadaan sekarang, memang kita umat Islam marah kepada mereka, tetapi pendekatan yang lebih positif perlu dilaksanakan.Pendakwah kristian telah maju setapak kehadapan dlm menyebarkan agama mereka!!! Kenapa tidak kita umat Islam ambil pendekatan yg lebih aktif dari mereka????
Pendapat saya, pihak kerajaan dan pemerintah seperti Jbt Penyiaran, Jab Agama Islam dan pihak-pihak penyiaran swasta perlu Lebih giat mengadakan ceramah-ceramah agama secara langsung melalui pengunaan media-massa terutamanya di Tv dan radio di Setiap Siaran manakala dewan-dewan serbaguna, surau atau mesjid di setiap daerah atau mukim perlulah lebih giat mengadakan ceramah agama.
Para pendakwah sama ada dari kerajaan mahupun pihak persendirian perlu lebih giat untuk turun padang membimbing generasi2 muda dan kita semua supaya ingat-mengingati dan lebih dekat kepada Allah yang Satu.
Para pendidik perlu sentiasa lebih aktif dengan laman web atau blog2 mereka supaya menyediakan ruangan2sebegini untuk renungan, berkongsi pendapat dan menyampaikan infomasi2yang berguna kepada anak didik kita supaya supaya sentiasa berhati-hati dgn agenda2 dari agama-agama lain agar generasi muda tidak mudah terperdaya dgn idea2 baru.
Undang2 agama Islam perlulah dilaksanakan dgn pemantauan yg lebih aktif terutamanya di tempat2 hiburan agar umat Islam tidak melampaui batas. Sebagai generasi yg lebih tua saya percaya kita sentiasa dipertanggung-jawabkan oleh Allah terhadap apa yg telah kita tinggalkan kepada generasi muda. Akhir kata, saya dan kita semua umat Islam perlu berhati-hati kerana agama Islam sentiasa diserang dari setiap penjuru sejak dari zaman nabi dan rasul lagi dan di akhir zaman ini marilah kita berdoa agar negara kita tidak ditimpa malapetaka oleh Allah atas sikap kelalaian kita sendiri kerana jatuhnya sebuah negara atau tamadun yang hebat hanya sekelip mata dan untuk bangun semula sentiasa diiringi darah dan air-mata.

Syahril Said said...

saya amat setuju dengan pendapat Shah...:-). Mereka dari agama lain (khususnya Kristian) sekarang melihat ada kesempatan atas 'sikap dan kelalaian" orang Islam sendiri. Contohnya kalau kita kaji secara ringkas, media massa seperti akhbar2, saluran2 tv, radio2 dan blog2 lebih banyak menumpu kepada politik dan hiburan. Dua perkara inilah yang sedang melalaikan kita berbanding menumpukan kepada aspek agama dan pembangunan ilmu.

fareast_allrisperak said...

JIHAD...
Fisabilillah...
Perangi musuh Islam yang berani mencabul kesucian Islam...