Sunday, January 16, 2011

BULAN PURNAMA PENUH - USTAZ KAZIM ELIAS

















Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah :

1. Latihlah diri untuk bangun pada waktu malam untuk menunaikan Solat Tahajjud, bertafakur, memohon keampunan, bermunajat akan kebesaran Allah SWT dan bermuhasabah diri. Latihlah diri untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah di masjid. Para Nabi dan Rasul dahulu sentiasa dibangunkan oleh Allah pada waktu malam untuk bermunajat kepada-Nya. Kekuatan Islam juga turut bergantung kepada sejauhmana umat Islam bersedia untuk bangun pada waktu malam untuk bermunajat kepada Allah SWT.

2. Sentiasa berfikir dan rasa takut dalam diri sama ada ibadat-ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah atau tidak. Rasa takut itu akan menyebabkan kita selalu berfikir dan sentiasa berusaha memperbetulkan amalan dan ibadat-ibadat kita terutamanya solat dan ibadat-ibadat wajib supaya menjadi lebih betul dan diterima oleh Allah SWT.

3. Manusia ini banyak perangai dan banyak ragam, tetapi sentiasalah mencari kebaikan orang lain dalam apa jua situasi dan tempat.

4. TIGA syarat untuk menjadi senang dan tenang (hati yang tenteram) dalam hidup ialah
i. rajin bersedekah,
ii. sentiasa bertaqwa
iii. hendaklah sentiasa bercakap benar (iaitu bercakap yang baik-baik).

Sebagaimana firman Allah SWT :
"
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya), Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)" (Surah Al-Lail, ayat 4-7).

5. TIGA orang yang Rasulullah SAW paling suka ialah
i. orang yang rajin bersedekah, namun Rasulullah paling sayang kepada orang miskin yang suka bersedekah
ii. orang yang tidak sombong, namun Rasulullah paling suka orang kaya yang tidak sombong
iii. orang yang berbuat ibadat, namun Rasulullah paling suka anak-anak muda yang rajin berbuat ibadat

6. TIGA orang yang Rasulullah SAW paling benci ialah :
i. orang bakhil, namun Rasulullah paling benci orang kaya yang bakhil
ii. orang yang sombong, namun Rasulullah paling benci orang miskin yang sombong
iii. orang yang berbuat maksiat, namun Rasulullah paling benci orang tua yang berbuat maksiat

7. Sentiasalah dekatkan diri dengan agama, InsyaAllah hati akan menjadi tenang dan tenteram...

No comments: