2. Berdasarkan laporan semasa media, kekuatan gempa bumi yang berlaku adalah pada 7.0 skala richter. Setakat hari ini, angka kematian telah mencecah 50,000 orang manakala jumlah yang tercedera dan belum dijumpai masih belum terkira ramainya. Kenyataan daripada Kementerian Dalaman Haiti menganggarkan jumlah kematian mungkin boleh mencecah 200,000 orang.
3. Masih ingatkah kita pada tragedi gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia pada 30 September 2009 yang lalu? Tragedi itu telah mengorbankan lebih 1,000 orang dan lebih 3,000 lagi cedera manakala 135,000 rumah musnah. Tragedi itu masih baru lagi, tetapi saya percaya ramai yang telah melupakannya. Memanglah kita mudah lupa. Bila kita lupa akan bala Allah, maka seronoklah kita bertelagah di atas muka bumi ini hinggakan ada dari kalangan orang Islam yang sanggup bersubahat merelakan kalimah Allah untuk dipermainkan. Mahukah kita hingga akhirnya Allah menimpakan bala kepada kita supaya mengingati-Nya?
4. Janganlah sehingga bala Allah datang, barulah kita hendak menyesal dan bertaubat. Mungkin pada waktu itu kita sudah pun terlewat.
5. Ingatlah, kadang-kala Allah menurunkan bala kepada orang lain supaya kita dapat melihat, belajar, insaf dan bersyukur kerana kita masih berada dalam peliharaan-Nya.
6. Walaupun mungkin ada yang mendakwa gempa bumi di Padang dan Haiti tiada kaitan dengan Malaysia, tetapi ingatlah bahawa Allah menurunkan bala di tempat lain agar hamba-hambaNya di tempat yang lain dapat berfikir.
1 comment:
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....
Terima kasih encik Syahril atas maklumat yang en. berikann..
Kadangkala manusia nie selagi x kene batang hidung sendiri selagi itula dia masih tak insaf lagi...
Dunia akhir zaman encik...
Mcm2 perkara berlaku...
Bila difikirkan dalam2... semua nie berpunca daripada keinginan nak mendominasi x kire dalam field mana2 pun...
Palestin contohnya... Negara arab yang lain sanggup bersetongkol dgn Israel. Smpaikan bantuan kemanusiaan pun disekat....
Mmg betulla keadaan semaakin meeruncing. Klu bumi Palestin betul2 aman, maknenye kiamat bakal menyusul tak lama lg...
KITA KENA BERSEDIA...
Musuh2 Islam terlalu rakus ambil kesempataan kelemahan kita...
Dunia mmg kene kejar.... Tp bekalan di akhirat kita jangan lupe...InsyaAllah...
Post a Comment