Thursday, March 11, 2010

PEMANSUHAN BAYARAN WAD

1. Akhbar hari ini melaporkan Kerajaan Malaysia akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap semua kakitangan dan pesara perkhidmatan awam bermula 1 April nanti.

2. Saya fikir ini satu tindakan yang baik. Tetapi mungkin ada juga pihak yang sentiasa tidak berpuashati dengan tindakan tersebut.

3. Saya juga kakitangan awam, semestinya saya juga berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah (kita tidak tahu bila kita akan sakit (masuk wad) kerana mungkin hari ini kita sihat, tetapi entah esok lusa Allah uji kita dengan kesakitan) .

4. Namun, saya fikir tindakan pemansuhan bayaran berkenaan tidak perlu terhad kepada golongan kakitangan dan pesara perkhidmatan awam sahaja, tetapi perlu diperluaskan khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan memerlukan.

5. Mereka yang berpendapatan rendah dan miskin walaupun tidak bekerja dengan kerajaan, pastinya turut memerlukan bantuan bentuk ini. Kemudahan ini tidak semestinya hanya istimewa untuk kakitangan kerajaan sahaja yang sudah tentunya mempunyai pendapatan tetap. Sebahagian besar kakitangan kerajaan sekarang sudah berkemampuan membeli polisi insuran kesihatan dan mendapatkan rawatan di hospital swasta.

6. Seharusnya pemansuhan turut diperluaskan kepada golongan pelajar daripada peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti sebagai satu bentuk kebajikan oleh kerajaan kepada kesihatan golongan pelajar tanpa menilai ibu bapa mereka berkhidmat dengan kerajaan atau tidak..

7. Juga diperluaskan kepada mereka yang disenaraikan sebagai golongan kurang upaya (OKU) (mungkin sekarang pun golongan ini telah dikecualikan bayaran, jika betul, bermakna saya yang tidak tahu).

8. Dari sudut positif saya menyokong tindakan pemansuhan berkenaan, tetapi dari sudut lain nampak seolah-olah tindakan ini kerajaan melaksanakan satu dasar terhadap golongan terpilih sahaja.

9. Ada ramai lagi orang awam selain daripada kakitangan awam yang perlu dibantu dari sudut perhatian terhadap kebajikan kesihatan mereka.

2 comments:

waris alam said...

saya bersetuju dengan pendapat encik..manfat rawatan percuma nie elok diperluaskan kepada masyarakat awam lain sebagai satu tanggungjawab sosial atau kebajikan kerajaan..kelebihan kepada satu pihak sahaja adalah tidak adil kerana kita tahu masih ada masyarakat yang terabai untuk mendapatkan rawatan sempurna...contoh paling mudah apabila kementerian kesihatan nk buat pemeriksaan gigi dari rumah ke rumah tapi hanyu melibatkan 4000 orang...rasanya klu dibuat di klinik lebih baik rawatanya...kos pun dapat jimat...klu rawatan dari rumah ke rumah kerajaan terpaksa tanggung kos pemriksaan/rawatan, kos pengangkutan, bayaran elaun/gaji doktor atau pegawai perubatan, ubat n mcm2 lgi...klu dilaksanakan di klinik mungkin kos kerja lebih masa dan pengangkutan dapat dijimatkan/ diminimakan...

Syahril Said said...

mungkin kerajaan masih kurang berkemampuan memberikan rawatan dan perlhidmatan kesihatan percuma kepada semua rakyat, tetapi dasar yang dilaksanakan perlu memaksimumkan seramai mungkin pihak yang berkelayakan mendapat faedah tersebut, perlaksanaan kepada golongan terpilih sahaja juga kadangkala mencerminkan tindakan yang kurang bagus