Thursday, April 29, 2010

OPEN OUR EYES, OUR HEARTS AND MINDS


We just have to
open our eyes, our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Allah take us in the best way
Allah guide us every single day
Keep us close to You
Until the end of time...

Allah...
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Wednesday, April 28, 2010

UNIVERSITI ANTARABANGSA ALBUKHARY

1. Setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada pihak Yayasan Albukhary (YAB) di atas pencapaian menubuhkan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU). (baca sini)

2. Saya doakan semoga rahmat Allah terus melimpah ruah kepada individu yang sangat dermawan dan budiman di sebalik YAB iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Semoga Allah terus melimpahkan rezeki Tan Sri sekeluarga dan empayar perniagaan Tan Sri terus berkembang maju.

3. Untuk hari ini dan masa ini hanya doalah yang dapat saya usahakan kepada orang-orang yang budiman dan dermawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar di atas usaha beliau dalam membelanjakan hartanya untuk perkembangan agama Islam, pembangunan ilmu pengetahuan dan menolong golongan yang kurang berkemampuan dan miskin.

4. Kini kebaktian YAB bukan sahaja terhad di Malaysia tetapi telah mejangkau kepada segelintir umat Islam yang miskin dari negara luar.

5. Semoga usaha YAB yang sangat baik ini menjadi model dan contoh yang sangat bermanfaat kepada pihak lain dalam memanfaatkan kelebihan yang kita ada untuk kepentingan dan kebajikan mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

6. Mungkin tidak semua orang yang mampu melakukan sepenuhnya seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar, namun ada banyak cara lain lagi kebaktian yang boleh kita berikan kepada masyarakat bersesuaian mengikut kemampuan dan kelebihan masing-masing.

7. Walaupun pada hari ini saya hanya mampu mendoakan usaha Tan Sri, tetapi di masa hadapan dengan izin Allah, saya berdoa agar model dan contoh kebaktian oleh Tan Sri Syed Mokhtar dan YAB ini menjadi tauladan dan panduan kepada diri saya sendiri dan orang lain.

Friday, April 23, 2010

BUKANLAH BODOH SANGAT ORANG KITA - Dr. M

1. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir berhubung isu pengambilan kepakaran luar sebagai penasihat utama dan konsultan dalam soal pengurusan dan pentadbiran negara terutamanya berhubung soal penting seperti pengurusan keselamatan, pendidikan, ekonomi dan pertahanan.

''Kita ada kebolehan sendiri walaupun dianggap tidak begitu baik dan tidak begitu bijak tetapi kita biasa tangani masalah kewangan seumpamanya dengan cara kita sendiri dan kita berjaya juga, bukanlah bodoh sangat orang kita" - Tun Mahathir. (Baca sini)

2. Rakyat Malaysia pun sudah ramai yang pakar dan berkemampuan dalam menawarkan khidmat nasihat strategik dan teknikal berhubung pentadbiran negara. Justeru utamakan dahulu kepakaran tempatan.

3. Memang dari segi teknologi kita mungkin ada kekurangan berbanding negara maju, tetapi bukanlah bermakna kita bergantung sepenuhnya kepada mereka. Tugas kita ialah melatih dan mendedahkan tenaga tempatan menguasai teknologi-teknologi baru tersebut hingga mahir dan kemudian beri kepercayaan kepada mereka untuk membantu negara.

4. Kita perlu ada sikap percaya kepada orang kita sendiri barulah kepakaran dalaman dan tempatan boleh berkembang. Sekarang ini pun semakin ramai rakyat Malaysia menjadi pakar di luar negara dan banyak syarikat tempatan mendapat kepercayaan daripada negara luar. Ini adalah sebab kita memberi peluang pakar-pakar dan syarikat tempatan untuk berkembang. Kini sudah tiba masanya kita percaya terhadap sumbangan mereka untuk negara.

5. Saya ulangi semula kata-kata Tun Mahathir "bukanlah bodoh sangat orang kita".

Wednesday, April 21, 2010

IJN

1. Saya berasa lega dan gembira apabila membaca laporan di akhbar mengenai keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan perkhidmatan di Institut Jantung Negara (IJN) buat masa ini.

2. Tahun lepas ada ura-ura bahawa IJN akan diswastakan (baca sini).

3. Saya fikir ini adalah satu keputusan besar yang tepat oleh Kerajaan pada waktu ini.

4. Sebagai rakyat Malaysia, saya menerima berita ini dengan rasa gembira dan bersyukur. Alhamdulillah.

BERSANGKA BAIK

1. Apabila sahaja membaca laporan berita-berita utama akhbar (online) di Malaysia menyebabkan saya berasa sangat mual dan jijik. Kerana setiap hari pembaca disajikan dengan laporan yang berunsur fitnah-menfitnah dan cerita-cerita politik yang mengaibkan seseorang sama ada pemimpin, calon pilihanraya dan ahli politik.

2. Sudah tidak ada laporan lain yang lebih bermanfaatkah untuk ditulis, dilapor dan dikongsi oleh para wartawan atau penulis untuk membuka dan membina minda dan pemikiran pembaca? Cara penulisan akhbar sebegini tidak mengembangkan sama sekali pemikiran masyarakat dan rakyat Malaysia, sebaliknya lebih membawa kepada perpecahan.

3. Tidak rasa berdosakah kita menulis tentang keburukan orang lain dan mengaibkan mereka dalam penulisan kita yang kemudiannya boleh dibaca oleh semua orang? Dalam Islam, fitnah itu hukumnya berdosa besar malahan lebih dahsyat hukumnya daripada dosa membunuh.

4. Itu baru laporan di dalam akhbar, belum lagi dibaca blog-blog politik dan laman web peribadi yang lagi dahsyat kerja-kerja fitnah-menfitnah dan mengaibkan orang itu orang ini. Saya sendiri pun sudah tidak lagi membaca blog-blog politik ini kerana bimbang boleh menyebabkan percaya dan taksub dengan fitnah dan rekaan-rekaan cerita yang dicipta.

5. Firman Allah S.W.T. :

"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku :"hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia" (Surah Al Israa' :53).

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna" (Surah Al Mu'minuun : 1-3).

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata :”Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil” ( Surah Al Qashash : 55).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Surah Al Hujaraat : 11).

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" (Surah Al Hujaraat : 12).

6. Jika pun kita tahu seseorang itu pernah melakukan dosa dan kesilapan seharusnya kita menyimpan keaiban orang itu kerana mungkin dia telah benar-benar bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah dan mungkin dosa-dosanya itu telah Allah ampunkan. Jika dosanya terhadap sesama manusia, mungkin dia telah memohon kemaafan terhadap orang yang dianiayainya dan orang tersebut telah memaafkannya.

7. Jadi kita perlu sentiasa bersangka baik sesama manusia supaya orang lain juga akan bersangka baik kepada kita. Tidak kiralah sama ada bersangka baik dalam urusan politik, pentadbiran organisasi, kehidupan bermasyarakat, sesama ahli keluarga, suami isteri dan dalam kehidupan harian diri sendiri.

8. Diriwayatkan hadith daripada Marzukin Abi Bakar at-Taimiyi, daripada Ummi Darda’, hadith daripada Abi Darda’ (r.a) hadith daripada Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Barangsiapa yang menolak (yakni, merahsiakan) dari rahsia (yakni, keaiban atau keburukan) saudaranya (sesama Islam, maka), menolak (yakni, menjaga) Allah S.W.T dari wajahnya (yakni, mukanya terkena api) neraka pada hari kiamat (kelak)’ (Hadith at-Termidzi, Kitab Wasilah)

9. Setiap perbuatan dan perkataan kita ada pembalasan daripada Allah, jika kita suka mendedahkan keaiban orang lain maka pasti Allah akan membuka keaiban kita pula kepada orang lain.

10. Sesungguhnya ingatlah bahawa jika kedudukan kita yang baik pada pandangan orang lain hari ini, bukanlah kerana kita ini mulia, tetapi kerana Allah menutup keaiban diri kita daripada pengetahuan orang lain.

Sunday, April 18, 2010

PENGUIN PUN SAYANG ANAK

1. Muktahir ini saya dapati isu semasa yang mendapat perhatian perdana di Malaysia ialah kes pembuangan bayi. Isu ini sebenarnya telah lama, tetapi kadang kala dilihat seperti isu bermusim apabila pada waktu-waktu tertentu kes-kes pembuangan bayi meningkat dan menjadi menjadi kerap.

2. Ada bayi yang dibuang ditemui masih hidup tetapi ramai juga bayi yang ditemui sudah tidak bernyawa lagi dan mati dalam keadaan terseksa. Ada bayi yang dibuang di surau, di masjid, di dalam tandas, dalam tong sampah, dalam longkang, dalam sungai dan bermacam-macam tempat lain lagi. Paling malang ada bayi yang dijumpai putus anggota badan kerana dibaham anjing-anjing liar. Sungguh zalim dan kejam! manusia yang sanggup membuang bayi-bayi ini.

3. Saya dapati banyak pihak yang menunjukkan rasa 'cemas' dengan peningkatan kes pembuangan bayi ini hingga berbagai program dan kempen dilancarkan serta merta bagi menangani isu tersebut. Tak kurang juga mereka yang berhati murni dan prihatin mengambil dan membela bayi terbuang itu sebagai anak angkat.

4. Saya pun sokong usaha-usaha berkenaan tetapi isu utama yang harus ditangani bukanlah kes pembuangan bayi semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah isu penambahan dan peningkatan bilangan anak luar nikah.

5. Saya ingin merujuk kembali statistik anak luar nikah yang beragama Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu dalam tempoh lima tahun (sejak tahun 2004) JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Pada tahun 2009 sahaja jumlah pendaftaran anak luar nikah Melayu/Islam ialah 17,303 orang.

6. Tidakkah berdasarkan statistik berkenaan kita dapat mengetahui salah satu punca utama mengapa kes buang bayi meningkat? Saya fikir tidak mungkin bayi-bayi malang yang dibuang itu datang daripada pasangan yang telah bernikah secara sah! Jarang sekali ibu dan bapa yang hidup sebagai suami isteri yang sah ingin melihat bayi-bayi mereka di dalam tong sampah, di dalam longkang dan dibaham anjing!.

7. Hanya mereka yang bernafsu syaitan melakukan maksiat dan berzina sahaja yang tidak bersedia dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap perbuatan terkutuk mereka itu, lalu ada sebahagian daripada kalangan mereka yang mengambil jalan mudah mencampakkan bayi hasil angkara keterlanjuran mereka ke dalam tong sampah, longkang dan sungai.

8. Isu inilah sepatutnya yang menjadi keutamaan untuk ditangani dan diberi perhatian oleh kita semua dan pihak-pihak yang merasa 'cemas' itu. Para pemimpin, alim ulamak, pertubuhan, masyarakat, komuniti, keluarga, ibu bapa dan diri kita sendiri seharusnya berusaha secara bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam menyelesaikan masalah gejala anak luar nikah yang menjadi punca berlakunya kes buang bayi ini.

9. Janganlah kita suka melihat kepada orang lain, tetapi lihat pada diri kita dahulu kerana perbuatan yang menghasilkan anak luar nikah mungkin boleh berlaku daripada perbuatan kita sendiri. Oleh itu, saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada semua marilah kita bersama-sama kembali kepada ajaran agama Islam dalam mendidik keperibadian diri, keluarga dan masyarakat supaya esok, lusa, minggu depan atau pun tahun depan kita tidak menjadi manusia yang terkutuk dan hina yang pertamanya menyumbang kepada penambahan anak luar nikah dan keduanya menjadikan tangan kita ini tangan-tangan yang menghumban bayi-bayi kita yang tidak bersalah itu ke dalam tong sampah, longkang, sungai dan untuk dibaham anjing!.

10. Jika hari ini kita fikir kita ini makhluk Allah yang hebat kerana dianugerahkan akal fikiran untuk kita menilai kebaikan dan keburukan, namun kadang kala kita juga patut rasa malu dan perlu belajar daripada makhluk -makhluk Allah yang lain yang tidak mempunyai akal tetapi mempunyai perasaan kasih dan sayang pada anak-anak mereka sepertimana kisah penguin-penguin ini.


Friday, April 16, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEMBARA ILMU SIRI 1 - ISMA AUSTRALIA

1. Malam ini saya berpeluang hadir ke Program Motivasi Kembara ilmu (Siri 2) anjuran ISMA Australia di Rusden House, Clayton. Ceramah motivasi yang disampaikan bertajuk 'We Are The Future'. Penceramah ialah Dr. Ahmad Kamsani Samingan, Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam (PEMBINA) dan beliau juga merupakan pensyarah di UTM, Skudai.

2. Kandungan ceramah sangat menarik yang membincangkan keadaan umat Islam sekarang dan kebangkitan semula kuasa Islam pada masa hadapan berpandukan kandungan Hadis dan ayat Al-Quran.

3. Berikut suka saya kongsikan link Siri 1 Program Motivasi Kembara Ilmu bertajuk 'Antara Aku dan Dia' yang telah diupload oleh ISMA Australia di Youtube. Ceramah Siri 1 ini telah disampaikan oleh Dr. Zaki Ibrahim iaitu Presiden ISMA Australia.













Thursday, April 15, 2010

BRIGHT SPARKS PROGRAM

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya akan menganjurkan talk tentang Bright Sparks Program pada:

Hari : Khamis
Tarikh : 15 April 2010
Tempat : Malaysia Hall, Melbourne
Masa : 8.15 - 9.30 pm (6.15 - 7.30 pm waktu Malaysia)
Penceramah : Professor Dr. Sharifuddin Md Zain
Email : smzain@um.edu.my

Semua dijemput hadir postgraduate dan undergradate termasuk juga yang sudah mempunyai penaja/scholarship. Mohon dihebahkan.

Berikut ialah serba ringkas tentang Bright Sparks Program :

Recruiting bright outstanding students and scholars with excellent research track record to join the university’s academic workforce.

The effort to make University of Malaya a world class centre of research and learning is a multifaceted one. One of the main efforts involves the establishment of a sustainable pool of excellent academicians and researchers servicing the university and the nation. To achieve this objective, the Bright Sparks Unit was established by the University on the 9th of September 2009 with the task of recruiting outstanding students and scholars with deep interest in research and academic work to join the university’s academic workforce. Under the Bright Sparks Program (BSP), bright, enthusiastic candidates are offered various academic and research incentives to work and further their career in UM.

Wednesday, April 14, 2010

PULAU REDANG

1. Saya agak terkejut apabila membaca satu penulisan (baca sini) yang mendakwa Menteri Besar Terengganu berhasrat untuk hanya membangunkan pelancongan mewah di Pulau Redang. Secara peribadi saya menyokong apa yang ditulis oleh penulis ini.

2. Jika betul apa yang didakwa, maka satu lagi contoh 'keputusan tidak matang' oleh pemimpin yang ada. Lebih menyedihkan apabila ianya datang daripada seorang pemimpin tertinggi di negeri berkenaan.

3. Saya akui saya sendiri pun belum berpeluang dan tidak pernah melancong ke Pulau Redang, namun Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian ada dalam senarai destinasi yang InsyaAllah ingin saya lawati bila ada kesempatan suatu hari nanti.

4. Tetapi jika benar apa yang didakwa, maka pasti saya tidak bersetuju dengan hasrat MB Terengganu ini terhadap perancangan pembangunan pelancongan di Pulau Redang.

5. Pulau Redang adalah salah satu pulau ciptaan Allah yang sangat istimewa kerana mempunyai nilai estetika semulajadinya yang sangat indah terutamanya keindahan khazanah di dasar lautnya. Jika berpeluang melancong ke pulau itu, kita berpeluang melihat dan mengkagumi Kebesaran dan Kebijaksanaan Allah yang Maha Pencipta.

6. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah ciptakan pulau-pulau yang indah yang hampir dengan kita seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Pulau Payar, Pulau Tioman, Pulau Sipadan dan banyak lagi pulau lain supaya kita dapat merasai nikmat dan mengkagumi Kekayaan dan Kebesarannya. Jadi kita tidaklah perlu pergi jauh sehingga ke pulau-pulau seperti di Maldives, Mauritius dan Hawaii kerana sudah tentu hanya segelintir mereka yang kaya sahaja yang mampu untuk melancong ke sana.

7. Di tempat kita, ada pulau-pulau yang indah dan cantik untuk dinikmati oleh penduduk tempatan tanpa kita perlu berbelanja besar (bukan semua rakyat Malaysia mampu berbelanja besar untuk pergi melancong), tetapi kenapa ada pula ada pihak yang mahu membeza-bezakan peluang itu dengan menetapkan nilai-nilai tertentu misalnya hanya sesiapa yang mampu berbelanja RM1,500 ke atas sahaja boleh melancong ke Pulau Redang.

8. Bijakkah keputusan sebegini? Kenapa jika sebelum ini tiada perbezaan kelas sosial untuk menikmati keindahan Pulau Redang, tetapi sekarang hendak pulak diwujudkan kelas sosial itu? Tidak layakkah mereka yang mungkin hanya mampu berbelanja minimum untuk bawa keluarga ke Pulau Redang menikmati keindahan pantai dan pulau tetapi tidak mampu membiayai kos aktiviti skuba untuk melawat Pulau Redang?

9. Memang betul, keindahan dan alam sekitar Pulau Redang perlu dijaga dan dipulihara namun ini bukan bermakna kita perlu menghalang dan menetapkan hanya golongan tertentu sahaja layak untuk melancong. Ada banyak kaedah dan strategi lain yang sedia ada boleh diaplikasi dan dilaksanakan dalam urusan pemuliharaan pulau dan alam sekitar.

10. Jika isu ini tidak ditangani secara bijak, mungkin di masa depan patut diadakan klasifikasikan dalam pelan pembangunan pelancongan negara kategori destinasi untuk pelancong mewah dan pelancong miskin (sekarang hanya ada kategori hotel mewah dan hotel budget).

Pulau Redang yang bakal jadi destinasi pelancongan mewah


Tuesday, April 13, 2010

POLITIK LEBIH UTAMA?

1. Sebagai orang awam dan rakyat Malaysia saya amat tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan terhadap isu cadangan projek pembinaan UiTM di Serendah (baca sini).

2. Dalam isu ini nampaklah kepentingan politik itu lebih diutamakan berbanding kepentingan pendidikan untuk rakyat. Saya fikir tindakan ini adalah tidak menampakkan kematangan pemimpin.

3. Walaupun mungkin sesebuah negeri itu diperintah oleh kerajaan yang berlainan ideologi politik, seharusnya isu penting seperti pembangunan pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur kepada penduduk negeri atau orang awam tidak boleh diabaikan.

4. Saya percaya ini adalah salah satu daripada isu yang memberi gambaran betapa ketidakmatangan sebahagian pemimpin politik, belum diambilkira pembangunan negeri lain seperti Kelantan yang telah lama dinafikan banyak pembangunan asas oleh Kerajaan Persekutuan kerana perbezaan fahaman politik sedangkan negeri itu juga berada dalam peta Malaysia bersama-sama negeri lain.

5. Saya fikir hari ini, sebahagian besar rakyat Malaysia semakin matang dan bijak dalam membuat pernilaian, isu pembangunan sudah tidak boleh dijadikan 'umpan' permainan politik lagi.

6. Rakyat Malaysia tidak kira apa aliran fahaman politik pun sudah pasti mahukan pengagihan pembangunan dan kebajikan rakyat diuruskan secara adil.

7. Sebagai rakyat Malaysia semua orang patut menikmati agihan pembangunan yang saksama, bukannya nilai pembangunan itu diukur melalui pencapaian politik.

8. Pencapaian politik hanyalah untuk membolehkan sesuatu pihak yang menang menguruskan negara secara berkesan, bukannya untuk membeza-bezakan pembangunan mengikut kawasan yang dimenangi.

9. Selagi mana sesebuah kerajaan itu tidak dapat bertindak adil, selagi itulah kedudukan kerajaan itu tidak akan kukuh.

Thursday, April 8, 2010

HENTIKAN RETORIK

1. Saya dapati seringkali pemimpin-pemimpin negara khususnya kepimpinan tinggi mengambil sikap mudah dengan mengeluarkan ucapan-ucapan retorik terhadap isu-isu besar. Mungkin ini cara berpolitik, tetapi ini tidak bagus.

2. Rakyat Malaysia sekarang semakin cerdik, pandai dan tahu untuk membuat pernilaian mana yang benar dan mana yang palsu. Jadi, sebagai pemimpin yang bijak, maka hentikanlah semua bentuk retorik supaya rakyat tidak rasa 'dianggap tidak bijak'.

3. Saya percaya Kerajaan berusaha untuk membangunkan pemikiran dan kepintaran rakyat, tetapi jika pemimpin sudah menunjukkan contoh salah, maka bagaimana sasaran itu akan boleh dicapai?

4. Antara contoh ucapan retorik yang seringkali digunakan "rakyat tidak terbeban harga setem naik" (baca sini), "kenaikan harga gula tidak akan membebankan rakyat", "Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol, tetapi harga petrol di Malaysia masih murah berbanding negara lain", "walaupun ekonomi dunia merosot, tetapi Malaysia tidak terjejas", "rakyat Malaysia semakin berpuashati dengan prestasi KPI semasa"..... dan macam-macam lagi contoh retorik yang lain.

5. Cukuplah, lagi banyak retorik boleh menjejaskan pernilaian rakyat kepada kepimpinan semasa. Para pemimpin juga perlu belajar menggunakan ketepatan maklumat dan fakta serta mengendalikan sesuatu isu terutama isu yang besar secara benar, jujur, adil, amanah, bijak dan profesional.

6. Pemimpin merupakan individu yang menjadi contoh dan teladan yang penting kepada masyarakat. Jika ada seuatu kebaikan yang diharapkan, ia perlu bermula daripada seorang pemimpin. Menjadi pemimpin bukan untuk berpolitik semata-mata.

7. Runtuhlah martabat sesebuah agama, bangsa dan negara jika pemimpin-pemimpinnya hanya 'berpolitik' semata-mata tetapi tidak 'memimpin'.

NUKLEAR ISRAEL

1. Amerika Syarikat, Israel dan sekutu-sekutu mereka mendesak serta menghalang Iran dan negara-negara Islam lain menghentikan pembangunan teknologi nuklear dan senjata nuklear, tetapi dalam masa yang sama merekalah yang menjadi peneraju teknologi nuklear dan memiliki senjata nuklear yang banyak.

2. Mereka (Amerika, Israel, Britain) pernah menuduh rejim Saddam Hussain mempunyai simpanan senjata nuklear yang banyak dan boleh mengancam keselamatan dunia, namun sampai hari ini mereka gagal menemui bukti terhadap apa yang mereka dakwa di Iraq.

3. Kini mereka menyekat Iran membangunkan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan industri tenaga di negara itu, mereka menuduh Iran membangunkan senjata nuklear dan mereka juga mengecamkan tindakan Korea Utara membangunkan senjata nuklear, namun Amerika dan Israel sendiri mempunyai senjata nuklear yang sangat banyak dan boleh pula dirahsiakan (baca sini).

4. Bukankah Amerika dan sekutunya seringkali menuduh negara-negara lain (khususnya negara Islam) adalah negara pengganas jika membangunkan teknologi nuklear dan memiliki senjata nuklear. Jadi, siapa yang pengganas?

Sunday, April 4, 2010

TAKKAN RM5 PUN NAK BERKIRA KOT...?

1. Saya ada membaca email UUM hari ini tentang bengkel anjuran Pusat Islam UUM iaitu Bengkel Bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Dalam Solat.

2. Saya fikir penting sebagai seorang Muslim kita patut hadir dan sertai bengkel ini. Jika kita yakin kita sudah dapat membaca Al-Quran sekurang-kurangnya Surah Al-Fatihah dengan sempurna, maka gunakan peluang bengkel ini untuk memperkemaskan lagi bacaan surah-surah lain, tapi kalau menyedari diri kita membaca Surah Al-Fatihah pun belum cukup sempurna, maka rebutlah peluang untuk hadir ke bengkel ini. Jika saya berada di UUM ketika ini, InsyaAllah saya hadir tetapi saya tidak berpeluang pada kali ini kerana saya tiada di sana.

3. Butiran bengkel adalah seperti berikut yang saya copy daripada uummail :

KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH

Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)

Bagaimanakah dengan mutu bacaan surah al-Fatihah anda, pernahkah anda memperdengarkan bacaan al-Fatihah anda kepada orang yang ahli dalam ilmu tajwid dan al-Quran. Oleh yang demikian bagi membantu anda, Pusat Islam akan menganjurkan Bengkel Bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Dalam Solat Serta Bacaan Surah As-Sajadah. Butiran program seperti berikut:

Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi – 1.00 t/hari

Tempat : Bilik Kuliah Pusat Islam

Yuran : RM5.00

Bengkel akan dikendalikan oleh bekas Johan Tilawah Al-Quran Negeri Kedah (Ust. Kassim Ahmad). Penyertaan adalah terhad, bagi yang berminat sila hubungi Pn. Rosmimah Omar (samb. 5832) untuk pendaftaran. Keterangan lanjut mengenai bengkel boleh menghubungi Ust. Aus Korni Yahaya (samb. 4322).

Terdapat beberapa lagi kekosongan sila daftar cepat, jangan lepaskan peluang terbaik ini.

Sekian Terima Kasih.

4. Saya fikir bengkel ini penting kerana kita berpeluang memperbetulkan bacaan dalam solat kita sekurang-kurangnya. Bukankah antara amalan paling utama yang akan dinilai di akhirat nanti ialah solat-solat kita? Bagaimana jika apabila tiba masanya bila dinilai oleh Allah nanti didapati solat kita tidak diterima kerana solat kita tidak sempurna walaupun mungkin kita seorang yang rajin bersolat. Bukankah kita tahu adanya bengkel seperti ini untuk memperbetulkan solat dan bacaan dalam solat kita? Jadi kepada mereka yang Muslim di UUM, yang berkelapangan, kenapa tidak boleh hadir?

5. Pergilah ke bengkel ini tanpa banyak pertimbangan lagi, bukankah kita hanya perlu bayar RM5 sahaja! untuk membetulkan solat kita supaya amalan kita diterima Allah kelak? Sebegini murah untuk memperbetulkan ibadah kita pun masih nak berkira? Apalah sangat nilai RM5 itu pada kita untuk belanja ke jalan agama jika nak dibandingkan belanja kita untuk urusan-urusan lain?

6. Takkan RM5 pun nak berkira kot....?


RESEARCH USING THE INTERNET

1. Here I would like to share the article written by MacDonald and Seel regarding some guidelines how people can using internet resources as a references in their research writing.

Research Using the Internet
Written by W. Brock MacDonald, Academic Skills Centre, and June Seel, UTM Library

More and more students are turning to the Internet when doing research for their assignments, and more and more instructors are requiring such research when setting topics. However, research on the Net is very different from traditional library research, and the differences can cause problems. The Net is a tremendous resource, but it must be used carefully and critically.

The printed resources you find in the Library have almost always been thoroughly evaluated by experts before they are published. This process of "peer review" is the difference between, for example, an article in Time magazine and one in a journal such as the University of Toronto Quarterly. Furthermore, when books and other materials come into the University library system, they are painstakingly and systematically catalogued and cross-referenced using procedures followed by research libraries the world over. This process is the basis for the way materials are organized in the Library, and it makes possible the various search functions of the Web catalogue.

On the Internet, on the other hand, "anything goes." Anyone can put anything they want on a Web site, there is no review or screening process, and there are no agreed-upon standard ways of identifying subjects and creating cross-references. This is both the glory and the weakness of the Net - it's either freedom or chaos, depending on your point of view, and it means that you have to pay close attention when doing research on-line. There are a great many solid academic resources available on the Net, including hundreds of on-line journals and sites set up by universities and scholarly or scientific organizations. The University of Toronto Library's Electronic Resources page is one such academic source. Using material from those sources is no problem; it's just like going to the Library, only on-line. It's all the other stuff on the Net that you have to be cautious about.

Here are a few basic guidelines to remember:

  • Don't rely exclusively on Net resources. Sometimes your assignment will be to do research only on the Net, but usually your instructors will expect you to make use of both Internet and Library resources. Cross-checking information from the Net against information from the Library is a good way to make sure that the Net material is reliable and authoritative.
  • Narrow your research topic before logging on. The Internet allows access to so much information that you can easily be overwhelmed. Before you start your search, think about what you're looking for, and if possible formulate some very specific questions to direct and limit your search.
  • Know your subject directories and search engines. There are several high quality peer-reviewed subject directories containing links selected by subject experts. BUBL LINK / 5:15, INFOMINE, InfoSurf and Academic Info are good examples. These are excellent places to start your academic research on the Internet. Google, alltheweb (or Fast), Alta Vista, Yahoo and other search engines differ considerably in how they work, how much of the Net they search, and the kind of results you can expect to get from them. Spending some time learning what each search engine will do and how best to use it can help you avoid a lot of frustration and wasted time later. Because each one will find different things for you, it's a good idea to always use more than one search engine. The Library at the University of California, Berkeley has an excellent site, Types of Search Tools, that covers similar information for different directories and search engines. For specialized search engines and directories you might also like to try Beaucoup which includes 2,500 + search engines and directories or the Search Engine Colossus International Directory of Search Engines that includes search engines from 230+ countries around the world.
  • Keep a detailed record of sites you visit and the sites you use. Doing research on the Net inevitably means visiting some sites that are useful and many that are not. Keeping track is necessary so that you can revisit the useful ones later, and also put the required references in your paper. Don't just rely on your browser's History function, because it retains the Web addresses or URLs of all the sites you visit, good or bad, and if you're using a computer at the University the memory in the History file will be erased at the end of your session. It's better to write down or bookmark the sites you've found useful, so that you'll have a permanent record.
  • Double-check all URLs that you put in your paper. It's easy to make mistakes with complicated Internet addresses, and typos will make your references useless. To be safe, type them into the Location box of your browser and check that they take you to the correct site.

The following points are guidelines for evaluating specific resources you find on the Net. If you ask these questions when looking at a Web site, you can avoid many errors and problems.

  • Authority
    • Who is the author?
    • Is the author's name given?
    • Are her qualifications specified?
    • Is there a link to information about her and her position?
    • Is there a way to contact her (an address or a "Mailto" link)?
    • Have you heard of her elsewhere (in class, or cited in your course text or in Library material)?
    • Has the author written elsewhere on this topic?
  • Affiliation
    • Who is the sponsor of the Web site?
    • Is the author affiliated with a reputable institution or organization?
    • Does the information reflect the views of the organization, or only of the author? If the sponsoring institution or organization is not clearly identified on the site, check the URL. It may contain the name of a university (U of T Mississauga's includes utoronto) or the extension .edu, which is used by many educational institutions. Government sites are identified by the extension .gov. URLs containing .org are trickier, and require research: these are sites sponsored by non-profit organizations, some of which are reliable sources and some of which are very biased. Sites with the .com extension should also be used with caution, because they have commercial or corporate sponsors who probably want to sell you something. The extension ~NAME often means a personal Web page with no institutional backing; use such sites only if you have checked on the author's credibility in print sources.
  • Audience Level
    • What audience is the Web site designed for? You want information at the college or research level. Don't use sites intended for elementary students or sites that are too technical for your needs.
  • Currency
    • Is the Web site current?
    • Is the site dated?
    • Is the date of the most recent update given? Generally speaking, Internet resources should be up-to-date; after all, getting the most current information is the main reason for using the Net for research in the first place.
    • Are all the links up-to-date and working? Broken links may mean the site is out-of-date; they're certainly a sign that it's not well-maintained.
  • Content Reliability/Accuracy
    • Is the material on the Web site reliable and accurate?
    • Is the information factual, not opinion?
    • Can you verify the information in print sources?
    • Is the source of the information clearly stated, whether original research material or secondary material borrowed from elsewhere?
    • How valid is the research that is the source?
    • Does the material as presented have substance and depth?
    • Where arguments are given, are they based on strong evidence and good logic?
    • Is the author's point of view impartial and objective?
    • Is the author's language free of emotion and bias?
    • Is the site free of errors in spelling or grammar and other signs of carelessness in its presentation of the material?
    • Are additional electronic and print sources provided to complement or support the material on the Web site?

If you can answer all these questions positively when looking at a particular site, then you can be pretty sure it's a good one; if it doesn't measure up one way or another, it's probably a site to avoid. The key to the whole process is to think critically about what you find on the Net; if you want to use it, you are responsible for ensuring that it is reliable and accurate.

This page is used with permission of the UTM Library.


Go to original source : click here