1. Firman Allah SWT : " Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" (Surah Ali Imran, ayat 190).
2. Allah ciptakan manusia sebagai makhluk-Nya yang paling istimewa kerana Dia memberikan kita akal untuk menjadikan kita melebihi makhluk-makhluk lain. Dia ciptakan akal untuk membolehkan kita mencari ilmu untuk mentadbir bumi ini sebagai khalifah, Dia juga menciptakan akal untuk membolehkan kita menggunakan pancaindera kita yang lain untuk berfikir, melihat, mendengar dan merasai serta memuji Kebesaran dan Keagungan-nya.
3. Di sini ada 3 kisah dan 3 pengajaran untuk kita bersama-sama menggunakan akal yang dianugerahkan bagi memikirkan Kebesaran Allah SWT dan mengambil pengajaran.
Firman Allah SWT : "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Ali Imran, ayat 191)
Kisah 1
Kisah seekor harimau yang pada mulanya membaham seekor monyet yang sedang hamil hingga mati. Dengan takdir Allah SWT sewaktu harimau tersebut menyeret ibu monyet yang telah mati itu ke atas pokok maka dengan kehendak Allah, terkeluar seekor bayi monyet dari rahim ibunya yang telah mati itu. Anak monyet itu hidup. Dengan kuasa dan kehendak Allah SWT jugalah harimau yang ganas yang telah membunuh ibu monyet itu tiba-tiba menjadi belas dan kasih kepada anak monyet tersebut, lalu dia bertindak menjadi pengganti kepada ibu monyet dengan menjaga keselamatan anak monyet dan mengajarnya untuk hidup. Allah Maha Besar! Harimau yang ganas yang telah membaham ibu monyet itu telah berubah menjadi penyayang dan menjilat-jilat dan mengusap kepala bayi monyet berkenaan serta bertindak pula memelihara anak monyet. Firman Allah SWT : "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali Imran, ayat 189)
Kisah 2
Kisah seekor anak gajah yang dilahirkan cacat pada kedua-dua belah kaki hadapannya. Anak gajah itu sukar berjalan. Kesukaran anak gajah itu untuk berjalan menyebabkan dia ditinggalkan oleh kumpulan-kumpulan gajah yang lain. Namun, si ibu kepada anak gajah yang cacat itu masih sabar dan kasih sayang seekor ibu gajah masih tidak sanggup meninggalkan anaknya yang cacat itu bersendirian dan mungkin akan mati. Namun hasil kesabaran si ibu dan kecekalan serta usaha serta kesabaran si anak gajah yang cacat itu, akhirnya dengan Kuasa dan Kehendak Allah SWT, maka kaki anak gajah yang cacat itu sembuh. Sesungguhnya gajah-gajah ini juga diuji oleh Allah SWT dengan kesusahan, namun mereka tetap cekal dan sabar sehingga Allah SWT mendatangkan rahmat kepada mereka. Allah Maha Besar!
Kisah 3
Kisah ramai manusia yang tewas dengan kehendak hawa nafsu walaupun mereka dianugerahkan akal untuk mempertimbangkan yang baik dan yang buruk. Binatang yang tidak berakal pun masih mempunyai perasaan belas dan kasih kepada anak-anak mereka, tetapi semakin ramai manusia yang menjadi lebih rendah darjatnya daripada binatang apabila sanggup membunuh dan melemparkan bayi-bayi mereka yang tidak berdosa ke dalam parit, longkang, tong sampah, sungai, tepi jalan raya dan dalam tandas hingga ada bayi yang dibuang dibaham anjing! Firman Allah SWT : "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun". (Surah Ali Imran, ayat 192).
Hari ini kes pembuangan bayi seolah-olah menjadi satu lumrah pilihan bagi si ibu dan si bapa yang berhati syaitan yang telah terlanjur melakukan noda dan zina akibat ajakan hawa nafsu dan pengorbanan cinta yang menipu. Hari ini juga menyaksikan jumlah anak luar nikah orang Islam di Malaysia telah menjangkau 81,000 berdasarkan rekod pendaftaran di Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) (baca sini). Kajian menunjukkan kebanyakan kes anak luar nikah dan pembuangan bayi adalah bermula daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan pada hari ini dalam masyarakat sudah menjadi perkara biasa dan sudah kurangnya batas-batas dan larangan agama dalam diri mereka. Hari ini juga jelas terbukti internet menambahkan lagi ruang untuk manusia memulakan pergaulan bebas.
4. Kenapakah berdasarkah ketiga-tiga kisah ini harimau dan gajah dilihat lebih mulia daripada sesetengah manusia? Bukankah manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah? Mungkin boleh sahaja harimau yang ganas itu membaham anak monyet yang kecil itu, atau si ibu gajah yang besar boleh sahaja memijak anaknya yang cacat itu hingga mati atau meninggalkan si anak bersendirian. Namun, Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, maka mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya". (Surah At Tiin, ayat 4-6). Belajarlah juga daripada kecekalan dan kesabaran si anak gajah itu...

1 comment:
didikan agama dan moral penting regardless whatever religion it is.. inilah kesilapan kita kerana sbg penjaga/ibubapa y tidak mengambil berat tentang didikan. malah menuding tanggungjawab ini kepada guru
Post a Comment