Thursday, December 22, 2011

PENUTUPAN BLOG

Assalamualaikum wrt. wbh.

Kebelakangan ini akibat tuntutan masa dan perhatian sepenuhnya kepada penyelidikan dan penulisan tesis menyebabkan lebih 2 bulan saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Walaupun blog ini adalah suatu blog yang kerdil berbanding jutaan blog lain dan kini sudah tidak lagi aktif, namun saya amat berterima kasih kerana masih ada lagi pelawat dan pembaca yang masih sudi melawat, membaca dan mengemailkan komen serta bertanyakan khabar.

Justeru, akibat kekangan masa untuk mengemaskini blog ini, saya mengambil keputusan untuk menutup blog ini mulai 31 Disember 2011. Semoga selama blog yang kerdil ini beroperasi, ada sedikit ilmu dan manfaat yang telah dapat kita kongsikan bersama.

Wassalam

Mohd Syahril Said

22.12.11

No comments: