Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :
1. Tidaklah ada seekor binatang pun di permukaan bumi ini melainkan Allah yang memberikan rezeki kepada mereka. Malah ketika Nabi Yaakub A.S kehilangan anaknya Nabi Yusuf A.S, Nabi Yaakub berkata..."Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang" (Surah Yusuf, ayat 64)
2. Burung yang berterbangan pun Allah jamin rezekinya, semut yang melata di bumi, walaupun ia kecil Allah jamin rezekinya. Ada seorang lelaki pernah melihat seekor burung terbang dari satu pohon ke pohon yang lain, di dalam mulut burung itu ada selonggok daging, dan dibawanya daging itu ke puncak satu pohon kurma. Maka lelaki itu memanjat ke puncak pohon kurma tersebut, tiba-tiba dia mendapati ada seekor ular yang sudah tua dan buta di atas pucuk pohon kurma itu. Apabila burung itu mendekatinya atau menganggunya, maka ular itu akan membuka mulutnya, lalu burung tadi menjatuhkan selonggok daging pada mulut ular. Seekor ular yang tua dan buta, rezekinya Allah hantarkan kepadanya sampai ke pucuk pohon kurma tersebut melalui seekor burung.
3. Berlaku banjir di Kedah dua bulan yang lepas, 15 hari selepas air surut, Bomba datang dekat pokok kelapa untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas pokok kelapa semasa berlaku banjir. 15 hari terperangkap tak mati lagi kucing itu, macammana kucing itu boleh minum boleh makan atas pokok kelapa yang tinggi tu? sebab dia minum air dari celah-celah dahan pelepah pokok kelapa yang bertakung air di dalamnya. Ini yang dikatakan rezeki, Allah yang mengaturkan kehidupan kita dan Dia jugalah yang memberikan rezeki kepada kita.
4. Firman Allah SWT : "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh) yang nyata." (Surah Hud, ayat 6)
5. Allah SWT memelihara manusia mengikut situasi dan keadaan. Situasi dan keadaan ini bergantung kepada iman kita. Kalau keyakinan kita kepada Allah tinggi, maka Allah SWT bantu kita pada segenap urusan. Tapi bagi orang yang imannya lemah kadang-kadang pemeliharaan Allah itu tidak jaga kepadanya.
6. Orang yang bertaqwa Allah pelihara, orang yang bertawakkal Allah pelihara mereka. Sehinggalah orang yang bertaqwa itu kalau dia benar-benar bertaqwa, akan diberikan jalan keluar dari apa-apa jua masalah yang melanda dirinya. Allah jugalah yang memelihara dunianya dari pada segala keburukan dan menundukkan semua makhluk kepadanya.
7. Banyak orang mencari-cari apakah doa yang boleh menundukkan orang, doa nak menundukkan suami, doa nak tundukkan isteri, doa nak tundukkan rakyat, doa nak tundukkan pemimpin. Inilah jawapannya...."Allah adalah sebaik-baik Penjaga". Kalau kita taat kepada Allah, kalau kita baik dengan Allah, bertaqwa kepada Allah, maka Allah yang akan 'menundukkan' orang dan Allah yang akan memelihara kita.
8. Paling penting yang kita nak ialah supaya Allah SWT pelihara iman kita, tapi yang banyak orang berdoa ialah supaya Allah pelihara rezekinya. Siang malam pagi petang, mintak doa "Ya Allah, bagilah rezeki kepada kami, Ya Allah, bagilah aku kaya dengan rezeki yang halal". Jarang orang mintak doa "Ya Allah, peliharalah iman aku, matikanlah aku dalam iman, jadikanlah iman aku makin bertambah..".
9. Ada orang yang tercabar imannya bila dia sakit, masa sihat, iman dia tak tercabar, boleh pi masjid, boleh datang belajar, boleh berzikir, boleh pi buat haji...sebab sihat. Masa sihat dia yakin pada Allah, tapi bila dia sakit, dia yakin kepada bomoh. Allah uji dia waktu dia sakit, masa sihat baca Al-Quran, tapi masa sakit dia dok baca mantera yang bomoh ajar, masa sihat dia boleh berzikir, bertasbih, tapi bila dia sakit, bomoh suruh pi ambik tanah kubur pun dia pi ambik, minum air kain kapan pun dia minum kononnya boleh sembuh penyakit.
10. Ada orang yang iman dia tertanggal dengan sebab nak jadi kaya, waktu untung dia meniaga elok, tapi bila meniaga dah tak untung, dok rugi saja, masa ni dia dah tak kira, apa dia dapat dia ambil, yang penting adalah wang, haram halal dah tak penting bagi dia. Maka iman dia telah pun rosak.
11. Orang yang bertaqwa, Allah akan pelihara dia juga ketika dia sedang menghadapi sakaratul maut. Ketika dia akan meninggalkan dunia, pada saat-saat yang genting kerana syaitan sangat berkeinginan untuk menyesatkannya, akan tetapi seseorang yang beriman dan mukmin yang jujur dan benar, lalu Allah SWT akan sentiasa menjaga dan meluruskannya serta menunjukkannya untuk melafazkan kalimah La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.
12. Soalan pertama yang Malaikat akan tanya kita di alam kubur ialah..."Apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah?". Jika kita boleh jawab soalan ini maka bolehlah kita menjawab soalan-soalan yang lain. Nak boleh jawab soalan ini dalam kubur, ianya bermula pada ketika sakaratul maut. Jika sakaratul maut baik, matinya dalam Husnul Khotimah (mati dalam keadaan yang baik) maka InsyaAllah bolehlah menjawab soalan-soalan dari Malaikat di dalam alam kubur nanti.
13. Imam Ghazali ada menyebut, malam-malam kena awalkan tidur, lepas Isyak kena tidur melainkan enam golongan yang boleh lewatkan tidur iaitu :
i. orang yang bermuzakarah ilmu
ii. orang yang menziarahi orang sakit
iii.orang yang melayani tetamu di rumahnya
iv.orang yang ada perbincangan dengan keluarganya
v. orang yang berjaga untuk membaca dan menghafaz Al-Quran
vi.orang yang menjaga maslahah kampungnya atau tempat tinggalnya
Tidur yang awal penting kerana menjaga kita supaya mudah bangun awal untuk bersolat Subuh.
14. Selama mana kita hidup, kesilapan kita boleh kita perbetulkan. Tetapi bila dah mati, saat itulah yang paling menyesal jika tidak sempat bertaubat. Bilakah manusia sudah terlewat untuk bertaubat? iaitu bila berpisah roh dan jasad. Pada waktu itu, mintak untuk hidup balik ke dunia pun dah terlewat, mintak untuk kembali ke dunia walau satu minit untuk bertaubat pun sudah mustahil. Sebab itu bertaubatlah sekarang, perbetulkanlah diri kita sekarang.
15. Kita tak tahu bagaimana bentuk pemeliharaan Allah kepada kita, sebab itu kita kena selalu bermohon kepada Allah SWT biar kematian kita dalam keadaan husnul khotimah. Jika ketika hidup kita tidak memelihara syariat Allah, maka ketika kematian kita, Allah pun tidak akan memelihara syariat-Nya kepada kita, itulah kerugian kita yang paling nyata.
16. Orang yang beriman ada tiga syarat iaitu :
i. Yakin kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
ii. Menerima serta meredhai segala ketentuan Allah dan hukum-hakam Allah
iii.Percakapan dan perbuatannya tidak akan menjahati dan menyakiti orang lain
17. Nabi Ibrahim A.S mengajak kaumnya beriman, maka tatkala kaumnya merasa sempit dada dengan dakwah Nabi Ibrahim, akhirnya mereka pun bersepakat melemparkan Nabi Ibrahim ke dalam api, lalu mereka mengikatkan Nabi Ibrahim pada tiang, lalu mereka menyalakan api untuk membakarnya, kemudian mereka berkata "lemparkan dia (Nabi Ibrahim) ke dalam api". Pada saat-saat cemas ketika itu, Malaikat Jibrail A.S datang bertanya "Wahai Ibrahim, apakah permintaan kamu kepadaku?". Nabi Ibrahim menjawab.."Kalau kepada kamu, aku tidak ada sebarang permintaan, kalau untuk Allah, aku ada permintaan". Inilah tahap keyakinan Nabi Ibrahim A.S kepada Allah, keyakinan yang paling tinggi kepada-Nya berbanding yang lain, sedangkan yang datang kepadanya itu adalah Malaikat Jibrail A.S. Lalu Nabi Ibrahim berkata..."Hasbunallahu wa ni`mal wakil" yang bermaksud "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung" (Surah Ali-Imran, ayat 173). Akhirnya mereka melemparkan Nabi Ibrahim A.S ke dalam api, sewaktu Baginda dilemparkan ke dalam api, Nabi Ibrahim menyebut "Hasbunallahu wa ni`mal wakil "...maka Allah menolong Nabi Ibrahim dan tatkala Baginda jatuh ke dalam api Allah berfirman ke dalam api "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! " (Surah Al-Anbiyaa', ayat 69). Dan apabila Nabi Ibrahim keluar daripada api dengan selamat dan dia terhindar daripada tipu muslihat dan tipu daya kaumnya yang durjana, Allah SWT berfirman..."Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang" (Surah Yusuf, ayat 64).
18. Ketika orang ramai berkata kepada Nabi Muhammad SAW..."sesungguhnya orang-orang kafir Quraish telah menghimpunkan tentera-tentera untuk menyerang kamu, oleh kerana itu takutlah kepada mereka wahai Muhammad!"..lalu Nabi Muhammad SAW menjawab "Hasbunallahu wa ni`mal wakil".

19. Bila kita faham perlindungan pertama itu adalah perlindungan dari Allah, maka jagalah hubungan kita dengan Allah. Jangan mengharap pada orang, jangan dok yakin dengan orang, yakinilah Allah sebagai Pelindung kita.
20. Kita cukup sering memohon kepada Allah di kala kesulitan melanda kita, ketika kesakitan dan penderitaan yang melanda kita hilang, lalu kita melupakan Allah. Bila sakit Allah sentiasa di mulut, naik kapal terbang kemudian bergegar kapal terbang, Allah sentiasa di mulut, naik feri kemudian bergegar feri terumbang ambing, sentiasa sebut Allah, ketika masuk bilik pembedahan pun Allah sentiasa di mulut, tapi bila kapal terbang dah mendarat dengan selamat, feri dah belayar dengan selamat, keluar bilik pembedahan dengan selamat, sakit pun dah hilang, nama Allah pun dah lupa dah...
21. Kita hanya memanggil-Nya di laut supaya Dia menyelamatkan perahu kita, tatkala kita sampai di tepi pantai, kita menderhakai Allah...lupa untuk sujud kepada Allah, lupa untuk taat kepada Allah...
22. "Hasbunallahu wa ni`mal wakil" (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)...

No comments:
Post a Comment