1. Saya ada membaca email UUM hari ini tentang bengkel anjuran Pusat Islam UUM iaitu Bengkel Bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Dalam Solat.
2. Saya fikir penting sebagai seorang Muslim kita patut hadir dan sertai bengkel ini. Jika kita yakin kita sudah dapat membaca Al-Quran sekurang-kurangnya Surah Al-Fatihah dengan sempurna, maka gunakan peluang bengkel ini untuk memperkemaskan lagi bacaan surah-surah lain, tapi kalau menyedari diri kita membaca Surah Al-Fatihah pun belum cukup sempurna, maka rebutlah peluang untuk hadir ke bengkel ini. Jika saya berada di UUM ketika ini, InsyaAllah saya hadir tetapi saya tidak berpeluang pada kali ini kerana saya tiada di sana.
3. Butiran bengkel adalah seperti berikut yang saya copy daripada uummail :
KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH
Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)
Bagaimanakah dengan mutu bacaan surah al-Fatihah anda, pernahkah anda memperdengarkan bacaan al-Fatihah anda kepada orang yang ahli dalam ilmu tajwid dan al-Quran. Oleh yang demikian bagi membantu anda, Pusat Islam akan menganjurkan Bengkel Bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Dalam Solat Serta Bacaan Surah As-Sajadah. Butiran program seperti berikut:
Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 t/hari
Tempat : Bilik Kuliah Pusat Islam
Yuran : RM5.00
Bengkel akan dikendalikan oleh bekas Johan Tilawah Al-Quran Negeri Kedah (Ust. Kassim Ahmad). Penyertaan adalah terhad, bagi yang berminat sila hubungi Pn. Rosmimah Omar (samb. 5832) untuk pendaftaran. Keterangan lanjut mengenai bengkel boleh menghubungi Ust. Aus Korni Yahaya (samb. 4322).
Terdapat beberapa lagi kekosongan sila daftar cepat, jangan lepaskan peluang terbaik ini.
Sekian Terima Kasih.
4. Saya fikir bengkel ini penting kerana kita berpeluang memperbetulkan bacaan dalam solat kita sekurang-kurangnya. Bukankah antara amalan paling utama yang akan dinilai di akhirat nanti ialah solat-solat kita? Bagaimana jika apabila tiba masanya bila dinilai oleh Allah nanti didapati solat kita tidak diterima kerana solat kita tidak sempurna walaupun mungkin kita seorang yang rajin bersolat. Bukankah kita tahu adanya bengkel seperti ini untuk memperbetulkan solat dan bacaan dalam solat kita? Jadi kepada mereka yang Muslim di UUM, yang berkelapangan, kenapa tidak boleh hadir?
5. Pergilah ke bengkel ini tanpa banyak pertimbangan lagi, bukankah kita hanya perlu bayar RM5 sahaja! untuk membetulkan solat kita supaya amalan kita diterima Allah kelak? Sebegini murah untuk memperbetulkan ibadah kita pun masih nak berkira? Apalah sangat nilai RM5 itu pada kita untuk belanja ke jalan agama jika nak dibandingkan belanja kita untuk urusan-urusan lain?
6. Takkan RM5 pun nak berkira kot....?
No comments:
Post a Comment