Friday, April 23, 2010

BUKANLAH BODOH SANGAT ORANG KITA - Dr. M

1. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir berhubung isu pengambilan kepakaran luar sebagai penasihat utama dan konsultan dalam soal pengurusan dan pentadbiran negara terutamanya berhubung soal penting seperti pengurusan keselamatan, pendidikan, ekonomi dan pertahanan.

''Kita ada kebolehan sendiri walaupun dianggap tidak begitu baik dan tidak begitu bijak tetapi kita biasa tangani masalah kewangan seumpamanya dengan cara kita sendiri dan kita berjaya juga, bukanlah bodoh sangat orang kita" - Tun Mahathir. (Baca sini)

2. Rakyat Malaysia pun sudah ramai yang pakar dan berkemampuan dalam menawarkan khidmat nasihat strategik dan teknikal berhubung pentadbiran negara. Justeru utamakan dahulu kepakaran tempatan.

3. Memang dari segi teknologi kita mungkin ada kekurangan berbanding negara maju, tetapi bukanlah bermakna kita bergantung sepenuhnya kepada mereka. Tugas kita ialah melatih dan mendedahkan tenaga tempatan menguasai teknologi-teknologi baru tersebut hingga mahir dan kemudian beri kepercayaan kepada mereka untuk membantu negara.

4. Kita perlu ada sikap percaya kepada orang kita sendiri barulah kepakaran dalaman dan tempatan boleh berkembang. Sekarang ini pun semakin ramai rakyat Malaysia menjadi pakar di luar negara dan banyak syarikat tempatan mendapat kepercayaan daripada negara luar. Ini adalah sebab kita memberi peluang pakar-pakar dan syarikat tempatan untuk berkembang. Kini sudah tiba masanya kita percaya terhadap sumbangan mereka untuk negara.

5. Saya ulangi semula kata-kata Tun Mahathir "bukanlah bodoh sangat orang kita".

No comments: