1. Saya agak terkejut apabila membaca satu penulisan (baca sini) yang mendakwa Menteri Besar Terengganu berhasrat untuk hanya membangunkan pelancongan mewah di Pulau Redang. Secara peribadi saya menyokong apa yang ditulis oleh penulis ini.
2. Jika betul apa yang didakwa, maka satu lagi contoh 'keputusan tidak matang' oleh pemimpin yang ada. Lebih menyedihkan apabila ianya datang daripada seorang pemimpin tertinggi di negeri berkenaan.
3. Saya akui saya sendiri pun belum berpeluang dan tidak pernah melancong ke Pulau Redang, namun Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian ada dalam senarai destinasi yang InsyaAllah ingin saya lawati bila ada kesempatan suatu hari nanti.
4. Tetapi jika benar apa yang didakwa, maka pasti saya tidak bersetuju dengan hasrat MB Terengganu ini terhadap perancangan pembangunan pelancongan di Pulau Redang.
5. Pulau Redang adalah salah satu pulau ciptaan Allah yang sangat istimewa kerana mempunyai nilai estetika semulajadinya yang sangat indah terutamanya keindahan khazanah di dasar lautnya. Jika berpeluang melancong ke pulau itu, kita berpeluang melihat dan mengkagumi Kebesaran dan Kebijaksanaan Allah yang Maha Pencipta.
6. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah ciptakan pulau-pulau yang indah yang hampir dengan kita seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Pulau Payar, Pulau Tioman, Pulau Sipadan dan banyak lagi pulau lain supaya kita dapat merasai nikmat dan mengkagumi Kekayaan dan Kebesarannya. Jadi kita tidaklah perlu pergi jauh sehingga ke pulau-pulau seperti di Maldives, Mauritius dan Hawaii kerana sudah tentu hanya segelintir mereka yang kaya sahaja yang mampu untuk melancong ke sana.
7. Di tempat kita, ada pulau-pulau yang indah dan cantik untuk dinikmati oleh penduduk tempatan tanpa kita perlu berbelanja besar (bukan semua rakyat Malaysia mampu berbelanja besar untuk pergi melancong), tetapi kenapa ada pula ada pihak yang mahu membeza-bezakan peluang itu dengan menetapkan nilai-nilai tertentu misalnya hanya sesiapa yang mampu berbelanja RM1,500 ke atas sahaja boleh melancong ke Pulau Redang.
8. Bijakkah keputusan sebegini? Kenapa jika sebelum ini tiada perbezaan kelas sosial untuk menikmati keindahan Pulau Redang, tetapi sekarang hendak pulak diwujudkan kelas sosial itu? Tidak layakkah mereka yang mungkin hanya mampu berbelanja minimum untuk bawa keluarga ke Pulau Redang menikmati keindahan pantai dan pulau tetapi tidak mampu membiayai kos aktiviti skuba untuk melawat Pulau Redang?
9. Memang betul, keindahan dan alam sekitar Pulau Redang perlu dijaga dan dipulihara namun ini bukan bermakna kita perlu menghalang dan menetapkan hanya golongan tertentu sahaja layak untuk melancong. Ada banyak kaedah dan strategi lain yang sedia ada boleh diaplikasi dan dilaksanakan dalam urusan pemuliharaan pulau dan alam sekitar.
10. Jika isu ini tidak ditangani secara bijak, mungkin di masa depan patut diadakan klasifikasikan dalam pelan pembangunan pelancongan negara kategori destinasi untuk pelancong mewah dan pelancong miskin (sekarang hanya ada kategori hotel mewah dan hotel budget).
No comments:
Post a Comment