Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." (Surah Al-Qadr, ayat 1-5)
Sabda Rasulullah SAW :
"Carilah (lailatul-qadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - (Hadis riwayat Muslim)
Doa yang amat dianjurkan dibaca pada Malam Lailatul-qadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a :
"Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): "Ya Allah! Sesungguhnya Aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku juga berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang telah Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu." – (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, dan Ahmad).
Selain dari itu, dianjurkan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:
"Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab: "Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku. - (Hadis riwayat Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment