Tuesday, August 3, 2010

AUTONOMI KEPADA UNIVERSITI

Adalah satu kerugian besar kepada institusi dan negara apabila seorang sarjana yang telah mencapai status kematangan terpaksa meninggalkan tugas di universiti kerana terikat dengan skim perkhidmatan yang mewajibkan mereka bersara.

Melahirkan seorang sarjana yang hebat memerlukan masa yang lama dan untuk itu, sarjana yang hebat perlulah dimanfaatkan oleh institusi untuk tempoh yang optimum.

Alam keilmuan dan budaya kesarjanaan universiti perlu dicerminkan dari pelbagai aspek, merangkumi seni bina bangunan, landskap, tenaga akademik, tata cara pengurusan serta tata cara hubungan kerja.

Inovasi dan kreativiti dapat ditingkatkan sekiranya pentadbiran universiti diberikan lebih banyak kepercayaan, perwakilan kuasa, fleksibiliti dan autonomi mengurus tadbir urusan harian.

Setiap universiti perlu diberikan ruang luas untuk mengenal pasti identiti dan keunggulan masing-masing serta bidang yang mahu diberikan fokus.

Keseragaman atau uniformity yang terlalu ketat akan meninggalkan pengaruh negatif yang dikhuatiri boleh menjejaskan daya inovasi dan daya kreativiti yang amat perlu dipupuk dalam alam keilmuan dan budaya kesarjanaan.

Negara-negara maju amat memahami peranan murni yang perlu dipenuhi oleh universiti mereka dengan menggaris dan melaksanakan dasar yang amat membantu perkembangannya. Kerana itu universiti di negara-negara maju berkembang hebat hingga berjaya mencapai status penarafan tinggi di peringkat antarabangsa.

Petikan daripada titah ucapan Sultan Azlan Shah, Canselor Universiti Malaya (UM)

Sumber : Utusan Malaysia (rujuk di sini)

No comments: