Thursday, September 23, 2010

Wednesday, September 22, 2010

CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH



Cinta adalah anugerah Allah
Cinta adalah sesuatu yang mengantar kepada kebahagiaan
Cinta sulit dilukiskan dengan kata-kata...

Ada cinta yang cepat diperoleh dan cepat layu
Ada cinta yang lambat baru terkesan dihati, tetapi lambat pula bahkan tidak pernah punah sama sekali..

Puncak dari cinta manusia terhadap pasangannya
Dinamai oleh Al-Quran 'mawaddah'
Mawaddah adalah kosongnya jiwa dari segala yang buruk
Sehingga betapa pun buruk yang dicintai
Hati tidak pernah melihat keburukannya itu
Sehingga yang buruk pun dilihat menjadi kebaikan
Itulah makna 'mawaddah' dan harus diperjuangkan..,

Saturday, September 4, 2010

TAKZIAH

Firman Allah SWT :

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Surah Al-Anbiya, ayat 35)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya'. (Surah Ali Imraan, ayat 185)

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (Surah Al Munaafiquun, ayat 11)


Pagi ini saya menerima panggilan daripada kakak-kakak saya di Malaysia mengkhabarkan berita bapa saudara kami iaitu Ismail Bin Ali (Chu N) telah kembali ke Rahmatullah. Dari kejauhan ini, saya hanya mampu sedekahkan sekalung doa dan surah Fatihah untuk Allahyarham. Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah ketika saya membawa emak saya menziarahi Allahyarham di Kuching pada tahun 2008 yang lalu. Takziah saya ucapkan kepada Mak Su sekeluarga di Kuching. Saya doakan juga agar Mak Su sekeluarga terus kuat dan tabah.

Sesungguhnya kematian seseorang hamba Allah itu adalah juga sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup. Sabda Rasulullah SAW : "
Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada mati serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi mati itu, mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar cerdik. Dan mereka akan pergi ke alam akhirat (alam baqa') dalam keadaan mulia di dunia dan membawa iman dan amalan yang akan memberi kemuliaan di akhirat (beramal sempurna untuk mendapat balasan di akhirat tanpa meninggal nikmatnya di dunia)". (HR - Ibnu Majah dan Abiddunya)

Walaupun atas dunia ini saya tidak sempat bertemu dengan arwah ayah, kakak saya beritahu bahawa Allahyarham ayah saya pun meninggal dunia dalam bulan Ramadhan juga pada tahun 1981 (pada waktu itu saya berusia 6 bulan dalam kandungan emak). Sesungguhnya kematian adalah suatu perkara yang sangat dekat dengan kita, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir juga buat saya. Mungkin Ramadhan tahun depan saya pun sudah tiada, daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita akan dikembalikan...

Friday, September 3, 2010

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT




Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu)”. (Surah Al-Ghaafir, ayat 59)

"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan". (Surah Al-Hajj, ayat 1-2)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Surah Al-A’raf, ayat 187)

Thursday, September 2, 2010

LAILATUL- QADAR



Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." (Surah Al-Qadr, ayat 1-5)

Sabda Rasulullah SAW :

"Carilah (lailatul-qadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - (Hadis riwayat Muslim)

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada Malam Lailatul-qadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a :

"Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): "Ya Allah! Sesungguhnya Aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku juga berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang telah Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu." – (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, dan Ahmad).

Selain dari itu, dianjurkan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

"Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab: "Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku. - (Hadis riwayat Ibnu Majah)