Saturday, January 23, 2010

KONVOKESYEN KE-23 SIDANG PERTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1. Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke -23 Sidang Pertama seperti berikut :

Tarikh : 27-29 Mac 2010
Tempat : Dewan Mu’adzam Shah, UUM

2. Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua graduan UUM yang akan menerima ijazah masing-masing khususnya para graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM).

3. Senarai nama para graduan BDM yang akan menerima ijazah dalam majlis konvokesyen berkenaan BDM adalah seperti dalam senarai berikut : (Klik sini)

4. Saya amat berbangga dengan kejayaan para graduan semua kerana
tuan-tuan dan puan-puan adalah generasi intelek masa hadapan dan juga pewaris kepimpinan yang akan menerajui pembangunan dan kemajuan negara ini.

5. Sesungguhnya majlis konvokesyen itu nanti pasti merupakan satu detik yang amat berharga bagi meraikan dan menghargai segala usaha dan kesungguhan yang telah
tuan-tuan dan puan-puan lakukan untuk menamatkan pengajian di UUM dengan cemerlang dan jayanya.

6. Paling membanggakan saya apabila sebanyak 75.8% graduan BDM akan menerima Ijazah Kelas Kedua Atas.

7. Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH khas daripada saya kepada Lim Jen Zen kerana menjadi graduan tunggal bagi BDM yang menerima Ijazah Kelas Pertama.

8. Saya berasa kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang hadir ke majlis konvokesyen pada kali ini untuk bersama meraikan kejayaan
tuan-tuan dan puan-puan semua.

9. Saya doakan
tuan-tuan dan puan-puan semua akan terus cemerlang dan berjaya di alam pekerjaan dan kehidupan seterusnya.

10. Akhir sekali, harapan saya kepada para pelajar BDM yang masih sedang belajar, contohilah kejayaan yang telah ditunjukkan oleh para graduan BDM kali ini dan seterusnya tingkatkan usaha dan kecemerlangan anda semoga pada konvokesyen yang akan datang nanti kita dapat mencapai sasaran 100% graduan BDM di dalam
Ijazah Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas.

2 comments:

The Penang Boy said...

Terima kasih atas bimbangan dan sokongan Encik Syahril selama tiga tahun ini dan semoga Encik Syahril juga mengecapi kejayaan dalam pengajian doktoral di Australia. All the best and thank you!!!

isyqacombat said...

tahniah kepada sume kawan2 yang akan bergraduate.tahnx to en syaril n too all lecture BDM..moga sume teros mencapai kejayaan dihari2 mendatang.amin