1. Firman Allah SWT : "Dan kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal". (Surah Ali Imran, ayat 122)
2. Firman Allah SWT : "(Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami bertawakkal...". (Surah Al-Mumtahanah, ayat 4)
3. Di samping Islam suruh kita berusaha, Islam juga suruh kita bergantung kepada Allah SWT. Jika insan bergantung kepada Tuhan dalam erti kata yang sebenar, dia serahkan perasaan dan imannya kepada Allah di dalam sesuatu isu, di dalam sesuatu urusan dan di dalam sesuatu perkara, dia akan melihat perkara yang sangat ajaib akan berlaku dalam hidupnya.
4. Firman Allah SWT : "(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan : "Sesungguhnya manusia (kafir musyrik) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Surah Ali Imran, ayat 173)

5. Jika kita sering menyebut berulangkali dengan penuh rasa keimanan : "Hasbunallahu wa ni`mal wakil" (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung) ketika dalam menghadapi karenah dan asam garam hidup, InsyaAllah kita akan melihat keajaiban berlaku dalam hidup, yang tak dapat digambarkan dalam perkataan dan tak dapat dinukil dengan tulisan. Kata ahli-ahli agama, siapa yang tidak melaluinya, tidak akan memahami maksudnya (tawakkal).
6. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal, mereka akan mengetahui tentang keajaiban tawakkal.
7. "Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepada-Mu..."
No comments:
Post a Comment